BA3 (Berbaloikah pengorbanan?)

Romance Series 2796

Sumayyah melangkah masuk ke rumahnya dengan perasaan bercampur baur. Cemas, takut dan risau membaluti perasaannya apabila melihat keadaan rumahnya yang seperti tongkang pecah. Dia berlari pantas menuju ke ruang tamu apabila mendengar suara rintihan ibunya yang merayu dan sesekali terdengar suara ayahnya yang sedang mengerang kesakitan. Dia berjalan dengan perlahan dan menyorok di belakang dinding apabila melihat tiga lelaki Cina berbadan tegap dan gagah sedang memukul ayahnya manakala ibunya diikat di sofa. Sumayyah menekup mulut menggunakan tangannya.
“Lu kasi tau wa sekarang, mana anak lelaki bangsat you hah?” Ujar lelaki berbaju hitam sambil menendang perut Pak Samad.
“Aku.. aku sumpah tak tahu!” Jawab Pak Samad kesakitan.
“haiya lagi mau tipu ka? Lu aaa tak sayang nyawa ka? Jason, kasi potong satu jari orang tua ini!”
“Baik boss!” Balas Jason sambil mengeluarkan sebilah pedang samurai.
Sumayyah yang mendengar dan melihat tindakan Jason itu akhirnya menjerit dan berlari ke arah Pak Samad. Dia memeluk Pak Samad yang sedang terkulai layu.
“Stop, don’t hurt my father! Enough, before I call the police better you guys berambus!!” Jerit Maya cemas. Suaranya bergetar menahan perasaan takut. Air matanya mengalir perlahan.
“Ini pasti anak lu kan? Police ah? HAHAHAHAHA! Apa police boleh buat? Abang you sudah hutang, sekarang lari. Siapa mau bayar?” Ujar lelaki berbaju hitam itu dengan angkuh.
“Maya, maya lari! Bua tapa Maya datang sini? Dengar cakap ibu, Maya lari nak!” Pujuk Puan Siti sebelum lelaki berparut di muka itu menampar wajahnya dengan keras. Kepalanya terhantuk di sisi sofa dan cecair pekat mengalir membasahi dahinya.
“Ibu!!!!!!!!” jerit Maya apabila melihat keadaan ibunya. Dia cuba mendapatkan ibunya tetapi gagal apabila Jason dan lelaki berparut yang menampar ibunya memegang kedua tangannya. Dia cuba melepaskan pegangan tangan dan meronta sambil menjerit.
“Ini macam lah, saya ambik dulu ini amoi! Kasi check sama boss besar apa boleh buat sama ini amoi. Kalau dia barang baik, kasi settle hah itu hutang! HAHAHAHAHA” sambil menendang Pak Samad di kepala dengan kuat.
Maya menjerit dan meronta manakala Puan Siti cuba untuk membuka ikatan tangannya. Namun, pandangannya semakin kabur dan hanya kedengaran sayup-sayup suara Maya yang meminta tolong. Dia melihat Maya dibawa oleh lelaki-lelaki itu sebelum pandangannya kabur.

Sementara Aida di rumah berasa gelisah semasa dia menyedari Maya sudah tiada di sebelahnya ketika dia bangun tidur. Dia berjalan mundar mandir di ruang tamu sambil cuba menghubungi Maya berulang kali.
“Ishh, Maya kau nii? Angkat lah call!” Gumam Aida bersendirian di ruang tamu.
“Hah, macam mana? Dapat tak kamu telefon Maya tu?” Tanya Puan Ani risau.
“Tak dapat bu, tu yang orang risau ni. Kak Mira pun ada WhatsApp tadi tanya pasal Maya. Orang risau Maya tu ikut ahlong tu bu” luah Aida kepada ibunya.
“Hah ni kamu nak pergi mana pulak nii ambik tudung bagai?” Tanya Puan Ani kehairanan apabila melihat anaknya itu sedang memakai tudung seakan-akan ingin keluar.
“Orang rasa tak sedap hati ni, orang nak pergi rumah Pak Samad tu. Orang yakin Maya balik rumah dia tu” jawab Aida sambil tergesa-gesa.
“Ibu nak ikut! Pak Samad tu bukan betul! Risau ibu dia apa-apakan kamu atau Maya nanti.”
Mereka lantas bergegas mengunci pintu rumah dan menaiki kereta untuk ke rumah Pak Samad.
Setibanya mereka di sana, mereka terkejut melihat keadaan rumah yang bersepah dan pintu yang tidak berkunci. Puan Ani meminta Maya menelefon polis sebelum mereka perlahan-lahan melangkah masuk ke dalam.
“Ya allah, Aida! Telefon ambulance sekarang!” Jerit Puan Ani apabila melihat keadaan Pak Samad yang longlai dan melihat Puan Siti yang tertiarap di tepi sofa dalam keadaan tangan terikat.
Di luar wad kecemasan, Aida masih mencuba menghubungi Sumayyah manakala ibunya sedang sibuk menguruskan pendaftaran di kaunter hospital.
“kamu dah telefon kakak Maya?” Tanya Puan Ani tatkala mengambil tempat di sebelah Aida.
“Dah bu, Kak Mira and Kak Miza otw dah tu. Sekarang ni, Maya masih tak tahu kat mana lagi. Orang lagi risau pasal Maya ni. Kalau Pak Samad tu lantak lah, memang padan muka! Siapa suruh jahat!” Luah Aida geram.
“kakak, tak baik!” tegur Puan Ani kepada anak gadisnya itu.
“Ni, ibu nak pergi bagi keterangan pada pihak polis. Kakak nak ikut atau nak tunggu sini? Tadi, nurse tu cakap Pak Samad dan Mak Siti tu akan terus pergi ke wad. Cedera biasa je”
“hmmm, kakak ikut ibu lah. Risau pulak kang kakak pulak yang belasah Pak Samad tu. Ni mesti ada kaitan dengan ahlong tu semua! Jom lah bu”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience