BAB 6 (Janji yang tidak disengajakan)

Romance Series 2796

Haris dan Syafiq baru sahaja sampai di hotel setelah seharian ditemu bual oleh beberapa orang wartawan apabila menerima panggilan daripada Miza. Maya hilang! Haris yang baru sahaja merebahkan tubuhnya ke atas tilam bergegas keluar dengan pantas menuju ke hospital. Pertanyaan Syafiq tidak diendahkan.
“Wehh, kau nak pergi mana?!” Tanya Syafiq yang sedang terbaring di sofa.
“Hospital.” Jawab Haris sepatah dan berlalu keluar.
“Kenapa??!!”
Namun, pertanyaannya tidak dijawab.

Haris melihat Puan Siti yang ditenangkan oleh Mira dan Miza. Dia kemudian menghampiri Inspektor Heliza yang menemani Maya di hospital.
“Macam mana dia boleh hilang?”
“Errr, saya pergi ke surau untuk solat asar dan bila balik saya tak nampak dia dalam hospital”
“Check semua CCTV dan tutup semua pintu keluar!” Arah Haris kepada beberapa orang pengawal keselamatan yang berada di situ. Tiba-tiba terbayang kembali wajah Maya yang merenungnya di dalam mimpi itu. Mungkin kah gadis itu sedang dalam bahaya??

Manakala Maya dengan susah payah mendaki satu persatu anak tangga menuju ke rooftop hospital. Dia tidak tahu dia berada di hospital mana. Fikirannya kacau! Segala perlakuan lelaki-lelaki itu sentiasa terbayang di ruang matanya. Suara lelaki itu masih jelas kedengaran seolah-olah mengejek dirinya. Dia kotor! Dia jijik dengan diri sendiri! Dia melangkah dengan perlahan-lahan dan sesekali memegang perutnya yang terasa sangat sakit apabila berjalan. Dia ditendang bertalu-talu. Dia membetulkan telekung yang dia minta daripada Puan Siti. Akhirnya dia telah sampai ke rooftop.
“Betul ke keputusan aku Ya Allah??!!! Kenapa aku??!! Aku dah tak kuat!! Aku dah kotor, jijik!! Macam mana aku nak berhadapan dengan semua orang??!!! Arghhhhhhhhhh!!! Kenapa aku??? Besar sangat ke permintaan aku selama nii???!!! Aku Cuma nak hidup Bahagia! Nak rasa kasih sayang! Why??!! KENAPAAA??!!!” Jerit Maya di atas rooftop itu sambil melangkah ke arah tepi bangunan.
Tanpa dia sedari, Haris dan beberapa orang anggota polis yang lain telah berada di belakangnya. Haris simpati dengan gadis itu. Aida dan Miza yang mendengar jeritan Maya itu tidak dapat menahan sebak. Dia kemudiannya mengarahkan beberapa orang anggota untuk bergerak kea rah kanan dan kiri Maya. Haris memberi isyarat kepada Miza dan Aida untuk memujuk Maya.
“Maya, kau cakap kau nak travel dengan aku pergi cari boyfriend korea kan??!! Kenapa kau nak tinggal akuu??!!! Kau tak sayang aku ke?” Tanya Aida dari arah belakang dengan perlahan merapati Maya.
Maya terkejut lantas memalingkan wajahnya. Air matanya mengalir deras.
“Aku dah buang impian aku!! Masa depan aku hancurrr!!!! JANGAN DEKATT!!! BIAR AKU MATI!!! KORANG MESTI SIMPATI JE KAN?!!” Jerit Maya bagai orang kerasukan. Dia kemudiannya mengeluarkan pisau pemotong buah yang dibawanya dan mengarahkan pisau itu ke jantungnya.
“Maya, dengar cakap along! This is not the end! Listen, I will help you! Masa depan Maya masih cerah! Maya tak kesian dekat along? Tak kesian Kak Mira? Tak kesian dekat ibu???” Pujuk Miza lembut sambil cuba mendekati Maya dalam pada masa yang sama, Haris bergerak ke sebelah Maya.
“Kesian??? Oh, shit!!! Did you guys ever think about me?? My feelings??? Being hate by your own father, it’s not funny at all! Did you guys know how suffered when you need someone to cry on but there’s no one!! Arghhhhhhhhhh!! Now you come and said kesian? Korang kesian tak dekat aku sebelum nii??? Pernah dengar tak apa yang aku cuba luahkan??!! Bila aku dah jadi macam ni, baru korang nak kesian?? Simpati??
Dan kau!!! Kenapa kau selamatkan akuuuu??!!!!” Jerit Maya ke arah Haris dan mengacukan pisau. Dia kemudiannya berlari ke arah tepi bangunan. Kakinya kini memijak bahagian tepi bangunan. Dia ingin terjun bangunan!
“Maya, listen here! Saya tak selamatkan awak! Bukan saya yang selamatkan awak! Tapi Allah yang hantar saya, gerakkan saya selamatkan awak! Saya hanya perantara” Pujuk Haris lembut dan turut bersama-sama berdiri di sebelah Maya.
“aaa. Allah?” Tanya Maya gugup.
“Ya, Allah yang gerakkan saya. Dan Allah penyelamat awak!”
“Allah sayang saya??? Emm emmmm ta…ta..tapiii kenapa Allah buat saya macam ni?” Tanya Maya polos. Dia seakan-akan termakan dengan pujukan Haris.
“Iya, Allah sayang awak. Kak Miza sayang awak, Kak Mira sayang awak, ibu awak sayang awak, kawan baik awak sayang awak. Semua sayang awak! Allah nak awak kuat!”
“Awak sayang saya?” Tanya Maya lagi. Matanya yang bundar tepat memandang ke arah Haris. Haris terkedu, jantungnya berdebar!
“Saya dah agak awak TIPU!!! Mana ada lelaki nak dekat perempuan kotor macam saya!! Korang semua simpati je” Jerit Maya tiba-tiba. Seketika tingkah lakunya berubah. Dia menjadi bengis! Pisau kembali diacukan ke arah jantungnya.
“Saya pun sayang awak. Kan saya cakap tadi, semua sayang awak”
“saya janji, saya akan kawin dengan awak dan bawak awak keluar dari rumah. Sekarang, awak hulurkan tangan awak dan perlahan-lahan letak pisau tu.” Pujuk Haris dan dia menarik tangan Maya ke tengah bangunan apabila dia melihat Maya seakan-akan hilang perhatian.
Dia merentap pisau di tangan Maya dan dibuang jauh. Inspektor Heliza mengambil pisau tersebut. Miza dan Aida pantas mendapatkan Maya yang tampak lemah apabila dia disuntik ubat penenang. Haris mencempung tubuh Maya dan membawa ke bilik wad untuk pemeriksaan lanjut. Semasa dia sedang duduk di kerusi luar wad Maya, Miza berjalan ke arahnya.
“Errr, Tuan. Maaf, cuma saya nak tanya. Tuan maksudkan ke apa yang Tuan cakapkan tadi?” Tanya Miza berhati-hati
“Kalau saya maksudkan apa yang saya cakapkan tu. Cik Miza setuju?” Tanya Haris
“Kalau tu yang terbaik, even yaa it’s quite tiba-tiba tapi I think I can put my trust on you. Maya dah banyak menderita. Tapi, I don’t know.. Like, this is the best decision for her or not.” Keluh Miza. Kalau dilihat dari mata kasar, Inspektor yang berada di hadapannya ini sangat menjaga tutur katanya dan adabnya. Tapi, tidak mungkin juga baginya untuk melepaskan adiknya kepada orang yang baru dikenali.

Haris pulang ke hotel. Dia ingin membersihkan tubuhnya dan solat. Telefonnya bergetar menandakan panggilan baru masuk. Dia melihat ada 150 misscalls daripada ibunya. Dia mengeluh perlahan. Dia menelefon ibunya setelah selesai solat di beranda hotel.
“Assalamualaikum bu, ibu sihat??”
“Waalaikumsalam. Alhamdulillah ibu sihat. Along sihat?? Ibu tengok along dekat TV tadi”
“Alhamdulillah along sihat. Hahahaha, ibu tengok dekat berita ke?”
“Aah. Mesti arwah ayah bangga tengok kamu”
“Inshaallah bu”. Ya, itu merupakan impian arawah ayahnya yang ingin melihat dia menjadi polis. Namun, disebabkan sikapnya yang degil dan keras kepala dia terlambat untuk memenuhi impian arwahnya. Rasa bersalah, sedih dan terkilan menyelimuti hatinya.
“Errr, along ibu tak de niat nak buat along sedih” Ujar Mak Mah apabila dia dapat merasakan anaknya bersedih. Haris masih dihimpit rasa bersalah kerana tidak mendengar cakap arwah ayahnya dan lebih memilih menyambung pengajian dalam bidang kedoktoran.
“Eh..takpe bu”
“Ni.. ibu call sebenarnya nak bagitahu yang deposit khemah tu nanti ibu ambik esok daripada Kak Milah. Catering semua pun ibu akan batalkan esok” Beritahu Mak Mah perlahan. Luluh hatinya apabila mengenangkan perkahwinan anak lelakinya yang terpaksa dibatalkan. Nurin merangkap anak saudaranya telah mengandung terlebih dahulu anak lelaki lain. Mujurlah dalam keadaan pandemik ini, tak ramai orang boleh dijemput. Jadi, tidak ramai yang tahu berita bahawa Nurin dan Haris akan berkahwin.
“Errr, bu! Tak payah batalkan dulu”
“Kamu jangan main-main Ris! Nurin tu dah selamat jadi isteri Arman tu. Kamu nak bersanding sorang-sorang ke?” Tanya Mak Mah sedikit terkejut.
Haris mengeluh perlahan, dia menceritakan segalanya kepada ibu. Dia yakin ibu akan bersetuju.
“Kalau tu yang kamu rasa terbaik, ibu restu. Cuma, ingat! Jangan paksa anak dara orang. Buat istikharah.” Nasihat Mak Mah sebelum menamatkan panggilan telefon. Dia mengeluh perlahan, anak lelakinya masih tidak dapat melupakan kenangan silam. Rasa rindu seorang ibu kepada anak perempuannya semakin menggunung. Mak Mah akhirnya menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience