Maya tersedar apabila dia dapat merasakan perutnya berkeroncong. Dia membuka matanya perlahan dan melihat Haris yang sedang asyik memandu. Sesekali lelaki itu dilihat mengurut bahunya perlahan. Dia merenung suaminya. Ya, dia akui suaminya itu berdada tegap,tidak terlalu tinggi, tidak terlalu cerah, mempunyai sepasang mata kuyu yang akan melemahkan setiap gadis dan senyuman yang manis.
‘sebelum kawin agak-agak dia ada gf ke tak ehh? Kesian dia terpaksa selamatkan aku and jadi suami aku.’ bisik Maya serba salah di dalam hati.
“Dah puas tengok suami awak yang handsome ni? Kot ya pun rindu, tunggu kita sampai rumah ibu ehh” Usik Haris sambil menoleh. Dia tahu Maya sedang merenungnya.
“Errrr, perahsantan! Saya tak tengok awak. Otak saya loading tadi” Balas Maya sambil menaikkan semula kerusi dan melipat semula kot suaminya. Dia kemudiannya membuka seatbelt dan bangun. Haris yang melihat terkejut.
“Little girl, bahaya! Nak pergi mana?”
“Nak ambik beg makanan kat seat belakang. Saya lapar. Sana sikit!” Tolak Maya perlahan.
Haris menahan getar apabila badan Maya agak menghempap separuh badannya.
“Yeayy, boleh pun!” Jerit Maya sambil membuka bekal berisi mihun goreng dan nugget yang dimasaknya pagi tadi. Tanpa menghiraukan suaminya, dia memulakan suapan ke mulutnya. Suapannya terhenti apabila Haris bersuara.
“Ehemmm, takkan makan sorang? Then, husband awak kat sebelah ni nak bau and tengok je?” Perli Haris
“Macam mana awak nak makan? Awak drive kan?”
“Suaplah sayang”
“Ada tangan kan? Makan sendiri” Ujar Maya.
“Takkan saya nak berhenti? Tengok, kat luar tu nak hujan. Lambat nanti kita sampai”
“Jauh lagi ke?” Tanya Maya polos
“3 jam lagi sayang. Kalau awak tak nak suap tak pe lah.”
Maya serba salah melihat Haris yang seakan-akan sedang berjauh hati. Dengan perlahan-lahan dia menghalakan sudu yang berisi mihun goreng ke mulut Haris namun Haris tidak membuka mulut dan fokus dengan pemanduannya.
“Awak, jangan lah merajuk! Buruk tau orang tua merajuk” Ujar Maya. Namun, Haris tetap membatukan diri. Maya mengeluh perlahan dan menutup kembali bekal tersebut. Moodnya sudah hilang untuk makan.
“Kenapa tak makan dah?” Tanya Haris mendatar
“kenyang” Jawab Maya ringkas.
“Tak payah mengada! Nanti sakit perut! Makan!”
“Kalau saya sakit pun yang susahnya awak. Yang kena marah dengan ibu tu awak sebab tak jaga anak dia betul-betul”
“Maya, awak ni degil kan? Makan lah”
“Saya tak nak makan kalau awak pun tak nak makan sekali” Maya masih berdegil.
“Ya allah, sayang! Saya tengah drive. Awak nak kita cepat-cepat ke syurga ke….” Bebelan Haris terhenti apabila Maya dengan pantas menyuapkan makanan ke dalam mulutnya. Maya hanya tersengih.
“Good boy. Now, kita makan sama-sama okay?”
Hujan yang turun dengan lebat dan sesekali disertai dengan guruh dan kilat menakutkan Maya. Maya memegang seatbelt dengan kuat dan terjerit apabila melihat dengan jelas guruh dan kilat di hadapannya. Dia ketakutan. Haris segera masuk ke dalam kawasan perkarangan masjid untuk berteduh.
“shhhh,jangan takut! Saya ada!” Pujuk Haris apabila Maya memeluk erat lengannya. Dia mengerling sekilas jam di dashboard kereta menunjukkan sebentar sahaja lagi waktu maghrib akan masuk. Dia mengelus perlahan kepala Maya.
“Wife, saya nak solat ni. Awak nak tunggu dekat kereta or nak ikut tunggu kat dalam masjid?” Haris bertanya perlahan apabila azan telah habis berkumandang.
“Errr, sa saya tunggu kat sini” Jawab Maya
“Sure?”
“Yes, sure! Tapii cepat tau. Jangan lama-lama.”
“Ya. Kunci pintu tau” Pesan Haris sambil mengucup dahi Maya.
Maya hanya terkebil-kebil dengan tindakan spontan Haris.
‘Cisss, dasar gatal. Suka suki je kiss akuuuu!!’
Pada jam 11 malam, mereka akhirnya tiba di kampung Haris. Maya hanya membatukan diri didalam kereta. Perasaannya bercampur baur, sedih, takut.
“Kita dah sampai ni. Jom turun” Ujar Haris perlahan.
“Errr, awak. Saya takut. Macam mana kalau tetiba nanti ibu tak dapat terima saya?” Ujar Maya perlahan. Ada getar disuaranya.
“Ya allah, inshaallah ibu okay. Saya kan ada. Saya kenal ibu saya. Inshaallah Ibu okay. Tu ha, ibu dah tunggu. Jom.” Ajak Haris.
Dari kejauhan, terlihat seorang wanita separuh abad memandang kea rah mereka dengan senyuman manis. Maya dengan perlahan menghampiri dan menghulurkan tangan.
“Assalamualaikum ibu, ibu sihat? Err, ibu ni Maya” Haris mengenalkan Maya kepada ibunya.
“Assalamualaikum i..ibu. Ibu sihat?” Ujar Maya perlahan sambil menghulurkan tangan.
“Waalaikumsalam. Alhamdulillah ibu sihat. Ya allah cantiknya Maya.” Ujar Mak
Mah sambil memeluk Maya. Air matanya tumpah. Dia merenung Maya dengan kasih sayang sebelum Haris berdehem.
“Ehemm. Dah lah tu drama kat tangga ni. Along letih ni buu. Mengantuk.”
“Allah, lupa pulak ibu! Dah Maya jom masuk. Biar along tu angkat beg. Lapar tak? Jom makan dulu lepastu mandi, rehat ya nak” Ujar Mak Mah sambil memegang erat lengan menantunya menuju ke dapur. Haris hanya tersenyum melihat gelagat ibunya.
Selepas mereka selesai makan dan Maya ingin membantu mencuci pinggan, namun dihalang oleh ibu mertuanya.
“Eh, Maya kamu buat apa ni? Tak payah tolong ibu. Pinggan ni sikit je. Pergi bersihkan diri dulu. Kamu mesti lah penat.”
“Eh takpoe lah ibu. Maya boleh buat. Tak letih pun.” Ujar Maya sambil membasuh pinggan seraya tersenyum.
Hati kecil Mak Mah sayu melihat senyuman itu. senyuman itu mengingatkannya pada seseorang.
“Lahh, abang cari sayang kat sini rupanya sayang!” Ujar Haris sambil menuruni tangga dapur.
“Ada ni ha isteri kesayangan kamu tolong ibu basuh pinggan”
“Kenapa?” Tanya Maya ringkas.
“Nak tunjuk bilik kat Maya.”
“Ha elok sangat lah tu, ibu pun dah mengantuk dan letih ni. Ibu naik dulu lah ya”
“Selamat malam ibu. Assalamualaikum” Ujar Maya perlahan sambil mencium tangan dan kedua belah pipi ibu mertuanya. Dia perlakukan ibu mertunya sebagaimana dia perlakukan ibunya.
“Dah, jom! Saya tunjuk bilik kita” Ujar Haris sambil menggapai tangan Maya namun ditepis perlahan.
“Okay, ni bilik kita! Bag Maya dekat tepi katil tu. Pergilah bersihkan diri. saya pergi ruang tamu.”
“Errrrrr, awak. Kat mana eh bilik mandi?” Tanya Maya. Dia sangat letih ditambah dengan sakit pinggang dan pening kepala.
“Alamakkk, lupa nak cakap! Tandas kat luar rumah”
“Awak jangan main-main. Saya penat nii.. nak mandi.” Ujar Maya geram.
“Ya Allah, main-main apanya. Betul lah kat luar.”
“Awakkk, saya kena guna perigi ni ke?” Tanya Maya ragu-ragu. Diperhatikan keadaan sekeliling yang sunyi ditambah lagi dengan kabus malam. Bilik mandi tersebut dikelilingi papan yang tinggi dan hanya ada perigi sahaja.
“Ya lah, awak kena guna baldi tu tarik air bawak naik atas. Cepat sikit, saya nak mandi jugak ni” Jerit Haris di luar sambil menahan ketawa. Dia berasa geli hati.
“Tak pe lah. Saya tak jadi mandi” Ujar Maya sambil membuka pintu dan keluar.
“Lah. Kenapa?”
“Saya takut nanti ada ular ke dalam perigi”
“tak payah mengada. Pergi mandi. Awak tu dah lah tengah uzur”
Maya hanya menundukkan muka menahan malu dengan bebelan suaminya. Dia terkejut apabila Haris menarik tangannya perlahan masuk semula ke tandas.
“Eh. Kenapa ni?!” tanya Maya sambil mencuba melepaskan tangan
“shhh diam. Saya nak tolong ambikkan air letak kat baldi besar ni. Nanti mandi guna air ni.” Ujar Haris sambil mula mencedok air.
“Okay dah! Now, mandi!” Arah Haris.
“errr, keluar lah! Saya nak mandi”
“Kita mandi sekali je, senang sikit!” Ujar Haris mengusik. Matanya menatap mata Maya yang kelihatan gelabah.
“TAK NAK”
“hahahahaha okay fine. Cepat sikit mandi. Saya tunggu kat luar.” Haris mengalah kerana kesian melihat Maya yang terkulat-kulat.
‘Eiiii. Geramnya aku dengan orang tua tu!!Ni, aku nak tidur mana ni?’ Gumam Maya apabila dia telah lengkap berpakaian di dalam bilik. Manakala Haris sedang mandi di luar rumah.
Haris masuk dengan tuala separa pinggang. Dia melihat Maya hanya duduk di birai katil dengan tudung membaluti kepalanya. Haris berjalan mendekati.
“errr, awak takk reti pakai baju ke?” Marah Maya apabila Haris semakin mendekati.
“Siapa ajar awak pakai tudung depan suami?” Tanya Haris tegas. Dia berhenti betul-betul di hadapan Maya.
“Errrr”
“Kenapa tak jawab hmm??” Tanya Haris sambil memegang dagu Maya. Dia merenung tajam ke dalam anak mata Maya. ‘cantiknya dia’ desis Haris.
Maya gelabah. Kedudukannya dengan Haris sangat rapat. Maya cuba menolak dada bidang suaminya dan tangannya terketar-ketar apabila menyentuh dada bidang suaminya yang tidal berbaju. Sejuk jemarinya.
“Haris, awak jangan macam ni”
“Jangan macam mana hmm?” Tanya Haris sambil mendekatkan lagi wajahnya. Dia suka mengusik Maya. Tangan Haris perlahan-lahan membelai lembut pipi Maya.
‘Har…Harris. Saya letih, saya penat. Please, let me go” Ujar Maya tersekat-sekat. Dia takut.
Haris hanya mendiamkan diri dan tangannya perlahan membuka tudung Maya. Dia membuka sanggul Maya dan biarkan rambut basah isterinya bebas mengurai. Haris menelan air liurnya sendiri.
“I know my limit as your husband. Tapi, jangan gulung rambut or pakai tudung bila rambut tengah basah. Nanti ada kutu siapa susah? dah besar pun ada kutu””
“Eiii. Suka suka je cakap saya ada kutu.!” Marah Maya sambil menolak kuat tubuh suaminya. Dia bergerak menjauh dan pergi ke beg suaminya. Dia memberi sehelai tshirt. Dia kemudiannya naik ke atas tilam. Dia letih. Dia meletakkan dua bantal peluk sebagai penghadang dan menyelimutinya dengan selimut sampai ke leher. Dia mendengar ketawa Haris tetapi tidak diendahkannya.
Sorry semua, baruuu sempatt update., Tong kayu for support! Oh ya, jangan lupa derma coins okie?
Share this novel