BAB 1 (Pertemuan kali pertama, suratan atau takdir?)

Romance Series 2796

“Abang tak boleh nak serahkan Maya pada ahlong tu semua. Dia anak kita bang, kenapa abang benci sangat dia?” soal Cik Siti teresak-esak kepada suaminya. Puas dia merayu agar suaminya tidak membabitkan anak gadis mereka dalam hal ini. Namun, Pak Hamid nampaknya masih berkeras dan ingin menyerahkan anak gadis mereka kepada ahlong-ahlong itu.
“kenapa tak boleh serahkan?? Tu je caranya kalau kita semua nak selamat sekarang ni. Nak harapkan anak lelaki kau tu ke?? Dasar anak sial, dah pandai berhutang lepastu lari menyusahkan kita semua.” Bentak Pak Hamid geram.
“kau tengok muka aku ni. Bengkak sana sini kena pukul. Ada kau kisah?? Kau nak tunggu sampai Mira dan Miza kena kacau dengan ahlong tu semua?”
“Tapi abah, kenapa Maya? Kenapa Maya yang kena tanggung ni semua? Maya pun perempuan abah, abah tak risau ke kalau ahlong tu semua buat benda tak elok? Maya baru 20 tahun abah, baru je sambung belajar. Salah ke kalau Maya mintak abah faham Maya? APA DOSA MAYA SAMPAI ABAH BENCI MAYA?” Sumayyah yang dari tadi hanya mendiamkan diri terus bersuara tatkala abahnya hanya memikirkan kedua kakaknya sahaja. Habis dia bukan perempuan? Puan Siti cuba menenangkan Maya dengan memeluknya untuk mengelakkan Maya menjadi habuan pukulan suaminya yang panas baran itu.
“sebab kau tu dari kecik bawak malang je, sebab tu aku rasa keluarga aku ni macam kena sumpahan je bila kau muncul. Kalau aku bela lembu, sekarang dah Nampak hasil tapi bela kau satu hasil pun tak nampak!”
“Abah salah ke kalau Maya cuma nak rasa kasih sayang dari seorang ayah? Salah ke? Pernah tak selama ni Maya susahkan abah? Pernah ke bah? Okey, kalau tu yang abah nak esok Maya akan jumpa ahlong tu semua. Biar abah puas hati. Biar SEMUA SELAMAT!” Ujar Maya sebelum segera berlari keluar rumah, mengendahkan panggilan ibunya dan menaiki motorsikal yang dibelinya sendiri selepas tamat SPM.
Dia memakirkan motorsikalnya dan membuka helmet lalu menangis tersedu-sedu ditemani hujan yang lebat. Dia menangis semahunya tanpa menghiraukan pandangan orang sekeliling yang memandangnya pelik.
‘Ya Allah, aku tak mampu nak hadapi semua ni lagi. Kenapa kau lahirkan aku dalam keluarga yang tak terima aku? Ya Allah, aku tak kuat. Kenapa abah benci aku? KENAPA AKU TAK BOLEH HIDUP BAHAGIA MACAM ORANG LAIN?!!” rintih Maya di dalam hati.
Tidak semena-semena peristiwa 10 tahun lalu kembali bermain di mindanya.
“abah, Maya nak baju baru jugak. Raya kan dah nak dekat.”
“kau pergi mintak dengan mak kau. Ni baju anak-anak aku yang lain. Kalau aku dapat tahu kau sentuh baju ni. Nahas kau, aku kerjakan.”
Bagi kanak-kanak berumur 10 yang masih memberontak jiwanya segala kata-kata ayahnya tidak didengari. Malam itu, ketika semua sedang berbuka puasa, dia perlahan-lahan menyelusup masuk ke dalam bilik ibu dan abahnya. Dia mencari baju kurung yang berwarna pink itu tadi. Dia begitu suka dengan baju itu. Tanpa berfikir panjang, dia mula menyarung baju itu ke tubuh gempalnya itu dan tidak semena-semena baju itu terkoyak. Pak Hamid yang kebetulan baru melangkah masuk ke biliknya itu mula berang dan memukul Maya sehingga dia tidak berdaya lagi. Ibu dan kedua kakaknya hanya mampu melihat tanpa cuba menghentikan abahnya. Mujurlah ketika itu, pak cik dan mak ciknya datang dan menghentikan ayahnya.
“abah sakit bah, ampun bah!” rayu Maya
“Aku dah cakap jangan usik. Kau degil kenapa hah? Dasar anak sial!!!” sambil tangannya melibas tubuh Maya dan kakinya sesekali menendang Maya.
Makin erat Maya memeluk tubuhnya sendiri mengingati peristiwa pahit itu.

Dari kejauhan kelihatan seorang jejaka yang sedang berteduh di bawah salah satu pondok di taman itu. Dia yang sedang termenung melayankan perasaan sedihnya apabila bekas tunangnya merangkap sepupunya kini hamil anak lelaki lain sedangkan pernikahan mereka akan berlangsung bulan hadapan dikejutkan dengan deringan telefon.
“Ya tuan, baik. Laporan tu tinggal je atas meja saya. Terima kasih.” Ujarnya tegas apabila mendapat panggilan telefon dari balai polis. Pekerjaannya sebagai anggota polis menyebabkan dia sentiasa sibuk sehingga tiada masa untuk bersama dengan orang yang dia sayang. Mungkin sebab itu lah, Nurin curang kerana dia tak pernah beri perhatian kepada bekas tunangnya itu.
“Huh” dengusnya perlahan apabila teringatkan bekas tunangnya itu.
Perbuatannya yang sedang berura-ura ingin beredar dan membuka payung hitam miliknya itu tiba-tiba terhenti apabila matanya tertancap pada sesosok tubuh gadis yang sedang memeluk lutut di bawah hujan lebat. Tanpa memikir panjang, dia bergegas ke arah gadis itu dan memayungi tubuh gadis itu.
“Dik, adik buat apa bawah hujan macam ni? Bangun sekarang!” tegurnya tegas sambil membongkokkan diri apabila melihat gadis yang pada pengamatannya itu berusia dalam 20-an hanya mendiamkan diri dan tidak mengendahkan kehadirannya.
Teguran daripada suara garau yang tegas itu mematikan lamunan Sumayyah.
“hah? Sa sa saya ambik angin.” Ujar Sumayyah sambil berpaling apabila dia disergah begitu.
“huh, ambik angin? Ambik angin atau ambik air free?” balas Inspektor Haris sinis.
“saya hantar awak balik. Dah senja ni, rumah awak kat mana? Awak tak risau mak ayah awak cari ke? Ni mesti putus cinta lepastu lari rumah. Apa nak jadi budak zaman sekarang ni.” Bebelnya panjang lebar. Baginya, dah tugas seorang polis untuk memastikan gadis itu selamat. Bimbang juga gadis itu diapa-apakan dengan mat rempit nanti.
“Takpe encik. Saya balik sendiri. Terima kasih. Assalamualaikum” ujar Sumayyah sebelum bergegas bangun dan berlari ke arah motorsikalnya. Sakit juga hatinya apabila pak cik yang tidak dikenalinya ini tiba-tiba sahaja menuduh dia sedang patah hati dan lari rumah.
Inspector Haris hanya menggelengkan kepala dan mencebik bibir melihat gadis itu berlalu pergi. Orang nak tolong jual mahal.
‘malang betul hidup aku! Suka-suki je tuduh aku. Hello, boyfriend aku kawin pun aku relaks je. Dia ingat masalah aku ni boyfriend je ke?’ bebel Sumayyah di dalam hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience