Maya resah di pembaringan. Dia tidak dapat melelapkan matanya. Dia mencapai tudung di hujung katil dan turun ke dapur untuk minum air.
“Ehh, Maya kenapa tak tidur lagi?” Tegur Miza yang kebetulan sedang membuat kopi untuk suaminya.
“hmmm, tak boleh tidur. Tak tahu kenapa”
“Maya excited sangat ehh nak akad nikah esok? Bakal pengantin mana boleh tidur lewat. Esok nak akad nikah, mata macam panda.” Usik Miza. Dia memandang sayu wajah adiknya yang cemberut itu. Dia tahu Maya tidak bahagia dengan perkahwinan ini. Namun, ini yang terbaik untuk masa depan adiknya. Dia telah mempunyai keluarga manakala Mira akan berkahwin bulan depan. Tidak mungkin dia akan membiarkan Maya tinggal di rumah ini lagi.
“Kak Miza, perkahwinan tu macam mana ya?”
“Perkahwinan tu indah bila masing-masing saling mempercayai dan bertolak ansur. Percaya lah cakap akak, cinta tu akan datang kemudian. Lagipun Maya kan memang nak bercinta lepas kawin” Pujuk Miza. Risau juga Maya lari. Adiknya ini bukan boleh percaya sangat.
“Macam mana nak cinta kalau cinta tu dah lama mati? Orang yang Maya kenal bertahun-tahun pun boleh tinggalkan Maya apatah lagi orang yang baru kenal” Luah Maya lirih. Ya, hatinya sakit! Mencintai seseorang yang tidak memperjuangkan dirinya adalah kesilapan paling besar yang pernah dia buat.
“Maya, dah lah. Jangan ingat lagi! Dia pun dah bahagia and you should find your own happiness” Ujar Miza sambil menarik Maya ke dalam pelukannya.
“Patut lah abang tunggu kopi tak sampai. Buat drama air mata rupanya” Usik Badrul yang tiba di dapur sambil merapati isterinya. Miza hanya tersenyum. Mereka meminta diri dan naik ke atas.
Tiba-tiba telefon bimbit Maya berdering. Dia mengeluh perlahan, tertera nama ‘Future Husband’.
“Assalamualaikum, kenapa Maya tak tidur lagi?” Tegur Haris
“Waalaikumsalam, nak tidur lah ni. Kenapa call ni?” Tanya Maya malas.
“aikkkk, nak tanya bakal isteri pun tak boleh ke??”
“Tak boleh!”
“Amboi, garangnya! Esok nak nikah pun masih garang lagi ehh dengan bakal suami?”
“Nak apa sebenarnya ni?!”
“Saja nak pastikan Maya masih hidup. Hahahahha. Okaylah, esok Maya nak pergi masjid sekali atau Maya nak pergi dengan family?”
“Family. Nak cakap apa-apa lagi tak nii?”
“Tidur awal sayang. Esok hari yang memenatkan! HAHAHAHAHA” usik Haris. Dia tahu Maya sedang menyumpahnya di dalam hati. Terbayang wajah Maya yang akan merah padam menahan marah dan malu.
“K.”
“Listen here! Jangan cuba lari! Awak lari, tahu lah apa saya buat. Dengar tak ni?” Suara Haris berubah tegas.
“Ishhh, ya! Orang dengar!”
Maya melihat dirinya di dalam cermin. Dia yang telah disolek hanya memandang kosong wajahnya di cermin. Aida tidak habis-habis memuji dirinya dan sibuk dengan story ig.
“Kau ingat eh, jangan tunjuk muka aku! Jangan tag aku!” Pesan Maya memberi amaran.
Puan Siti tidak dapat menahan sebak melihat anak perempuannya itu. Anaknya yang manja itu akan menjadi isteri orang. Dia menyeka air matanya perlahan.
Maya memakai kebaya warna putih diiringi dengan Miza dan Mira masuk ke perkarangan masjid. Manakala Puan Siti menolak kerusi roda Pak Hamid. Entah apa mimpi Pak Hamid yang tiba-tiba ingin menjadi wali. Badrul, Aida dan Mak Ani hanya tunggu di dalam kereta kerana masjid hanya menetapkan ahli keluarga sahaja yang boleh turut berada semasa akad nikah. Mereka terpaksa akur dengan norma baharu.
Haris yang ditemani Syafiq terpana melihat Maya yang mukanya ditutupi dengan pelitup muka yang sama warna dengan tudungnya. Maya yang menundukkan wajahnya mendongakkan kepalanya apabila merasakan dia diperhatikan. Mata mereka bertemu. Teguran Tok Kadi membawa Haris ke dunia nyata. Berwalikan Pak Hamid, dengan sekali lafaz sahaja Maya telah sah menjadi milik Haris. Syafiq mengucapkan tahniah kepada Haris.
“Eh, Maya. Hulur lah tangan tu” Suruh Puan Siti apabila anaknya hanya kaku semasa pembatalan air sembahyang.
Haris menggaru kepalanya yang tidak gatal. Maya hanya memandang kedua-dua kakaknya yang tersengih.
“Assalamualaikum” Tegur Haris semasa menyarungkan cincin di jari Maya. Dia dapat merasakan jari Maya terketar-ketar dan sejuk.
“Wa..walaikumsalam” Jawab Maya. Dia memejamkan matanya apabila satu kucupan halus singgah di dahinya. Kini, dia bukan lagi anak kecil kepada ibunya, dia bukan lagi seorang adik yang manja kepada kedua kakaknya. Air matanya mengalir deras di saat dia mencium tangan Puan Siti dan Pak Hamid. Pak Hamid turut mengalirkan air mata namun dia cepat-cepat menyekanya.
‘Maya dah jadi isteri orang’ bisiknya di dalam hati.
Mereka bergambar bersama di dalam masjid. Haris sedang membuat video panggilan dengan uminya.
“Ibu, umi kirim salam. Umi tak sihat, tu yang umi tak datang harini” Jelas Haris.
“Ouhh takpe. Ni ibu pun nak balik dah ni. Nanti kamu balik dengan Maya ya?”
“Okay bu. Terima kasih bu”
Maya yang berada di perkarangan parkir masjid sedang memujuk Aida untuk menemaninya pulang bersama Haris.
“Aida, teman lah akuu balik jap lagi” Pujuk Maya sambil memegang tangan Aida. Mira dan Miza hanya tergelak.
“wehhh, kau gila ke?? Tak nak aku jadi ‘third wheel’ dalam hubungan kau. Dah lah baru kawin. Alahh, balik rumah pun balik rumah ibu jugak. Ni baru pukul 10.30 pagi. Awal lagi, chill! Jangan gelabah!!” Usik Aida.
“Aida, awak tu nak balik jalan kaki ke? Nak gerak dah ni” Jerit Mira. Mereka hanya menaiki dua buah kereta sahaja.
“Kak Mira, nak ikut balikk!” Jerit Maya sambil berjalan ke arah kereta.
“Tak boleh! Hantaran kau tu nak letak mana? Kereta along tu penuh! Kereta Kak Mira pun penuh ni”
Haris yang melihat adegan itu hanya menahan gelak. Dia dan Syafiq berjalan menghampiri mereka setelah tamat membuat panggilan video bersama ibunya.
“Ni kenapa ni?” Tanya Haris perlahan.
“Ni, Maya ni! Kereta dah penuh dengan hantaran. Dia sibuk nak ikut balik. Haris settle kan je lah dia tu. Gerak dulu, jumpa kat rumah!” Jawab Maya sambil menghidupkan enjin kereta dan berlalu pergi. Aida di sebelah Mira hanya tersengih.
“Ni nak berdiri berapa lama ni? Tak nak balik ke?” Ujar Haris kepada Maya.
“Kereta mana?” Tanya Maya tanpa menoleh ke arah Haris.
“Tunggu sini jap, saya ambik”
“Bro aku gerak dulu. Apa-apa roger!” Ujar Syafiq meminta diri.
Tidak lama selepas itu, kereta Ford Ranger milik Haris tiba di hadapannya. Dengan ketinggian Maya yang comel itu, ditambah pula dengan kain baju kebaya putihnya itu membuat dia sukar untuk masuk kereta. Haris hanya tersenyum kecil.
“Nak tolong ke?”
“Tak payah!”
“Haihhh, apalah nasib dapat isteri yang pendek ni!” Usik Haris apabila Maya telah masuk ke dalam keretanya.
“Dah tahu pendek, sibuk nak kawin jugak kenapa? Kawin lah dengan model sana!” Ujar Maya geram.
Haris hanya tersenyum. Tangannya mendekati wajah Maya sehingga Maya menyandarkan badannya ke tingkap kereta. Matanya tajam menikam anak mata Maya yang bundar itu. Maya cuak.
“Ni ni ni nak buat apa ni? Jangan macam-macam ehh, masjid ni. Ha, saya jerit!”
“hmmm, nak buat apa ehh?” Tanya Haris sambil menjungkitkan keningnya. Dia suka melihat Maya gelabah. Tangannya sengaja menyentuh wajah Maya.
“Dah lah.. ta..tak baik buat macam ni” Ujar Maya tersekat-sekat. Wajahnya dengan Haris hanya seinci sahaja. Dia sesak nafas!
“Ni, nak bukak mask awak ni. Tak panas ke?” Ujar Haris sambil membuka pelitup muka Maya. Dia merenung wajah Maya.
“Ish, tepi lah” Tolak Maya. Haris hanya tersenyum. Puas dia dapat mengenakan Maya.
“Jalan lah nak apa lagi.” Ujar Maya geram.
“Sayang, wear your seatbelt please! Ke nak abang pakaikan?” Usik Haris sambil berura-ura ingin mendekati Maya.
‘sayang? Abang? Euwwww’ bebel Maya di dalam hati
“Tak payah! Saya buat sendiri”
“Eh, ni bukan jalan rumah ibu ni!”
“Yup. Abang nak pergi masuk office jap. Ambik file then pergi rumah abang jap ambik baju then baru balik rumah ibu” Terang Haris. Dia mengerling sekilas ke arah Maya yang mencebikkan bibir.
‘haihh, hari akad nikah pun kena masuk office ke? Betullah Aida cakap, kawin dengan orang beruniform ni susah’ bisik hati kecil Maya.
“Errr, awak. Boleh tak jangan bahasakan diri tu abang and don’t call me sayang. Sebab saya tak selesa. Benda ni macam too fast and my brain cannot brain lagi” Luah Maya sambil menundukkan wajah.
“HAHAHAHAH. Fine, saya tak paksa awak. Panggil lah saya dengan gelaran yang awak selesa as long as masih hormat saya as your husband” Haris mengalah. Dia berasa kasihan melihat wajah Maya yang semakin cemberut apabila diusik.
Jam telah menunjukkan tepat 10 malam. Maya masih lagi berpura-pura menyibukkan dirinya di dapur. Dia hanya memandang Aida yang tersengih-sengih memandang ke arahnya.
“Ehh, Maya! Dah pukul berapa ni? Kenapa tak naik tidur lagi?” Tegur Miza apabila melihat adiknya itu masih di dapur. Dia memandang Aida yang hanya tersengih. Dia mengisyaratkan kepada Aida untuk tidak mengusik Maya.
“Errrr, nak kemas dapur. Pinggan nak susun semua tu. Cawan semua belum susun.” Jawab Maya sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal.
“Wehhhhh, sejak bila kau rajin doo?? HAHAHAHAH.. kau lah paling pemalas bab nak kemas dapur!” Pintas Aida sambil menahan ketawa. Dia tahu Maya malu untuk naik tidur.
“Takpe, esok boleh buat lagipun Kak Mira esok boleh tolong. Pengantin baru kena tidur awal.” Usik Miza dan disambut dengan gelak besar daripada Aida.
Haris yang sedang menuruni anak tangga terdengar suara orang ketawa dari arah dapur. Dengan perlahan, dia melangkah ke arah dapur. Dia melihat Maya sedang mencubit Aida yang sakan ketawakannya. Haris menyimpul senyuman kecil sebelum berdehem.
“Ehem” Haris berdehem sambil matanya memandang ke arah Maya.
“Errrrrr, Maya nak naik. Bye” Pamit Maya tergesa-gesa tanpa memandang ke arah Haris.
Mereka bertiga hanya memandang Maya yang berlalu pergi. Aida turut berlalu pergi.
“Maya malu tu. Maybe akan take time. Haris bagi dia masa ya?” Ujar Miza sambil memandang ke arah Haris yang baru menjadi adik iparnya beberapa jam yang lalu.
Haris hanya tersenyum dan mengangguk.
Maya masuk ke dalam bilik Kak Mira. Dia pantas menguncikan pintu. Mira yang sedang membaca novel di atas katil memandangnya pelik.
“Maya, buat apa kat siniii??” Tanya Mira sambil menahan gelak. Dia tahu adiknya itu janggal dan takut. Maya masih tidak dapat membiasakan dirinya yang baru sahaja bergelar isteri pada usia yang sangat muda.
“Maya nak tidur sini lah. Dah malam kan. Mengantuk!” Jawab Maya sambil merebahkan tubuhnya di sebelah Mira.
Tiba-tiba pintu bilik Mira diketuk. Maya yang berselubung di dalam selimut menjadi takut. Jantungnya berdebar. Dia menarik lafaz lega apabila mendengar suara Aida.
“Korang memang nak suruh aku tidur dekat ruang tamu ke apa nii??” Bebel Aida setelah Maya membuka pintu.
“Ni, kau buat apa kat sinii? Wehhh, kau tinggal laki kau sensorangg??” Tanya Aida terkejut.
“Aku ngantuk lah. Tutup lampu!” Arah Maya dan dia terus menyelubungkan kembali badannya.
Manakala Haris di dalam bilik Maya hanya menggelengkan kepalanya apabila bayang Maya masih tidak kelihatan walaupun jam sudah menginjak 12 malam. Dia berasa geli hati dengan sikap Maya yang malu-malu dan kadangkala seperti anak-anak kecil. Dia kemudiannya menutup laptopnya dan tidur bersendirian. Haris terjaga apabila terdengar bunyi orang yang sedang mandi. Dia melihat jam baru pukul 5.00 pagi. Dia melangkah dengan perlahan menuju ke bilik mandi. Pada masa yang sama, Maya yang baharu sahaja selesai mandi membuka pintu. Mereka tergamam! Haris memandang tepat ke arah Maya yang baharu sahaja selesai mandi manakala mata Maya terbuntang luas.
‘AAAAA, BUKAN KE DIA TIDUR TADIII??’ Jerit Maya di dalam hati. Nasib baik Maya telah lengkap berpakaian manakala rambutnya yang basah digulung dengan tuala.
“Hye wife, awal mandi. Ingatkan hantu mana tumpang mandi” Sindir Haris sambil memandang ke arah Maya yang hanya memandang ke lantai.
“Ishhh, tepi lah!” Marah Maya apabila Haris sengaja menghalang laluannya. Dia kemudiannya memandang Haris.
“Tepi?? Puan Nur Sumayyah. Ada apa-apa awak nak cakap pada husband awak tak?” Tanya Haris sambil tangannya kini menghadang Maya
“Takde” Jawab Maya sambil berusaha lari tanpa perlu bersentuhan. Dia sudah mengambil wudhuk untuk solat tahajud sebelum masuk waktu subuh. Dia tahu pasti Haris ingin memarahinya kerana meninggalkan Haris sendirian semenjak mereka pulang daripada masjid tengah hari tadi. Dia memang sengaja solat dan mandi di dalam bilik Kak Mira.
“Sure takde? You owe me your explanation Maya!” Haris bersuara tegas sambil memandang Maya yang semakin tersandar ke dinding. Kini, kedua-dua tangannya mengepung Maya. Dia seakan-akan terbuai dengan haruman shower gel yang dipakai Maya.
“Okay, Fine! Sorry, saya tinggal awak. Tak inform awak semua tu. Saya tidur bilik Kak Mira sebab saya tak biasa. Sa..saya ta..takut awak buat benda yang sama macam yang lelaki-lelaki tu buat dekat saya! Saya tak suka!” Jawab Maya dengan suara lirih. Ya, dia takut! Peristiwa itu masih menghantui dirinya.
Haris berasa serba salah. Isterinya itu masih trauma dengan apa yang dia lalui. Dia kemudiannya menjauhkan dirinya semula daripada Maya yang kelihatan sedih itu.
“Hey, listen here! I will not force you.. Saya cuma terkilan sebab awak biarkan saya sorang-sorang. Awak larikan diri awak daripada saya since tengah hari tadi.” Pujuk Haris perlahan sambil tangannya cuba untuk menyentuh wajah Maya. Namun, dihalang oleh Maya.
“Saya dah ada wudhuk. Saya nak tahajud dulu.” Jelas Maya.
Tiba-tiba azan subuh berkumandang. Maya memandang Haris dengan pandangan tidak puas hati! Manakala Haris hanya ketawa.
“Alamakkk, dah subuh!”
“Ni semua salah awak lah!! Kacau saya buat apa?! Tengok, tak sempat dah!” Bebel Maya tidak puas hati.
“Hahahahaha takpe lah. Tunggu saya jap. Jangan lari! Saya nak mandi dulu. Kita solat subuh sama-sama.” Pesan Haris kepada Maya. Maya hanya mencebik bibir.
Mereka menunaikan subuh berjemaah. Maya tidak dapat menahan sebak apabila pertama kalinya dia diimamkan oleh suaminya sendiri. Ya, pada usia yang baru memasuki umur 20 tahun dia telah menjadi isteri. Tiba-tiba perasaan berdosa menerpa dirinya. Dia meninggalkan suaminya bersendirian bahkan mengabaikan suaminya. Haris menghadap ke arah Maya setelah selesai berdoa. Dia mendengar suara esakan kecil isterinya. Dia kemudiannya menghulurkan tangannya. Maya terketar-ketar mencium tangan suaminya. Air matanya tumpah di tangan Haris.
“aw..awak. sa..saya nak mintak maaf. Sa..saya berdosa dengan awak.. Sa.. saya tak..” Kata-kata Maya terhenti apabila apabila Haris mengusap kepalanya perlahan. Haris memandangnya dengan senyuman.
“Hey, little girl! Why are you crying? Shhhhh, awak takde salah apa pun dengan saya. Saya tak marah awak pun kan?” Pujuk Haris perlahan apabila esakan Maya semakin menjadi-jadi. Tangannya masih erat mengenggam erat tangan Maya.
“Sebab tu semalam saya tunggu awak, untuk bincang. Saya takkan paksa awak untuk jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri kalau awak tak ready. Lagipun, saya kawin dengan awak bukan sebab nafsu.” Terang Haris apabila dia melihat Maya masih menangis dan menundukkan wajahnya. Dia kemudiannya memegang dagu Maya dan menolaknya ke atas supaya mata mereka saling bertentangan. Dia perlahan-lahan menyeka air mata Maya.
“Ha..ha.habistu kenapa awak kawin dengan saya?” Tanya Maya polos.
“sebab…”
“sebab?”
“Sebab.. saya nak suruh awak jadi bibik saya. Buat breakfast, basuh baju saya, kemas rumah, gosok baju and jadi tukang urut special saya.” Jawab Haris sambil membuat muka nakal. Maya yang tersedar bahawa dia telah ditipu, dengan pantas menolak tubuh Haris yang dekat dengan dirinya. Dia kemudiannya berlari keluar daripada bilik dengan telekung dikepalanya. Haris hanya tergelak melihat perlakuan spontan Maya. Dia tersenyum bahagia.
Puan Siti dan Miza melihat Maya sedang memasak di dapur. Mereka berasa pelik kerana Maya tidak pernah bangun awal menyiapkan sarapan pagi.
“Wow, pengantin baru bangun awal lah ibu!” Usik Miza
“Masak apa tu?” Tanya Puan Siti sambil menjengah ke arah kuali.
“Masak nasi goreng kampung je. then, baru nak masak mihun goreng” Jawab Maya.
“Wuuuu, ada tenaga ehhh goreng nasi??” Usik Miza lagi.
“Ibu, tengok lah along ni! Malas lah masak!” Adu Maya sambil menggoreng nasi.
“Dah, Miza. Kamu pergi buat air. Lepastu potong ayam nak buat mihun goreng” Arah Puan Siti. Kasihan melihat wajah Maya yang kian memerah.
Manakala Haris sedang berbual di halaman rumah dengan Badrul. Pak Hamid menghampiri mereka berdua dengan kerusi roda.
“Abah, kenapa abah tak mintak tolong Bad tadi?” Tanya Badrul.
“Tak pe lah. Abah boleh tolak sendiri” Jawab Pak Hamid.
“Pagi, bah” Tegur Haris sopan. Dia memberi ruang kepada Pak Hamid untuk turut duduk bersama mereka.
“Haris, abah ada benda sikit nak cakap dengan kamu”
“Kalau macam tu Bad masuk dulu lah” kata Badrul sambil menepuk bahu Haris seraya melangkah masuk ke rumah.
“Maya, ibu kau suruh kau panggil laki kau breakfast. Aku nak kejut Kak Mira jap” Beritahu Aida.
“Kau je lah panggil. Alang-alang tu” Suruh Maya malas.
“Kepala rambut anda yang botak! Tu suami siapa? Suami kau kan?? Dah, pergi cepat”
Badrul yang melihat Maya berjalan menuju ke atas menegur Maya.
“Maya, nak cari Haris ke?” Tanya Badrul.
“Aah. Abang Bad ada nampak dia tak?”
“Tu ha, dia dekat halaman rumah dengan abah. Biar lah mereka berborak jap. Nanti masuk lah tu” Jawab Badrul. Maya hanya menganggukkan kepala dan kembali semula ke dapur.
“Lah, mana husband awak?” Tanya Mira
Belum sempat Maya menjawab, Haris yang sedang menolak kerusi roda Pak Hamid tiba di meja makan. Maya tidak mengendahkan pandangan Pak Hamid yang memandang ke arahnya. Semenjak peristiwa dia dibawa oleh ahlong tersebut, dia tidak pernah bercakap dengan ayahnya. Hatinya sakit. Benci? Entah lah. Dia pun tidak pasti apa yang dia rasakan.
“ehh, Maya. Boleh pulak dia makan dulu. Tu suami awak tu, ambikkan lah dulu!” Tegur Miza apabila Maya ingin menyuapkan makanan ke mulutnya. Semua mata terarah kepadanya. Maya mendengus perlahan.
“Nak nasi goreng or mihun goreng?” Tanya Maya malas.
“Anything” Jawab Haris. Dia juga berasa kekok dan segan apabila semua memandang ke arah mereka. Maya menyendukkan nasi goreng kampung ke dalam pinggan Haris.
“uhuk uhuk” Batuk Haris tiba-tiba. Dia mencapai air dengan cepat. Semua mata memandang ke arahnya.
“Ehh, kenapa Haris??” Tanya Puan Siti risau.
“Errr, ni nasi goreng kampung ke? Letak belacan?” Tanya Haris berhati-hati.
“Aah. Kenapa? Haris tak makan belacan ke?” Tanya Miza pula
“Errr, saya tak boleh makan belacan” Jawab Haris serba salah. Maya yang disebelahnya pula membuat muka apabila Puan Siti meminta Maya untuk lebih mengambil tahu makan minum Haris.
‘Mengada betul! Muka melayu tak makan belacan. Mat salleh pun makan belacan!’ Gumam Maya di dalam hati.
“Kenapa sayang tengok abang macam tu? Hensem sangat ke muka abang?” Tegur Haris. Sekali lagi, semua mata memandang tepat ke arah mereka. Maya tersedak.
“Nah, minum air ni sayang. Makan elok-elok sayang. Ke nak suap?” Tanya Haris sambil mengenyitkan mata. Maya hanya menjengilkan mata.
Aida yang melihat menjerit di dalam hati!
‘Oyemjiii, hebatt kau Maya!!!’
“Aida, balik nanti nak Kak Mira hantar? Kak Mira dah kena balik KL ni. Esok dah kerja” Ujar Mira sambil memandang ke arah Aida.
“Boleh jugak, saya pun tak bawak kereta. Nanti saya kemas barang” Jawab Aida.
“Miza pun sama dah kena balik jugak. Badrul tak boleh cuti lama” Miza pula bersuara.
“Ha, takpe lah kalau macam tu. Nanti ibu pergi kait rambutan dan pelam bawak balik.” Puan Siti bersuara.
‘hmmm, sunyi lah aku. semua dah nak balikk’ bisik hati kecil Maya. Entah kenapa, perasaan sayu menerpa hatinya. Dia sebenarnya takut akan ‘kesunyian’. Dia takut semua orang yang dia sayang akan pergi tinggalkan dia. Maya mengeluh perlahan dan meneruskan suapan ke mulutnya sendiri.
“Ha, Haris macam mana? Esok kerja dah ke?” Tanya Puan Siti lagi.
“Err, Haris harini cuti tapi kena masuk office jap. Ada kes kena handle. Syafiq tak boleh handle. Inshaallah tengah hari nanti Haris nak balik rumah.” Jawab Haris sambil memandang Maya di sebelahnya. Isterinya itu seolah-olah hidup didalam dunianya sendiri dan begitu asyik makan.
Maya yang sedang makan terhenti apabila semua mata memandang ke arahnya. Dia menghentikan kunyahannya.
“Kenapa semua pandang Maya ni? Cantik sangat ke?” Jawabnya berseloroh.
“Wehhh, kau boleh tak stop berangan?! Tu husband kau ada kerja, and nak balik rumah dah. Kau dengar takk?” Aida hanya mampu menggelengkan kepala melihat Maya yang bersahaja makan tanpa menghiraukan dunia sekeliling.
“De..dengar.” Jawab Maya sepatah.
Maya baru sahaja selesai membasuh pinggan dan mengemas meja makan. Tiba-tiba telefonnya berbunyi menandakan ada satu notifikasi baru masuk. Dia melihat Adam menghantar DM di instagramnya.
AdamDaniel_ Hye, Maya. Sihat ke?
Mayaa_ Hye, Adam. Alhamdulillah sihat. Awak sihat?
Sedang asyik Maya sedang berbalas DM dengan Adam, kawan lelakinya semasa STPM. Tiba-tiba Haris memanggilnya untuk naik ke bilik untuk membincangkan sesuatu. Maya terpaksa akur apabila Kak Miza turut berada di dapur dan mengarahkan Maya untuk mengikuti Haris.
“Errrr, awak nak cakap apa?” Tanya Maya canggung. Haris kemudiannya menarik tangannya untuk masuk ke dalam bilik dan mengunci pintu bilik.
‘HAAAA NI YANG AKU TAK SUKA NII!! DIA INGAT NI DRAMA KOREA KE NAKK BUAT SUASANA ROMANTIK?’ Jerit Maya di dalam hati.
Haris menahan ketawa melihat Maya yang sedang gelabah. Dia kemudiannya menarik tangan Maya menuju ke katil. Semakin kuat Maya membatukan dirinya semakin kuat Haris menarik tangan Maya.
“Awakkk.. awak nak cakap apa ni? Jangan lah buat macam ni” Maya bersuara sambil mencuba menarik tangannya.
“Come, sit here!” Bisik Haris lembut. Dia kemudiannya mengajak Maya untuk duduk di birai katil. Dalam keterpaksaan Maya menurut walaupun dia takut. Maya kemudiannya duduk jauh daripada dirinya. Haris hanya tergelak kecil.
“Saya dah nak balik rumah kita ni. Awak nak ikut saya balik atau awak nak stay sini untuk few days?”
“Errr..” Belum sempat Maya menjawab Haris bersuara lagi.
“Saya faham kalau awak nak stay sini lagi. Remember? I will not force you. I will wait until your brain can brain yang awak ni dah jadi isteri orang. Bukan lagi, little girl yang hanya menangis je” Kata Haris bersahaja. Suka dia membuat Maya marah. Baginya isterinya itu nampak sangat comel.
‘ehhh suka suki jeee ambik ayat aku! dia memang nak perli aku ke ap ani?!’ Omel Maya di dalam hati.
“Bukan ke tujuan utama saya kawin dengan awak supaya awak boleh bawak saya keluar daripada rumah?” Tanya Maya geram.
“Then, awak nak ikut tak?”
“Ikut lah. Nanti apa pulak ibu cakap.” Jawab Maya. Dia pantas membetulkan ayatnya apabila Haris memandangnya nakal.
“Ehhh jangan salah faham ehhh.. saya nak ikut sebab saya malas kena ceramah dengan along and Kak Mira tu je. Jangan fikir lain ehhh!” Jelas Maya gelabah.
“Fikir lain? Maksudnya macam mana tu Puan Sumayyah?” Duga Haris sambil merapati Maya.
Maya pantas menolak tubuh Haris dan bergerak ke arah almari.
“Saya nak kemas baju. Awak keluar lah dulu” Ujar Maya sambil menolak Haris ke arah pintu sebelum mengunci pintu biliknya. Dia bernafas lega.
Tengah hari itu. Mereka semua bergerak pulang. Maya tidak dapat menahan sebak semasa dia menyalami tangan kakak-kakaknya dan ibunya. Pelbagai nasihat dia terima daripada ibu dan Kak Miza. Dia memeluk erat ibunya. Dia menangis tersedu-sedu di bahu ibunya. Dia menangis semahunya. Dia ingin melepaskan segala beban yang ditanggungnya selama ini.
‘kenapa kau sedih Maya? Bukan ke ni yang kau nak?? Kau dah bebas. Kau tak perlu hadap perangai abah yang tak suka kau’ bisik hati kecilnya.
“I..i.iibuu jaga diri ibu tau! Nanti apa-apa call je Maya tau. Maya mintak ampun dengan iiibuu. Maya sasayang ibuu tau” Ujar Maya sambil menangis.
“Woiii, budak kecik! Dah jadi bini orang dah! Kak Mira nak peluk ibu pulak” Celah Mira dan merungkaikan pelukan. Maya kemudian memeluk kedua-dua kakaknya erat. Dia menangis lagi.
Haris dan Badrul yang melihat drama itu hanya menggaru kepala yang tidak gatal dan tersenyum.
“Buruk lah kau nangis. Kau tetap adik bongsu aku yang paling manja dan annoying” Ujar Mira perlahan sambil memeluk Maya.
“Nan..nantii korang dah tak belanja Maya shopping dekat Shoppe dah.. Huwaaaa” Tutur Maya sambil menangis.
“Bertuah betul kau ni!!” Ujar Miza sambil merungkaikan pelukan.
“Wehhhh, kau dah balik rumah suami kau jangan lupa aku tau!” Aida bersuara lirih.
“Gilaaa nak lupa kau?? Nanti aku akan call kau setiap masa untuk belikan aku makanan” Jawab Maya berseloroh.
Pak Hamid dari kejauhan dengan susah payah menolak kerusi rodanya menuju ke arah mereka. Maya yang melihat Pak Hamid sedang menuju ke arah mereka pantas meminta diri.
“Errr, ibu Maya pergi dulu.” Ujarnya sambil mencium tangan ibunya sekali lagi dan masuk ke dalam kereta suaminya.
Dari tingkap kereta, dia hanya melihat kakak-kakaknya dan Haris mencium tangan ayahnya dan meminta izin untuk pulang. Hatinya kosong! Jiwanya hancur! Dia hanya memandang ke hadapan. Masih terngiang-ngiang suara ayahnya.
“kalau kau mati sekalipun, aku tak rugi apa-apa.”
Lamunannya berderai apabila suara Haris menyapa ke gegendang telinganya.
“Hey, little girl! Are you okay?” Tanya Haris apabila dia melihat isterinya memejamkan mata sambil menangis. Dia melihat air mata isterinya kian lebat membasahi pipi.
“Okay.” Jawab Maya.
“Are you sure nak ikut saya balik?” Tanya Haris lagi. Dia tahu Maya merupakan anak manja.
“Yes, I’m sure. No worries okay? Saya okay je” Jawab Maya sambil tersenyum.
Mereka meninggalkan kawasan perumahan. Maya melihat sayu ibunya melalui side mirror kereta. Dia tidak dapat menahan tangisannya dan menangis lagi dengan kuat. Haris yang terkejut, menghentikan kereta mereka di tepi jalan.
“Little girl, aduhh.. Jangan nangis. Shhhh, don’t cry. Awak nak patah balik ke? Nak stay dengan ibu?” Tanyanya perlahan separuh memujuk sambil mengusap air mata yang turun di wajah isterinya. Dia memandang Maya dengan pandangan yang lembut. Maya hanya menggelengkan kepala. Haris kemudian menarik isterinya ke dalam pelukan. Dia mengusap perlahan kepala isterinya yang dibaluti tudung itu. Dia memujuk isterinya yang menangis seperti anak kecil. Mereka kekal berada di dalam keadaan begitu selama beberapa minit sehingga lah Maya berhenti menangis.
“Little girl, kita dah boleh teruskan perjalanan?” Tanya Haris
Maya yang baru tersedar dia sedang berada di dalam pelukan Haris dengan cepat menjarakkan diri. Dia melihat baju Haris yang basah dengan air matanya. Dia dengan segera mengambil tisu dan mengelapnya. Tindakannya terhenti apabila Haris memegang tangan mengisyaratkan untuk berhenti.
“Err, baju awak basah.” Ujar Maya
“Let it be! As long as my little girl dah tak nangis macam budak kecik tak dapat ice cream” Perli Haris. Sikap Maya yang seperti budak kecil itu mencuit hatinya.
‘haih, ni isteri aku ke anak aku ni? Comel betul’ Omel Haris di dalam hati.
“Ha, jalan lah. Lagipun awak cakap nak singgah Balai kan ambik kerja. Nanti lambat pulak”
Mereka tiba di rumah pada pukul 2 pagi. Haris tinggal di kuarters polis yang berpangkat agak tinggi. Haris menyuruh Maya menggunakan bilik air dahulu dan mengambil wudhuk. Mereka solat Zohor berjemaah sekali lagi.
“Awak rehat lah dekat sini dulu. Saya nak pergi bilik sebelah. Saya nak buat kerja jap” Ujar Haris kepada Maya dan berlalu pergi. Dia sebenarnya tahu Maya mengantuk dan keletihan. Dia juga tahu Maya tidak selesa berdua-duaan dengan dirinya di dalam bilik.
Maya melabuhkan punggungnya di sofa bilik itu. Dia kemudiannya berbaring dengan keadaan telekung yang masih membaluti kepalanya. Dia masih belum membuka tudung di hadapan suaminya. Tanpa dia sedar dia tertidur ditemani dengan aircond yang menaikkan lagi mood mengantuknya.
p/s: Hye, sweet readers! Tong kayu for keep reading! sorry, I have to upload again since my first novel tu hilang. I don't know why. Keep reading okiee?? Haaa sweet tak the way Haris layan Maya?hehehhe
Share this novel