BAB 9 (BIASAKAN DIRI)

Romance Series 2796

Haris membuka pintu bilik perlahan. Dia mencari kelibat Maya di atas katil, namun tiada. Dia melihat sekujur tubuh Maya yang masih bertelekung tidur di atas sofa. Dia menghampiri Maya dengan niat untuk mengejutkannya ingin mengajak ke pasar raya membeli barang makanan dan beberapa keperluan yang lain. Namun, niatnya terhenti apabila mendengar dengkuran halus Maya.
“Saya tak tahu keputusan saya kawin dengan awak ni tepat atau tak. Saya risau saya tak mampu tunaikan keinginan awak, saya risau saya langgar janji saya dengan awak untuk tak sentuh awak” Keluh Haris perlahan. Ya, dia akui Maya mempunyai daya tarikan yang kuat dan tersendiri. Tingkah lakunya yang bersahaja, wajahnya yang akan merona kemerahan dan jelingan matanya apabila diusik sering mengganggu hari-hari Haris.
Haris kemudian mengelus perlahan pipi Maya dan dengan perlahan melabuhkan sebuah kucupan di dahi isterinya. Dia tahu isterinya telah banyak menderita. Hatinya simpati. Haris menelan air liur apabila melihat bibir Maya yang mungil kemerahan tanpa secalit lipstick.
‘Apa aku buat nii?!’ Tempelak suara hatinya. Dia kemudiannya bingkas bangun dan menukar pakaian sebelum keluar membeli barangan dapur.

Haris meletakkan semua barangan di dapur. Dia bergegas ke bilik apabila memanggil nama Maya namun tidak disahut. Dia menggelengkan kepalanya melihat Maya yang masih tidur namun kini Maya tidur di atas lantai.
“Hey, little girl! Wake up..” Ujarnya lembut sambil mengelus pipi Maya.
“Perogol!!!!” Jerit Maya tiba-tiba apabila dia melihat wajah lelaki begitu hampir dengan dirinya. Dia menolak lelaki itu dan menjauhkan diri.
“Heyyy, perogol mana pulak nii?” Tanya Haris sambil tangannya menekup mulut Maya yang menjerit.
‘hishhh budak ni, nak bagi satu flat ni dengar ke dia menjerit?’ Omel Haris di dalam hati.
“okay, listen here. Heyy, look at me! I’m your husband. Baru nikah semalam. Remember? Shhhhh, don’t cry! Sorry buat awak takut!” Pujuk Haris apabila Maya kelihatan sangat ketakutan kerana masih trauma. Dia kemudiannya memeluk Maya erat dan mengenggam tangan Maya.
“Errr, awakk..” Ujar Maya apabila dia telah kembali ke dunia nyata cuba merungkaikan pelukan. Dia menundukkan wajah apabila Haris memandangnya sejurus pelukan dirungkaikan.
“Dah solat asar?”
“Errr, belum. Sekarang pukul berapa? Saya takde jam”
“Pukul 5.30. asar dah masuk ni. Saya nak ambik wudhuk dulu. Kita jemaah sekali. Awak guna toilet dalam bilik ni” Arah Haris lembut manakala Maya hanya mengangguk. Dia masih malu.
‘Haih, berapa kali dah nii asyik berpeluk? Okey, Maya lepas ni jangan peluk sangat! Kesian Lee Dong Wook kalau tahu.. huhuhuhu’ Maya mengingatkan diri sendiri.

Maya merenung syiling ruang tamu. Dia masih tidak dapat melelapkan mata. Dia terbayang akan peristiwa petang tadi dimana Haris telah memasak untuk makan malam.
“Errr, nak saya tolong tak kemas barang ni letak dalam peti ais?” Tanya Maya memulakan perbualan untuk mematikan rasa canggung di dapur sambil mendekati Haris.
“No, it’s okay. Biar saya kemas.” Jawab Haris sepatah sambil menoleh memandang ke arah Maya. Keningnya terjungkit apabila melihat Maya yang memakai baju tidur hello kitty dan tudung sarung yang menutupi rambutnya.
Maya yang perasan akan renungan Haris hanya menundukkan wajah.
“Awak nak makan apa?” Tanya Haris kepada Maya.
“emmm terpulang lah. Simple pun okay je”
“Maggie goreng special?”
“Boleh”
“Okay, now awak pergi lah sana dulu. Pergi tengok tv ke apa ke. Awak dah penat dari semalam asyik duduk dapur je memanjang. Biar saya masak.” Ujar Haris kepada Maya sambil menolak lembut tubuh Maya.
‘hmm, not bad jugak rumah dia ni’ desis Maya di dalam hati. Di melewati ruang tamu yang berkonsepkan minimalis. Maya kemudian terus berjalan ke arah beranda. Dia menapak dengan perlahan dan memandang ke bawah.
‘Tinggi jugak ni, kalau aku jatuh mati ni’ desis Maya lagi. Pemandangan dari tingkat 5 apartment ini cantik namun tetap menakutkan bagi Maya.

Lamunan Maya terhenti apabila telefon bimbitnya berdering. Dia melihat ke skrin dan tertera nama ‘Hubby’. Dia mengerutkan dahi.
‘bila aku tukar nama mamat tu? Ni mesti kerja Kak Mira ni’ Desis Maya.
“Assalamualaikum little girl, tidur dah ke?” Tanya Haris lembut. Dia berasa kasihan pada Maya yang jelas agak keberatan untuk tinggal di rumah bersendirian. Dia terpaksa bergerak ke Temerloh atas urusan kerja pada malam ini.
“Waalaikumsalam. Err, belum tidur lagi. Tengah tengok tv.” Jawab Maya. Dia sebenarnya canggung kerana tidak pernah berbual dengan lelaki di telefon.
‘wait? Lelaki?Girl, that’s your husband okay?’ bisik hati kecil Maya.
“Dekat bilik or dekat ruang tamu?”
“Ruang tamu”
“Kenapa tak tengok dalam bilik kita je? kan ada Tv dalam tu” Tanya Haris
“Jangan cakap nak tidur ruang tamu malam ni ya. Pergi masuk bilik sekarang!” Haris memberi arahan.
‘bilik kita?’Gulp! Maya menelan air liurnya.
“Errr, nanti lah.”
“NOW! Dekat ruang tamu tu nanti ada hantu baru tahu!” Ugut Haris.
“Nanti saya jerit je lah mintak tolong. Nanti Kak Su datang lah” Jawab Maya merujuk kepada jiran mereka yang dikenalkan oleh Haris sebelum Haris pergi.
“Degil ehhh.. Balik nanti kena denda tahu lah”
“Okay, listen. Nanti habis tengok tv ni saya pindah lah masuk bilik. Ni awak ni dah sampai ke Temerloh?” Tanya Maya
“Belum, sayang. Lagi setengah jam inshaallah sampai. Ni mesti tak tengok WhatsApp tu. Saya ada bagitahu tadi singgah solat isyak”
“Ni kenapa call?” Tanya Maya perlahan
“Because I’ve something important to tell you” Balas Haris perlahan
“What is it? About my brother? You found him?”
“No, ni lagi penting!”
“Apa?”
“I miss you”
Jantung Maya berdegup kencang. Maya terdiam.
“Wife? Okay tak tu? Hahahahaha okay lah. Bye, Assalamualaikum. Sweet dream wife.” Haris menamatkan panggilan telefon dan tersenyum. Ya, dia rasa tersangat bahagia. Hatinya benar-benar telah terpaut kepada Maya. Senyuman Maya, renungan Maya, wajahnya yang kemerahan apabila ditenung sering mengganggu fikirannya.
Syafik yang melihat rakannya tersenyum hanya menggelengkan kepala.
“Baru je tiga hari jadi laki orang terus tak sihat ehh kau” Ujar Syafiq yang memandu.
“Kau kena kawin Fiq, baru kau faham” Seloroh Haris
“Wowowo welcome back Haris. Dah pandai bergurau balik sekarang ni” Gurau Syafiq. Dia melihat Haris lebih bahagia sekarang tidak seperti Haris yang dulu semasa dicurangi oleh Nurin.

Manakala Maya di ruang tamu pula tergamam dan entah pada pukul berapa dia akhirnya tertidur.

Maya bergegas membuka pintu grill apabila mendengar suara Kak Su memberi salam.
“Assalamualaikum, Maya”
“Waalaikumsalam, ya Kak Su.” Jawab Maya sambil membuka pintu pagar.
“Akak ada masak nasi lemak untuk breakfast. Nah, ni untuk Maya” Ujar Kak Su sambil menghulurkan Tupperware warna pink.
“Ya Allah kak. Susah-susah je. akak tak nak masuk dulu?” Pelawa Maya
“Eh takpe.. risau baby akak bangun”
“Terima kasih tau kak”
Maya kemudiannya menutup semula pintu grill dan menikmati sarapan paginya itu.
‘yeayy, tak perlu aku susah susah masak’ Jerit hati kecil Maya.
Maya kemudiannya menelefon ibunya dan bertanya khabar sebelum dia memulakan misi mengemas rumah, menyapu dan mengemop rumah. Harinya berlalu dengan begitu pantas. Kalau ikutkan esok Haris akan balik ke rumah. Mengingati akan hal tersebut, Maya resah.
‘nanti aku nak tidur mana? Ni bukan novel nak mintak bilik asing lepastu husband tak bagi. Tidur sebilik? Mampus aku. ishhhh macam mana ni?’ Maya bermonolog di dalam hati.
Malam itu, Maya tidur di ruang tamu lagi dalam keadaan terang benderang. Lampu balkoni dibuka, lampu dapur di buka, lampu ruang tamu dibuka dan tv dibiarkan terpasang. Dia sangat takut akan gelap.
Inspektor Haris membuka pintu rumah dengan perlahan. Dia berasa pelik apabila rumahnya dalam keadaan terang benderang dan semasa dia melewati ruang tamu dia melihat sekujur tubuh Maya sedang tidur di atas toto di hadapan Tv. Dia mengerling sekilas jam di dinding yang menunjukkan jam 3 pagi. Dia berjalan mendekati Maya.
Dia menelan air liurnya perlahan apabila melihat keadaan tubuh Maya yang terdedah. Maya tampak sangat cantik dengan baju tidur satin paras lutut yang dipakainya. Tiada lagi tudung yang membaluti rambutnya. Rambutnya dibiarkan lepas mengurai.
“Maya, bangun” Kejut Haris perlahan melawan getaran di dadanya sambil menyentuh lembut bahu Maya.
Maya hanya menepis tangannya dan menyambung tidur. Haris kemudiannya mengambil selimut daripada almari biliknya dan menyelimuti tubuh Maya sebelum dicempung dan dibawa ke katil bilik mereka. Haris meletakkan tubuh Maya perlahan-lahan dan kembali menyelimuti tubuh kecil itu. Dia kemudiannya menuju ke bilik air dan mandi. Setelah selesai membersihkan diri, Haris duduk di birai katil dan merenung Maya yang sedang asyik tidur. Isterinya begitu cantik, dia mengamati wajah isterinya bermula dari mata, hidung dan yang terakhir di bibir isterinya yang mungil. Haris menelan air liurnya dan segera beredar ke sofa dan berbaring.
Maya tersedar apabila terasa bahunya digoncang perlahan. Dengan malas dia menggeliat dan matanya terbuntang luas apabila melihat wajah Haris begitu dekat dengan dirinya sehingga dia dapat merasakan hangatnya nafas Haris.
‘Gulp! Ni mimpi ke?’ bisik Maya di dalam hati dan dia bingkas bangun. Haris hanya ketawa kecil.
“No, wife! Ni bukan mimpi. Saya dekat depan awak. Bangun, jom solat subuh” Haris berkata seolah-olah dapat menangkap pertanyaan isterinya di dalam hati.
Menyedari akan hakikat ini bukan mimpi Maya melihat keadaan dirinya. Baju tidur satin separas lutut tanpa lengan dan rambutnya yang dibiarkan bebas. Maya yang sedar akan perkara itu lantas masuk ke dalam comforter dan membungkus dirinya.
Haris yang melihat perbuatan isterinya itu ketawa kecil.
“Little girl, bangun! Subuh” Ujarnya sambil mencuba membuka comforter itu. semakin kuat Maya menghalang.
Maya di dalam comforter hanya mematungkan diri.
‘aku kan tidur kat ruang tamu. Mesti mamat ni pepandai je alih aku. bukan balik lusa ke?’ Maya bertanya di dalam hati.
Sikap Maya yang seperti anak kecil itu sedikit menguji Haris.
“Kalau awak tak bangun sekarang, don’t blame me kalau saya masuk dalam comforter yang sama and next year awak jadi mummy. You choose Maya” Haris bersuara tegas.
“Saya ABC” Jerit Maya pantas.
“ABC? Jangan bergurau wife! Saya serious ni” Ujar Haris sambil berura-ura untuk menyelinap masuk ke comforter.
“Allah Bagi Cuti! ABC! SAYA PERIOD!” Jelas Maya sambil menahan getar. Ya, dia takut!
Haris yang mendengar penjelasan Maya tergelak besar. Dia ketawa terbahak-bahak sambil melihat Maya yang masih menyorok di bawah comforter.
“cakap lah awal-awal. Hahahaha..okay, tidur lah!”
“Jangan nak menyorok sangat, karang mati lemas siapa susah?” Ujar Haris lagi dan membentangkan sejadah.
Sementara Haris sedang solat Subuh, Maya bingkas bangun perlahan-lahan dengan comforter yang masih membaluti tubuhnya. Dia ingin mandi, menukar pakaian yang lebih sopan dan secara tiba-tiba kakinya tersadung dan dalam sekelip mata dia berada di awangan. Maya membuka matanya perlahan-lahan dan melihat dia telah pun berada di pelukan Haris. Mata mereka bertentangan. Haris memandang Maya tajam.
“Don’t move or kita akan jatuh sama-sama. Stay, and let me put you slowly” ujar Haris perlahan sambil matanya merenung mata Maya yang jelas-jelas gugup. Dengan perlahan, dia meletakkan Maya ke atas sofa dan meninggalkan Maya yang masih terkejut. Dia lantas keluar dari bilik dan menuju ke bilik kerjanya.
‘why that little girl become so hot and attractive?’ Ujar Haris perlahan sambil memegang dadanya.

Maya hanya mendiamkan diri di sebelah Haris manakala Haris tenang memandu. Dia masih malu mengenangkan peristiwa pagi tadi di mana dia terjatuh di dalam pelukan suaminya dan Haris yang tidak henti-henti mengusiknya. Mereka sedang dalam perjalanan ke kampung Haris, Terengganu untuk dikenalkan kepada keluarga belah suaminya pula.
Haris menoleh ke arah Maya yang tiba-tiba sahaja mengeluh.
“Wife, are you okay?” Tanya Haris memecahkan suasana hening di antara mereka.
“Errr, okay. Why?” Balas Maya kehairanan
“Tadi tu awak mengeluh. Kenapa? Tak suka ke balik kampung saya?”
“Ehhh bukan. Saya sakit perut lepastu saya gementar, risau, takut semua tu. Ibu memang lah tak kisah awak kawin dengan saya, tapii yang lain macam mana?” Luah Maya.
“Sakit perut? Nak singgah mana-mana farmasi tak? Ni, ambik minyak ni sapu kat perut. Tu lah orang suruh breakfast dulu tak nak. Awak ni memang degil eh?” Bebel Haris sambil tangannya mengambil minyak angin di dashboard dan hulurkan kepada Maya.
“Ehh tak payah, saya dah sapu tadi kat rumah” Tolak Maya
“Nak sapu sendiri or saya sapukan? You choose!” Tegas Haris memberi arahan.
“Errr, saya sapu sendiri.. jangan tengokk sini” Ujar Maya perlahan. Bila suaminya dah mula cakap ‘you choose’ baikk jangan degil!
“Dah ke belum?” Tanya Haris
“Dah. Nah, err thanks” sambil menghulurkan minyak angin. Haris yang sedang memandu tidak menoleh dan hanya menyambut huluran Maya. Namun, tangan Maya tidak dilepaskan. Maya berusaha menarik tangannya daripada genggaman Haris.
“Sejuk tangan awak ni.. sakit ke?” Tanya Haris sambil bermain main dengan jari jemari Maya. Semakin Maya berusaha menarik tangannya, semakin kuat genggamannya. Dia suka melihat Maya yang sedang menahan marah.
“Tak. Saya tak sakit. Jangan risau okay? Saya cuma senggugut”
“Awakkk, lepas lah. Saya nak tidur lah, sakit perut, sakit pinggang, sakit hati” Maya sengaja menekan suara di hujung ayatnya. Ya, dia sakit hati dengan Haris yang sengaja mengusik dia hari ini.
“Aikkk? Sakit hati?? Dengan siapa?” Tanya Haris mengusik
“Dengan pak cik tua tak sedar diri! Annoying”
“HAHAHAHAHAHA. Pak cik tua?? Pak cik tua ehh??” Tanya Haris sambil membawa jari jemari Maya ke mulutnya. Dia sedang berpura-pura untuk mengucupnya.
“AWAKKK!! Tak, bukan! Saya tipu je. sekarang ni, saya betul-betul tak larat. Jangan lah kacau saya.” Rayu Maya lirih.
“Ok,ok. Sorry. Tidur lah. Ni tangan awak saya pulangkan balik. Pasal family saya, awak jangan risau. Ibu and semua okay je. saya kan ada? Jangan takut okay?” Balas Haris simpati. Dia seketika memberhentikan keretanya di tepi highway.
“Eh, kenapa berhenti?”
Pertanyaan Maya tidak dihiraukan sebaliknya dia membongkokkan badan ke arah Maya dan menurunkan kerusi Maya. Maya berusaha untuk bangun namun Haris menghalangnya. Pandangan mereka bertaut. Maya memejamkan mata apabila dirasakan wajah Haris begitu hampir dengan dirinya. Haris hanya tersenyum melihat Maya dan menyelimutkan kot hitam miliknya di tubuh Maya. Maya terkebil kebil melihat suaminya manakala Haris hanya mengenyitkan mata sambil meneruskan pemanduan.
“Sleep tight sayang” Ujar Haris perlahan ke arah Maya yang tidur menghadap dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience