BAB 4 (Simpati atau kasih?)

Romance Series 2796

Aida dan ibunya tiba di balai polis. Kelihatan seorang anggota polis yang tegap sedang berbincang sesuatu di kaunter. Mereka berdua dengan perlahan merapati dan memulakan bicara untuk membuat laporan.
“Assalamualaikum, Puan. Ada apa yang boleh saya bantu?” Tanya polis wanita yang bernama Suhaila itu.
“Waalaikumsalam, mak cik datang ni nak bagi keterangan pasal kes kena pecah dengan ahlong tadi. Mak cik yang buat report tu, ni nak bagi keterangan lah ni sebab mangsa tadi mak cik dah hantar dekat hospital. Ni tunggu anak-anak dia balik.” Jelas Puan Ani ramah. Manakala Aida yang disebelah ibunya hanya mendiamkan diri dan sesekali ralit melihat smartphone. Dia takut jika Maya ada menelefonnya semula.
“Ouh kalau macam tu kebetulan sangat, polis yang handle kes tadi ada dekat sebelah saya ni.” Jelas Suhaila sambil tersenyum manis.
“Puan boleh buat report dulu dekat sini dan nanti dah selesai saya akan ambik keterangan Puan di bilik saya.” Balas Inspektor Haris bersahaja namun tegas.
Aida yang mendengar suara garau milik Inspektor Haris terpukau melihat wajah Inspektor Haris yang sangat tampan itu. Walaupun dia hanya dapat melihat sepasang mata milik Inspektor itu yang ditutupi dengan mask.
“aisehhhh, nii ada kangg aku tak jadi buat report! Ibu, hensemnyaa Inspektor nii! Ni kalau si Maya ada, mesti dia pun cair” bisik Aida di dalam hati
“ehem, bilik saya dekat atas. Nanti puan boleh suruh Puan Suhaila hantarkan ke bilik saya. Saya tunggu dekat sana.” Ujar Inspektor Haris apabila dia dapat merasakan yang gadis di hadapannya itu memandangnya tidak berkelip dan berlalu pergi.
“Baik Encik. Terima kasih. Ha kakak, cepat lah cakap!”. Ujar Puan Ani sambil menyiku anaknya yang bagai orang kena sampuk.
“Jadi, yang berhutang tu anak mangsa lah? Dan sekarang anak lelaki mangsa tersebut menghilangkan diri?” Tanya Inspektor Haris inginkan kepastian.
Puan Ani dan Aida mengangguk dengan pantas.
“Tapi, sekarang ni kawan saya Maya pulak hilang tak tahu pergi mana. Saya risau dia kena bawak dengan ahlong tu semua masa dia balik rumah. Pak Samad tu bukan betul sangat! Dia pernah cakap pada Maya suruh ikut ahlong tu untuk settlekan hutang tu semua.” Luah Aida.
Puan Ani akhirnya menceritakan kisah hidup Maya kepada Inspektor Haris apabila dia didesak oleh Inspektor tersebut. Hatinya tidak dapat menahan sebak apabila terdapat kemungkinan bahawa Maya memang telah diambil oleh ahlong tersebut. Inspektor Haris hanya mampu beristighfar panjang, dia masih tidak menyangka akan ada kisah seperti itu. Entah mengapa, hatinya meronta-ronta ingin membantu menyelesaikan kes ini.
“Macam ni lah, Puan. Kalau nak buat report sekarang pun belum cukup 24 jam. Apa kata cuba hubungi sekali lagi. Mungkin Maya perlukan ruang untuk bersendirian.” Cadang Inspektor Haris.
“Saya tak rasa dia nak bersendirian Encik! Dia tak pernah tak angkat telefon saya. Encik nak suruh saya sabar? Kalau kawan saya kena rogol? Kena jual dekat sempadan? Kena bunuh?! Encik nak tanggung semua tu ke?!!” Tukas Aida geram. Nafasnya turun naik menahan marah.
“Kakak, cakap lah elok sikit!” Tegur Puan Aini keras.
“Bu, Maya tu jelas-jelas kena ambik dengan ahlong tu! Motor dia elok terparking dekat luar rumah. Tu Mak Senah cakap dengar suara Maya menjerit mintak tolong!! Dah lah bu, jom balik! Buang masa je!!” Aida menarik tangan ibunya untuk keluar. Namun di halang oleh Inspektor Haris.
“Bagi saya gambar Maya sekarang! Saya akan kerahkan mata gelap untuk cari!”
“Sarjan Syafiq, masuk bilik saya sekejap” sambung Inspektor Haris dan menekan butang intercom.

Sementara Maya di dalam bonet kereta dalam keadaan tangan dan kakinya diikat. Mulutnya ditutup dengan kain. Dia sudah puas meronta, air matanya kian laju membasahi pipinya. Dia hanya terkenangkan keadaan ibu dan ayahnya yang tidak sedarkan diri. Dia berharap jiran mereka membawa ibu dan ayahnya ke hospital. Dia juga tidak tahu ke mana lelaki-lelaki itu akan membawanya.
“Bu, Maya takut buu!” Rintih Maya. Tiba-tiba dia teringat dia masih ada smartphone di dalam poket seluarnya. Dengan payah dia cuba mengambil telefonnya dalam keadaan tangganya yang diikat di belakang. Mujurlah telefonnya itu diletakkan di poket belakang. Dia membuka telefonnya dan cuba menyentuh mana-mana sahaja skrin dengan harapan dia dapat menelefon seseorang. Dia hanya berharap seseorang akan menghubunginya.

“Encik, saya dah dapat hubungi Maya! Cuma masih tak angkat!” Aida memberitahu kepada Inspektor Haris dan Sarjan Sayafiq.
“Sarjan Sayafiq, detect lokasi dia melalui nombor telefon sekarang!” Arah Inspektor Haris.
Pada petang itu, satu pasukan yang diketuai oleh Inspektor Haris telah bergerak ke arah sempadan Malaysia-Thailand. Benar dakwaan Aida, Maya telah diculik. Mendengar khabar itu, Aida hanya mampu menangis sambil ditenangkan ibunya dan mereka pergi ke hospital untuk memaklumkan kepada keluarga Maya.

“Mak cik, Aida. Terima kasih dah hantar ibu dengan abah pergi hospital. Maya macam mana? Dia dekat mana?” Tanya Miza dan menyalami tangan Puan Ani setibanya dia di hospital. Belum sempat mereka menjawab, Miza memanggil mereka.
“Along, ibu dah sedar!” Jerit Mira. Mereka bergegas masuk ke dalam wad.
“Maya mana? Lelaki tu bawak Maya. Aku nak cari Maya. Maya anak aku! Ya allah, anak aku!” Jerit Puan Siti sambil cuba melarikan diri namun di halang oleh Miza dan Mira. Miza dan Mira kebingungan manakala Puan Ani dan Aida tidak dapat membendung air mata.
“Maya kena culik dengan ahlong tu semua. Polis tengah cuba jejak dia dekat Kelantan. Sebab lokasi terakhir Maya menuju ke sempadan Malaysia-Thailand” Ujar Puan Ani lirih.
“Allah, anak aku!!” Jerit Puan Siti. Mira dan Miza terkaku, dia terkejut!

Puan Siti diberikan ubat penenang apabila dia bertindak di luar kawalan. Manakala Pak Samad hanya mendiamkan diri apabila dia dijerkah oleh Mira dan Miza. Tiada langsung riak bersalah atau sedih di wajah Pak Samad.
“Ayah macam apa abah ni?!! Sanggup jual anak sendiri?!! Mana anak lelaki abah tu??? Dia yang berhutang, dia lah yang kena tanggung!! Kenapa Maya nak kena tanggung?”
“Puas hati abah??!! Mira tanya puas ke hati abah sekarang ni???!!! Maya sanggup korbankan diri dia tak nak abah kena bunuh!!! Kalau macam ni, Mira harap sangat abah kena je bunuh tadi dengan ahlong tu!!!” Jerit Mira.
“Mira, dah lah tu! Abah, dengar sini! Apa-apa jadi pada Maya. Miza takkan maafkan abah sampai abah mati!” Miza bersuara dan menarik tangan adiknya itu untuk keluar. Mereka perlu ke balai dan bertanya mengenai perkembangan adiknya.
Maya tersedar apabila dia terdengar bunyi suara lelaki bercakap. Dia membuka matanya perlahan-lahan. Kini, tangannya tidak lagi diikat tetapi digari manakala kakinya dirantai. Matanya melilau memandang sekeliling. Dia berada di dalam sebuah bilik. Dia memicingkan telinga untuk mendengar dengan lebih jelas.
“Bagi aku ratah dulu budak tu. Nanti bos nak jual jugak kan. Aku bayar dulu lah”
“Kau nak mampus ke?! Bos nak try budak tu dulu. Siapa je tak nak dengan perempuan berlitup macam tu. HAHAHAHAHAHA”
Maya takut, dia menangis dan berharap ini semua hanya mimpi. Dia tidak dapat membayangkan nasibnya nanti.
“Ibu, kenapa Maya bu? Allah tak adil bu!! Maya takut buuu!! Maya tak kuat bu!! Kenapa Maya dilahirkan di dunia ni bu??!!!” Rintih Maya.

“Ris, aku nak tanya sikit lah..?” Tanya Sarjan Syafiq bersahaja memecahkan suasana hening diantara dia dan Inspektor Haris sambil memandu. Mereka berdua merupakan kawan rapat sejak belajar lagi dan akan membahasakan ‘kau’ ‘aku’ apabila mereka berdua sahaja.
“Tanya apa?”
“Kenapa kau beria nak tolong family Maya ni? Errr, kita kan banyak lagi kerja dekat balai. Kenapa tak bagi anggota lain yang selesaikan?”
“Aku simpati dengan Maya. Walaupun tak kenal, tapi aku rasa nak tolong. Kenapa? Bukan ke tugas kita memang untuk membantu orang? Dan banteras jenayah.”
“wowwww bro, cara kau cakap nii sebijik macam dialog dalam drama do!! Bagus gila kau..HAHAHAHAHA” Usik Sarjan Syafiq. Manakala Inspektor Haris hanya menggelengkan kepala, malas dia mahu melayan karenah kawannya itu. Tiba-tiba walkie talkie mereka berbunyi.
“Tuan, lokasi suspek membawa mangsa telah dikenalpasti!”
“Arahkan anggota untuk berkumpul dahulu sebelum mengepung. Ingat, jangan buat apa-apa tindakan jika saya tidak mengeluarkan arahan!” Arah Inspektor Haris tegas.

Maya menjerit apabila dia dapat merasakan sentuhan di wajahnya. Dia pantas memalingkan wajahnya ke arah lain. Dia memandang lelaki tua di hadapannya itu dengan penuh jelik.
“Hei amoi, sudah bangun?! Amacam tidur?? Manyakk bagus ahh you tidur, besok pagi you akan kerja keras punya maaa. HAHAHAHAHA” kata lelaki tua itu sambil memandang Maya atas bawah. Mata tuanya itu tidak dapat lepas daripada menjamah tubuh mungil Maya.
“Kau nak buat apa hah???!! Lepaskan aku!!!!” Jerit Maya sambil meronta dan menendang lelaki tua yang sedang duduk di samping dia. Namun, tidak semena-mena dia ditampar sehingga pin tudungnya tercabut. Tudungnya terbuka dan menampakkan lehernya.
“kalau you takde melawan, I tak suka pukul perempuan tau! I kesian sama you, you baik, muda, cantikk tapi you kena tanggung hutang abang you.”
“Aku merayu, jangan apa-apakan aku! Kau bunuh je aku, ambik je organ aku tapiii jangan jual aku atau sentuh aku!!”
“Jangan jual you? You tau tak? You ingat kita punya bos suka suka ke mau jual orang? You sudah dijual maa!”
“hahhh? mak…maksudnya??”
“Macam ni lah, Jason kasi cucuk ini budak! Ingat, jangan buat apa apa. Biar bos kasi rasmi dulu” Ujar Dragon yang sudah separuh abad itu. Tangannya dengan perlahan-lahan melepaskan tudung Maya dan mencampakkan ke lantai.
Maya menjerit dan merayu jangan membuka tudungnya. Maya geram apabila soalannya tidak dijawab.
“Jawab soalan akuuu!!! Jangan bukak tudung akuuu!!! Ya allah!!!” Jerit Maya. Namun lama kelamaan jeritannya lemah, apabila Jason telah merentap dan mengoyakkan lengan bajunya. Satu suntikan dadah telah cukup membuat Maya lemah dan tidak menyedarkan diri.

(hmmmmm, koranggg rasa kannnn SIAPA YANG JUAL MAYA??! BETUL KE MAYA DICULIK ATAU SENGAJA DICULIK SEBAB DAH ‘DIJUAL’???)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience