BAB 2 (Aku terbuang atau dibuang?)

Romance Series 2796

“Assalamualaikum, Aida!” laung Sumayyah daripada luar pintu pagar rumah kawan baiknya itu.
“waalaikumsalam. Ya Allah, Maya kau kenapa ni hujan-hujan redah pergi rumah aku. Kau kenapa ni? Ya allah, masukk sini” jerit aida apabila dia melihat keadaan kawan baiknya yang basah lecun dek hujan sambil membuka pintu pagar.
“aku nak tumpang tidur rumah kau malam ni boleh? Aku..aku aku” tanya Maya sambil menangis.
“Ya allah, boleh sangat Maya. Pintu rumah aku sentiasa terbukak untuk kau anytime tau. Dah jom masuk dulu.”
“ya Allah kenapa kamu basah kuyup sampai macam ni sekali? Kamu dari mana ni? Masuk, tukar baju dulu. Aida bagi baju pada Maya lepastu bagi dia ubat supaya tak demam.” Bebel Puan Ani. Dia sudah masak dengan perangai keluarga Maya itu. Dia begitu simpati terhadap gadis itu. sejak dari kecil, tidak pernah sekali pun dia dilayan baik oleh keluarganya. Dibenci oleh ayahnya sendiri dan ibunya hanya mendiamkan diri apabila Maya dikerjakan oleh ayahnya seolah-olah merelakan Maya dijadikan punching bag.
“baik bu.”

“Nah, ibu suruh bagi teh halia ni kat kau. Maya, kau kenapa ni? Kalau ada masalah, bagitahu aku dengan ibu. Jangan pendam sendiri.” Dia memandang sayu kepada Sumayyah yang hanya diam berteleku di atas sejadah dan hanya mulutnya sahaja bergerak-gerak mengalunkan zikir.
“takpelah, kau tenangkan diri kau dulu. Aku nak siapkan makan malam. Nanti kau turun tau” ujarnya perlahan apabila Sumayyah hanya mendiamkan diri. Namun, tiba-tiba dia melihat ada kesan lebam berwarna ungu di tepi bibir mungil Sumayyah.
“Ni mesti bapak kau yang tak guna tu lempang kau kan? Apa masalah dia tu ha? Dah lah sakit tak kerja lepastu perangai mengalahkan binatang. KAU CERITA SEKARANG APA YANG BERLAKU KAU MAYA!!!” jerit Aida yang berang dengan sikap ayah kawan baiknya itu.
Puan Ani yang berada di sebalik pintu bergegas masuk apabila mendengar jeritan lantang anak perempuannya.
“kenapa ni kakak? Kenapa jerit-jerit. Biarlah Maya tenang dulu.” Pujuk Puan Ani lembut.
“Ibu nak suruh kakak tenang? Tengok tu lebam satu muka kena pelempang. Tu bibir tu bengkak berdarah nak suruh kakak tenang?”
“ya allah, Maya kamu kenapa nak? Ya allah, sakit yaa? Sini ibu tengok. Allahuakbar, Maya cerita dengan ibu sekarang.” Sambil membelek muka Sumayyah.
Sumayyah yang cuba menahan air mata kini gagal mengawal emosinya dan menangis teresak-teresak di pangkuan ibu Aida. Aida yang melihat keadaan itu, turut berasa sebak dan perlahan-lahan memujuk Sumayyah. Setelah Sumayyah tenang, Sumayyah menceritakan segalanya. Tentang abangnya yang berhutang dengan 8 orang ahlong dan abahnya yang menyuruh Sumayyah ikut ahlong-ahlong tersebut untuk bekerja bagi melangsaikan hutang. Kedua beranak itu hanya mampu beristighfar panjang.
Sumayyah terjaga pada pukul 3 pagi setelah dia mengambil Panadol malam semalam. Dia melihat Aida masih tidur nyenyak di sebelahnya. Dia mengeluh perlahan dan dalam diam dia mula mencemburui kehidupan kawan baiknya itu. Aida mempunyai keluarga yang sangat sayangkan dia berbeza dengan dirinya. Lamunannya hilang apabila bunyi notifikasi WhatsAppnya tidak henti-henti berbunyi.
Kak Mira: Maya, ibu cakap Maya tak balik lepas gaduh dengan abah. Ibu risau. Kak mira call kenapa tak angkat?
Me: Maya okey je. Mesti Kak Mira tahu pasal abah suruh Maya ikut ahlong tu semua untuk langsaikan hutang. Kak Mira pun nak pujuk Maya untuk ikut ke?
Kak Mira: astaghfiruallahalazim. Tak! Kak Mira sayangkan Maya. Kak Miza pun sayangkan Maya. Kami akan fikirkan jalan penyelesain untuk bayar hutang tu semua. Buat sementara waktu ni, jangan balik rumah dulu. Biar abah tu, jangan dilayan.
Kak mira: dengar cakap Kak Mira ni. Jangan buat keputusan yang bodoh! Kak Mira takkan benarkan sesiapa pun sakitkan Maya lagi.

Sumayyah hanya membaca WhatsApp tersebut. walaupun abahnya benci akan dirinya tapi kedua-dua kakaknya sangat sayangkannya. Bahkan duit belanja sekolah kedua-dua kakaknya yang beri. Tanpa sedar, air matanya semakin lebat membasahi pipinya dan entah pukul berapa dia tertidur kerana terlalu penat menangis.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience