BAB 3

Romance Completed 3264

Kawan-kawan aku juga berasa pelik apabila tahu bahawa aku tidak pernah bercinta kerana aku ini bukannya muda lagi. Umur itu biarlah aku rahsiakan. Namun tidaklah terlalu tua. Usah salah faham pula, ya.

Alah... orang lain yang lebih tua daripada aku pun ada juga yang belum berkahwin. Apalah yang hendak dirisaukan sangat? Namun, sebenarnya ada juga sedikit risau.

Siapalah yang tidak mahu berkahwin, kan? Macam Bahari itulah, risaunya menggunung. Bukan macam aku yang selamba sahaja ni. Aku percaya. Tuhan itu maha adil. Jodoh aku pasti ada. Cuma aku tak tahu dengan siapa, bila, dan di mana aku akan temui si dia itu.

Bukannya aku tidak mahu bercinta, tetapi aku adalah orang yang susah hendak mempercayai seseorang. Jadi, faham-faham sendirilah.

“Deena ! Aku ni tengah bercakap dengan kau ke dengan tunggul? Senyap aje macam tak ada orang. Penat aku tanya dari tadi.” Rungutan Bahari di hujung talian mengejutkan aku daripada lamunan.

Alamak! Maaf! Aku tidak perasan. Terlayan jiwang pula tadi. Aduhai... itulah orang selalu kata, jangan lebih-lebih melayan perasaan. Bahaya!

“Ada... ada ni, Bahari. Maaf, aku terlelap kejap tadi. Itulah kau, siapa suruh telefon aku malam-malam buta macam ni. Ngantuklah!” bohong aku, tidak mahu mengaku yang sebenarnya aku telah berkhayal.

Setelah berkata begitu, baharulah aku mengerling ke arah jam yang terletak di sebelah katil. Mujur sudah jam dua belas malam. Jika baharu jam lapan malam, bocorlah pembohonganku. Fuh! Tidak pasal-pasal sahaja Bahari aku salahkan. Nasib kaulah, Bahari !

“Lah... kau dah ngantuk ke? Maaflah, aku jadi pengacau kau pula malam ni. Sebelum aku letak telefon, aku nak ajak kau keluar esok. Lagipun esok cuti, kan? Boleh tak?” ajak Bahari bersungguh-sungguh.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience