BAB 10

Romance Completed 3264

“Deena, kali ni aku betul-betul serius. Aku nak bagi dia baju. Lepas tu, aku nak suruh dia pakai baju tu masa makan malam. Masa tu nanti aku akan buat surprise untuk dia. Dan aku harap sangat yang dia akan nampak kesungguhan dan keikhlasan hati aku.” Rancang Bahari dengan penuh semangat.

“Wah,bestnya.Surprise macam mana tu? Boleh aku tau?” soal aku.

Boleh tahan juga rancangan Bahari. Aku pula yang teruja nak tahu lebih-lebih.

“Haaa... yang tu adalah rahsia antara aku dengan si dia hehe... orang lain tak boleh tahu,” ujar Bahari.

Aku mencebik walaupun dia tidak dapat melihat reaksi aku.

“Rahsia konon. Yalah... aku ni bukannya siapa-siapa pun, kan? Aku cuma pembantu tak bertauliah kau je. Nanti bila kau dah dapat dia, mesti kau akan lupakan aku. Yalah... orang dah ada girlfriend, buat apa nak kawan dengan orang macam aku lagi,” kata aku sejujur hati.

Ya... memang itulah yang aku rasakan pada saat ini. Aku bakal kehilangannya. Jika Bahari tidak mahu meninggalkan aku sekalipun, aku akan tetap menjauhi dirinya kerana tidak mungkin aku akan berkawan rapat dengan seorang lelaki yang sudah berpunya.

Hampir setiap malam Bahari menelefon aku. Jika akulah yang menjadi teman wanitanya, sudah tentu aku akan cemburu separuh mati. Sebab itulah aku tidak mahu Bahari terus menghubungi aku andainya dia berjaya menawan hati wanita idamannya itu.

“Tak mungkin aku akan lupakan kau, Deena. Kau dah jadi sebahagian daripada hidup aku,” tegas Bahari, bersungguh-sungguh bunyinya.

“Kau kena lupakan aku, Bahari. Aku tak mahu ada orang lain yang cemburu bila tahu kita rapat. Entah-entah, dia dah tahu yang kita rapat, sebab tu dia tak mahu terima bila kau cuba pikat dia.” Aku meneka.

Tiba-tiba sahaja perkara itu terlintas di dalam fikiran aku. Tak mustahil, kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience