BAB 1

Romance Completed 3264

“DEENA, aku cintakan kau,” ucap Bahari di hujung talian.

Ucapan Bahari telah menerbitkan rasa marah di dalam hati aku. Memang hendak kena agaknya Bahari ini. Janganlah kau main-mainkan hati aku, Bahari. Kalau aku betul-betul terjatuh cinta dengan kau nanti, macam mana?

“Bahari !” Aku menyeru namanya sebagai tanda amaran.

“Kau tau aje kalau aku tengah bergurau, kan?” balas Bahari sambil ketawa.

“Macamlah aku tak kenal dengan kau tu. Kita kan dah lama kawan,” ujar aku pantas.

Aku dan Bahari sudah berkawan sejak daripada alam persekolahan lagi. Kini kami sama-sama sudah memasuki alam pekerjaan. Aku masih ingat akan kata-kata Bahari suatu ketika dahulu. Katanya, setelah mempunyai pekerjaan nanti, Bahari mahu serius mencari teman wanita untuk dijadikan isteri.

Hah, sekarang ini Bahari sudahpun mempunyai pekerjaan yang bagus di sebuah syarikat swasta. Dan Bahari selalu menjadikan aku sebagai tempat untuk berlatih memikat perempuan. Aku pula tiada masalah, sudi sahaja membantunya.

Cuma aku akan marah apabila Bahari buat macam tadi. Tup... tup... Bahari kata dia cintakan aku. Kalau hendak berlatih sekalipun, beritahulah awal-awal. Tak adalah nanti aku terkejut macam kena kejutan elektrik. Aku sumbat cili ke dalam mulut itu nanti, baharu dia tahu.

“Aku sedihlah, Deena. Aku tak berjaya pikat perempuan yang aku suka tu. Kalau macam ni, macam mana aku nak kahwin?” luah Bahari dalam nada sedih.

Aduh... terseksa pula telinga aku ini mendengar kata-kata Bahari yang ala-ala kecewa bagai hendak rak itu. Macamlah aku ada jawapan kepada persoalannya? Aku sendiri pun tidak tahu hendak jawab bagaimana. Mati kutu sebentar aku jadinya.

“Janganlah putus asa. Cuba lagi. Perempuan tak suka pada lelaki yang cepat menyerah kalah, tahu? Bahari, aku ada satu soalan ni,” ucapku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience