BAB 9

Romance Completed 3264

Sedih sahaja nada suara Bahari. Ini mesti ada apa-apa yang tidak kena.

“Kau ni... aku main-main aje pun kau nak kecil hati. Tak selambalah! Macam mana dengan usaha mengurat wanita idaman kau tu? Berjaya tak idea aku?” tanyaku dengan perasaan kurang sabar.

“Tak berjaya lagilah, Deena. Mungkin dia tak nampak kesungguhan aku.” Sekali lagi Bahari berkata dalam nada yang sayu.

Alahai... dengan aku-aku sekali rasa sayu dan layu apabila mendengar suara dia yang seperti tidak bermaya itu.

“Sabarlah, Bahari. Ni semua dugaan. Selalunya... kita akan lebih menghargai sesuatu yang susah untuk kita dapat. Aku doakan supaya dia akan nampak kesungguhan dan keikhlasan hati kau. Sebelum aku lupa... aku nak tanya, dia terima ke tak pakej bunga, teddy bear, coklat dan kad ucapan tu?” Itulah soalan yang sebenarnya ingin aku tanyakan sewaktu mula-mula menjawab panggilan Bahari tadi.

“Aku tak berani nak bagi kat dia, Deena. Aku takut kalau dia tolak.” Jawab Bahari.

“Adeh laa haiii!” Aku mengeluh sebaik sahaja mendengar jawapan Bahari.

“Penat-penat aku fikir idea tu, tapi kau boleh tak bagi kat dia? Apalah! Lain kali aku tak nak tolong kau dah.”

Mulalah aku hendak membebel. Tak boleh ‘pakai’ betullah si kawan aku seorang ni. Kerja mudah pun susah nak buat.

“Aku rasa... macam nak bagi dia baju pula” suara Bahari menyebabkan mata aku membulat.

“Heh, kau jangan nak buat lawak antarabangsa kat sini. Bunga dengan teddy bear tu pun kau tak berani nak bagi, macam mana kau nak bagi dia baju pulak? Kau nak pos hadiah tu ke?” sakatku. Sengaja mahu mempersenda usahanya.

Macam-macamlah si Bahari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience