BAB 14

Romance Completed 3264

Ada satu lagi persoalan, meja di hadapan aku ini hanya ada dua buah kerusi. Sebuah kerusi sudah diduduki oleh si dia. Kini hanya tinggal sebuah kerusi sahaja yang tinggal. Dan sudah pastilah Bahari yang akan mendudukinya.

Habis tu, macam mana dengan aku?? Aku hadir di sini dengan pakaian yang cantik begini, berfungsi sebagai apa? Hanya terpacak sambil melihat Bahari dengan si dia itu beramah mesrakah? Oh, no!!! Bahari memang melampau jika memperlakukan begitu.

Aku lihat si dia mengambil bunga berserta teddy bear di atas meja. Adeh... janganlah kau hendak bermesra-mesra dengan Bahari di hadapan aku pula. Aku tidak mahu menjadi saksi cinta kau oranglah. Tolong.... sakit hati aku ini, tahu tak? Kenapa aku harus sakit hati? Ah!!

“Tahniah,” ucap si dia sambil bangun dan mengunjukkan bunga tersebut kepada Bahari.

Haa... kan aku dah kata, mesti dia nak bagi bunga tu pada Bahari punyalah. Ucapan tahniah tu mesti tanda dia terima cinta Bahari.

Namun, bukan ke sepatutnya Bahari yang harus berikan bunga itu kepada si dia? Kenapa sekarang sudah terbalik? Makin pening aku jadinya.

Aku lihat Bahari menerima bunga tersebut dengan senyuman yang melebar. Kemudian Bahari berlutut. Wah... drama apa pula ni?

“Cik Madeena Yanti binti Khairul, sudikah kau terima cinta aku?”

Tiba-tiba Bahari mengunjukkan bunga tersebut kepada aku sambil diiringi ucapan yang boleh sahaja membuatkan aku pengsan. Namun aku cuba gagahkan diri untuk terus berdiri. Aku tak bermimpi, kan??

Lidah aku terasa kelu dan mata aku sudah terkebil-kebil.

“Kaulah si dia itu sebenarnya, Deena. Memang selama ni aku pengecut. Aku tak berani luahkan perasaan aku. Aku bersungguh-sungguh dan ikhlas dengan kau. Sudikah kau terima cinta aku?” soal Bahari buat kali kedua, membuatkan aku tersedar bahawa sekarang aku memang tidak bermimpi.

“Dia ni.... bukan si dia?” Aku menyoal kembali tanpa menjawab soalannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience