BAB 6

Romance Completed 3264

Lagi satu, minyak wangi dia.... Fuh, baunya menusuk ke lubang hidung. Nasib baiklah wangi. Hmmm... entah sejak bila dia menukar imej.

“Dasyat betul penampilan kau, Bahari. Boleh cair kalau perempuan tengok,” tegur aku sejujur hati.

“Nak berlatih jumpa si dialah ni. Kau cair tak? Kau kan perempuan juga,” tanyanya sambil tersengih.

Wah... soalan maut nampaknya. Tak sanggup aku hendak fikir jawapannya. Takut kalau-kalau aku pula yang terpikat nanti. Oh, itu bahaya!

Ceh... tidak payah fikir lebih-lebihlah wahai Cik Shahidatul ADeena. Macamlah Bahari akan sukakan kau. Tidak akan! Suara hatiku mencelah.

“Kau jangan cuba nak pusing-pusingkan watak. Aku tetap aku dan perempuan tu tetap perempuan tu. Mana boleh kau samakan aku dengan dia. Kalau aku cair sekalipun, belum tentu dia akan cair. Dan kalau aku tak cair sekalipun, belum tentu dia tak akan cair juga. Siapa tahu, kan?” Aku rasa itulah jawapan yang paling tepat untuk kuberi kepada Bahari.

“Okey. Itu adalah jawapan yang boleh aku terima,” kata Bahari sambil mengangguk.

“Kau nak beli hadiah apa ni?” soal aku kemudian. Malas mahu memanjangkan topik tentang siapa cair dan siapa tidak cair.

“Cincin sesuai tak?” Bahari bertanya kembali. Spontan kening aku berkerut.

“Mana sesuai. Cincin tu dah gaya macam orang nak pergi melamar. Kau baru nak pikat dia, kan? Kalau kau bagi dia cincin, mahunya dia pengsan tak bangun-bangun kerana terkejut,” ucap aku lengkap dengan gaya seperti orang mahu pengsan.

“Eh! Eh!”

Bahari panik apabila melihat aku yang seperti benar-benar mahu pengsan. Cepat-cepat aku tegakkan badan kembali sebelum tangannya sempat menyentuh pinggangku. Bahaya! Haram!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience