BAB 8

Romance Completed 3264

Apabila aku sedang dilanda perasaan malu, secara automatiknya aku akan membahasakan diri dengan panggilan ‘orang’.

Namun... takkanlah aku berasa malu apabila permintaan main-main aku itu tidak mahu dipenuhi oleh Bahari ? Bukannya aku serius mahu minta patung beruang pun. Ah, malaslah nak fikir lagi! Buat sakit otak aku sahaja.

“Hai... merajuk ke?” duga Bahari. Pantas sahaja aku menggeleng.

“Eh, taklah! Aku main-main aje tadi,” nafiku.

Semoga sahaja Bahari tidak berfikir yang aku betul-betul mahukan patung beruang itu. Aku cuma main-main sahaja. Sumpah!

“Betul?” Tidak habis-habis lagi Bahari cuba menduga aku.

“Betullah! Dah... dah.... Jom kita pergi beli bunga yang ada patung beruang kat kedai depan tu,” putus aku lalu terus berjalan meninggalkan Bahari.

Sempat aku lihat riak wajah Bahari yang kelihatan tidak puas hati saat aku mula meninggalkannya. Lantak kaulah nak fikir apa, Bahari.

LAGU bertajuk ‘Hey Ladies’ dendangan penyanyi Indonesia bernama Rossa kini berkumandang di telefon bimbit kesayangan aku. Pantas aku mencapainya. Oh, Bahari rupanya yang menelefon. Aku terus menekan punat hijau tanda menerima panggilan tersebut.

“Assalamualaikum. Helo, kawan!” ucap aku sebagai tanda permulaan dalam perbualan kami.

“Waalaikumussalam. Helo, sayang.”

Kedengaran suara Bahari menjawab salam, tetapi hujung ucapan dia itu membuatkan aku rasa tidak senang.

“Apa sayang-sayang? Aku lempang terus melayang-layang,” balas aku dengan sengaja.

“Sampai hati kau nak lempang aku, kan?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience