BAB 16

Romance Completed 3264

“Maaf kalau aku macam mendesak kau, tapi janganlah risau. Kau tak payah bagi jawapan sekarang kalau kau belum ada jawapannya. Sekarang aku nak tambah satu lagi soalan, tapi yang ni kau kena bagi jawapannya sekarang jugak. Sudikah kau makan malam dengan aku?”

Soalannya yang baharu itu membuatkan aku tersenyum spontan. Opss!! Senyuman aku itu... apakah tandanya? Makan... dah tentulah aku terima!

Dengan malu-malu kucing aku duduk di kerusi yang baru ditarik oleh Bahari. Hati aku berdebar-debar tatkala dia sudah duduk di hadapan aku.

Aku cuba memandangnya. Namun.... Ah, kenapa tiba-tiba sahaja aku tak berani memandang tepat ke arah matanya?

DUA minggu sudah berlalu. Aku masih belum memberikan jawapan kepada Bahari. Sepanjang tempoh itu kami langsung tidak berhubung. Aku yang minta begitu supaya aku boleh berfikir dengan tenang.

Tidak dinafikan pada saat ini aku memang terlalu rindukan suara Bahari kerana sudah biasa mendengarnya pada setiap malam. Itu ke tandanya yang aku juga cintakan dia? Dan hingga saat ini, aku masih tidak sanggup untuk membayangkan kembali pandangan matanya pada malam di Restoran Pasti Jatuh Hati.

Pandangan mata itu pasti akan mengundang debaran walaupun ia cuma hadir di dalam bayangan aku sahaja. Hah... kini aku pasti. Aku memang cintakan kau juga, Bahari.

Aku terus mencapai telefon bimbit.

Assalamualaikum, Bahari. Aku sudi terima cinta kau.” - aku.

Aku malu untuk bercakap di telefon. Jadi eloklah kalau aku menghantar pesanan ringkas sahaja. Beberapa saat kemudian, terdapat mesej baharu masuk ke dalam telefon bimbit.

Terima kasih, sayang! I love you! - Bahari.

Aku tersenyum lebar. Berbunga-bunga hati aku ini membaca mesej Bahari.

“Terima kasih juga, sayang... I love you too!” Aku membalasnya dengan kata-kata walaupun dia tidak akan dapat mendengar suara aku.

Suatu hari nanti, aku pasti akan mengucapkannya juga di hadapan Bahari. Pada saat ini, cukuplah dia tahu bahawa aku sudah menerima cintanya.

Oh, bahagianya perasaan ini!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience