BAB 4

Romance Completed 3264

Hisy... mimpi apa pula mamat ini tiba-tiba hendak ajak aku keluar? Biasanya, kami berhubung melalui telefon sahaja.

“Nak keluar ke mana pula?” soal aku.

“Mana-manalah. Tadi kau juga yang cadangkan supaya aku bagi hadiah kepada perempuan tu, kan? Jadi, kau kenalah ikut aku beli hadiah tu.” Jawapan Bahari menyebabkan mulut aku melopong dan menimbulkan seribu kerutan di keningku.

“Eh... eh... aku pula yang kena. Kaulah pergi dan beli sendiri,” bidas aku.

“Alah... aku mana tau nak pilih hadiah yang macam mana. Kau tolonglah aku... bolehlah....” rayu Bahari.

Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

“Yalah... yalah.... tapi dengan satu syarat. Kau kena belanja aku makan. Boleh?” Akhirnya aku bersetuju.

Aku bukanlah kejam sangat sampai tidak mahu menolong Bahari. Kasihan dia. Sudah lama sangat dia cuba memikat perempuan yang aku tidak tahu siapa namanya.

“Tak ada masalah!” jerit Bahari.

Terlebih semangat pula Bahari ini. Gembira bukan main lagi. Aku tersengih sendirian.

“Okey, tapi aku makan banyak, tahu. Kau jangan menyesal pula nanti,” duga aku, sengaja mahu bermain tarik tali.

“Kalau kau nak makan satu kedai tupun bolehlah. Aku tak ada hal punya. Esok aku jemput kau. Jangan lupa.” Bahari mengingatkan aku.

“Ya... tak lupa. Okey, jumpa esok. Assalamualaikum,” balas aku.

Letih melayan mamat yang seorang ini.

“Waalaikumussalam.Babai, sayang!” jawab Bahari.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience