Doktor Jalal sedang melakukan pemeriksaan pada Adnan ketika Iman dan
keluarganya sampai. Mereka menunggu dengan sabar. Iman sesekali melirik
pada suaminya yang sudah dibuka balutan di kepala dan tangan. Kelihatan
hanya parut kering sahaja yang tinggal.
Adnan yang menyedari kelibat Iman memaku terus pandangannya pada
perempuan itu. Hatinya berdebar hebat. Rasa seakan dirinya telah jatuh
cinta ketika itu. Lima belas minit kemudian, Doktor Jalal selesai
menjalankan pemeriksaannya. Semua menumpukan perhatian pada apa yang
bakal diperkatanya oleh doktor itu. Iman mendekati suaminya. Mengenggam
erat tangan itu. Adnan hanya membiarkan. Dia suka dengan genggaman itu.
Genggaman yang serupa dalam mimpinya. Hangat dan tenang. Haruman Iman
pagi itu juga menenangkannya.
“Macam mana doktor? Anak saya boleh discharge hari ni kan?” Pantas Dato
Taufik bertanya.
“Alhamdullilah Dato’, Adnan dah pulih. Tangannya yang patah pun dah
okey. Luka-luka yang lain pun dah kering. Cuma ingatan dia yang belum
ada perubahan lagi. Tapi dia boleh discharge hari ni” terang Doktor
Jalal jujur.
“Alhamdullilah,” hampir serentak semua bersuara. Gembira dengan
perkhabaran itu. Iman terus berpaling pada suaminya, tersenyum dan terus
mengucup lembut pipi suaminya itu.
“Alhamdullilah, abang dah boleh dischage. Kita balik rumah kita ye,”
ujarnya gembira. Tidak dipedulikan Adnan yang tergaman dengan
perbuatannya tadi. Perlahan-lahan Adnan memegang pipinya yang dicium
Iman sebentar tadi. Tidak percaya walaupun semalam dia sudah boleh
menerima hakikat yang Iman adalah isterinya.
“Kalau macam tu, biar papa uruskan semua prosedur keluar hospital ni.
Lagi cepat lagi baik. Mari doktor,” ajak Dato’ Taufik. Mereka berdua keluar.
“Anak mama dah boleh keluar hospital dah. Ni nak balik rumah mana ni?
Rumah kamu ke rumah mama?” Tanyanya pada Iman yang setia di sisi Adnan.
Iman memandang semua yang ada di situ sebelum mengalih pandangan pada
suaminya. “Iman fikir baik dibawa abang balik ke rumah kami, mama.
Lagipun kat rumah tu banyak kenangan kami. Senang Iman nak pulihkan
ingatan abang,” ujar Iman menyatakan pendapatnya.
... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ... ...
Kini sudah seminggu Adnan dibawa balik. Pada mula-mulanya, dia rmerasa
janggal apabila melangkah masuk ke dalam rumah itu. Namun, dia rasa
selesa dengan aura harmoni yang wujud di setiap ruang dalam rumah itu.
Iman hanya membiarkan Adnan menjelajah setiap ruang untuk membiasakan
suaminya dengan rumah mereka. Ibu dan abah Iman sudah pulang ke kampung
setelah pasti keadaan Adnan sudah pulih manakala mama dan papanya
melawat selang sehari. Kalau mereka tidak datang, Iman akan membawa dia
ke rumah mama dan papanya. Semua yang dilakukan Iman itu adalah usahanya
untuk memulihkan ingatan suaminya. Setiap hari tidak pernah putus mereka
berdoa semoga disembuhkan kembali ingatan Adnan.
Hari pertama Adnan sampai di rumah, dia hanya tidur di bilik mereka
tanpa berbuat apa-apa. Iman membiarkan saja suaminya itu berehat.
Walaupun pada mulanya Adnan tidak mahu tidur sebilik dengan Iman, namun
Iman mendesak. Kelat wajah Adnan menggelikan hati Iman.
“Abang kan suami Iman, kenapa pula abang nak kena tidur dalam bilik
tetamu?” Tanya Iman bila Adnan menyuarakan pendapatnya. Adnan hanya
mampu menggaru kepala.
“Saya segan la,” hanya itu alasan yang terfikir olehnya ketika itu. Iman
tergelak dengan jawapan suaminya itu.
“Nak segan ape? Atau abang takut Iman buat ape-ape kat abang?” Ujar Iman
sambil menaik-naikkan keningnya. Gaya nakalnya. Terkulat-kulat Adnan
dengan pertanyaan Iman itu.
“Hehehe... Abang jangan risaula. Iman tak kacau abang. Iman promise,”
Iman mengangkat tangan, lagak bersumpah dalam tawanya. Tersenyum Adnan
dengan gelagat isterinya itu. Akhirnya mereka berdua tidur bersama malam
itu dengan bantal peluk di tengah. Iman yang letak sebagai tanda dia
bersungguh dengan apa yang dijanjikannya siang tadi. Tetapi apabila
Adnan tersedar keesokkannya, dia terkejut melihat Iman lena tidur di
atas lengannya manakala dia pula memeluk tubuh Iman. Entah bila bantal
peluk dialihkan, dia tidak sedar. Akalnya mendesak dia mengalihkan
tangan namun hatinya menolak. Akhirnya dia membiarkan sahaja dan
begitulah keadaan mereka setiap malam selama seminggu ini. Dia sudah
kalih dengan haruman Iman menemani malamnya. Dia selesa begitu.
Selama seminggu ini juga, Adnan dibentangkan dengan segala album yang
mengandungi gambar mereka berdua. Itulah kerjanya dengan Iman setiap
hari. Sambil membelek gambar, Iman akan menceritakan perihal setiap
gambar tersebut. Walaupun reaksi Adnan negatif, Iman terus bercerita.
Sedang asyik bercerita, wajah Iman tiba-tiba berubah pucat, terus dia
bangun berlari ke arah dapur. Adnan yang tekun mendengar cerita dan
lawak Iman terkejut. Pantas dia bangun mengekori. Dilihatnya Iman sedang
terbongkok muntah. Tidak tahu hendak buat apa, Adnan hanya mengusap
lembut belakang Iman. Beberapa ketika kemudian Iman membasuh mulut dan
mukanya. Pucat mukanya mengundang gusar di hati Adnan. Dia tidak mahu
Iman sakit, dia masih mahu bersama Iman. Tetapi kata-kata itu tidak
terluah. Antara mereka, Iman yang lebih berani mengungkapkan kata-kata
sayang. Sehinggakan kadang-kadang dia terkedu dengan gelagat Iman itu.
Melihatkan Iman yang tidak larat melangkah, Adnan mengangkat Iman dan
dibaringkan di atas sofa. Iman masih lagi memejamkan mata sambil
tangannya ligat memicit kepala. Perlahan-lahan tangan Iman dialih dan
Adnan mula memicit kepala isterinya itu. Iman membuka mata. Tersenyum
dia melihat wajah gusar Adnan. Memang Adnan belum diberitahu tentang
kehamilannya itu. Iman melarang sesiapapun memberitahu Adnan. Biar dia
sendiri yang beritahu berita itu.
“Iman sakit ape ni. Saya selalu aje lihat Iman muntah?” Tanya Adnan
prihatin.
“Bukan saya tapi abang, a.b.a.n.g.! Kalau abang masih bersaya-saya
dengan Iman, Iman tak nak bagitau abang,” ugut Iman geram dengan
panggilan Adnan yang masih kekok itu. Muncung mulutnya. Dari hari
pertama Adnan sedar sehinggalah sekarang, Iman dah cuba biasakan
panggilan abang itu tetapi lidah Adnan kekok benar nak menyebutnya. Kali
ini dia mesti paksa Adnan menggunakan panggilan itu.
Adnan tersengih dengan ugutan Iman itu. Walaupun masih belum dapat
mengingati apa-apa tapi perangai Iman yang satu ini seakan lekat
diingatannya. Iman akan merajuk bila permintaannya tidak dipenuhi dan
bibirnya akan memuncung secara automatik. Iman nampak comel dengan
reaksi begitu. Melihatkan suaminya yang tersengih, semakin panjang
muncung Iman. Sergihan bertukar menjadi ketawa. Bukan Adnan tidak mahu
membahasakan dirinya abang tapi dia masih belum dapat membiasakan diri
lagi. Kekok.
“Baiklah saya... eh, abang minta maaf,” nampaknya Adnan terpaksa mengalah.
Iman tersengih dengan perubahan itu, bingkas dia bangun mencuim pipi si
suami sebelum memeluknya erat. Tidak diperdulikan kepalanya yang masih
pening. Dia gembira kerana akhirnya Adnan sudi merapatkan lagi jurang
hubungan mereka. Walaupun suaminya itu mengalami amnesia tetapi sifatnya
yang selalu mengalah dengan rajuk Iman masih tidak berubah. Itu yang
membuatkan Iman gembira.
Iman menarik tubuh suami rapat sebelum mendaratkan tangan si suami di
atas perutnya. “Anak abang sedang membesar dalam rahim Iman. Almost four
month already,” beritahu Iman pada suaminya yang masih bingung.
Terlopong Adnan seketika sebelum bibirnya mengukir senyum. Barulah dia
faham maksud mamanya di hospital tempoh hari. Dia terlupa terus hendak
bertanya pada Iman berkenaan hal itu sehinggalah hari ini.
“A.. Abang tak tau nak cakap ape. Walaupun abang tak ingat ape-ape, hati
abang ni seakan teruja dengan berita ni,” ujarnya meluahkan isi hati.
Iman di sisi dipandang. Dilihatnya mata Iman berkaca-kaca.
“Hei.. kenapa ni?” Pujuknya. Iman hanya menggeleng sebelum memeluk
suaminya erat.
“Abang tau tak. Sebelum abang kemalangan, kita selalu membincangkan hal
anak ni. Dah lama kita tunggu tapi belum ade rezeki. Alhamdullilah,
sekarang kita hanya tunggu masa dia lahir aje,” ujar Iman sebak. Dia
memeluk kembali suaminya.
“Oh, lupa Iman nak bagitau abang. Tadi Encik Ismail dari office abang
call. Dia cakap kalau abang dah sihat, abang boleh mulakan tugas
bila-bila masa. Office abang terima abang seadanya,” beritahu Iman bila
sebaknya reda. Dilihat suaminya itu terdiam.
“Abang, kenapa ni?”
“Abang takut abang tak mampu nak pikul tugas nanti. Abang bukan ingat
ape-apepun,” luahnya khuatir.
“Abang pergi aje dulu. Biasakan dengan keadaan, buat perlahan-lahan.
Memori yang hilang kita boleh belajar semula. Mane tau nanti abang boleh
pulihkan balik ingatan abang tu,” pujuk Iman. Suaminya itu masih diam.
“Okey, macam ni. Esok Iman temankan abang. Lagipun esok Iman ade monthly
check up. Iman temankan abang sebelum Iman pergi klinik. Macam mana?”
Cadang Iman pada suaminya. Dilihat suaminya itu hanya menganggukkan kepala.
“Tapi sebelum tu, Iman rase nak makan laksa penang la abang,” renggek
Iman manja. Kepalanya diletakkan di bahu suaminya. Tangannya pula
mengosok perutnya perlahan.
“Oooo... Iman mengidam ye,” usik Adnan tersenyum. Tangannya juga
mendarat perlahan di perut Iman. Terasa pergerakkan di situ. Tersenyum
dia memandang Iman yang juga turut merasa pergerakkan itu tadi.
Ya ALLAH, aku bersyukur padaMu. Walaupun Kau hilangkan ingatanku tetapi
Kau memberiku anugerah terindah ini. Terima kasih, Ya ALLAH,’ hatinya
memuji-muji kebesaran ALLAH. ‘Abang sayang Iman,’ bisik hatinya lagi
berbunga.
Share this novel