BAB 2

Romance Completed 9265

Kereta yang dinaiki Adnan bergerak laju keluar dari Kuala Lumpur.
Suasana di dalam kereta rancak dengan perbualan yang sesekali diselangi
dengan gelak ketawa. Perbualan santai mengiringi perjalanan panjang
mereka. Dengan segala persiapan telah sedia, Adnan tidak mahu terlalu
menekan stafnya dengan perbualan yang berkisar tentang hal perniagaan.

Dalam kerancakkan perbualan mereka, entah mengapa hatinya tiba-tiba
rindu pada si isteri yang belum sampai sehari ditinggalkan. Benarlah
kata pepatah, sayangkan anak tangan tangankan, sayangkan isteri tinggal
tinggalkan. Kini dia merasai kebenaran pepatah lama itu, rasa rindu
mengebu di dalam hati. Pantas telefon bimbitnya dicapai. Nombor si
isteri didail.

Tidak lama dia menunggu. Belum sempat caller ringtones I’m Yours tamat,
panggilannya bersambut. Senyuman terukir di bibir. Salam yang diberi
segera dibalas.

“Sayang buat ape tu?” Terus ditanyanya.

“Ayang tengah kemas meja. Abang, Iman rindu!” Iman merenggek manja.
Tergelak Adnan mendengar renggekkan si isteri.

“Abang baru aje keluar tak sampai sehari lagi. Dah rindu dah?” Usik
Adnan sedangkan hatinya berbisik hal yang sama. Sengaja bergurau dengan
isterinya. Dapat dibayangkan bagaimana muncungnya Iman ketika itu.

“Abang memang. Iman aje yang rindukan dia. Memang abang tak sayang
Iman,” tutur Iman berjauh hati. Serasa ingin menitis air matanya ketika itu.

“Iman.. Iman janganlah cakap macam tu. Abang sayangkan Iman,” sedikit
gelabah Adnan bila Iman seakan merajuk dengan kata-katanya tadi. Niat di
hati nak main-mainkan Iman tapi sekarang dia pula yang mengelabah.
Memang silap percaturan dia kini. Sedikit berpeluh dia di dalam kereta
yang dipasang aircond tahap maksimum itu.

Talian yang tiba-tiba senyap membuatkan Adnan semakin mengelabah.
Sedikit terjerit dia memanggil Iman yang tiba-tiba senyap. Tidak
dipedulikan Yazid dan Leong yang turut berada di dalam kereta yang sama.

“Iman… Iman, jangan buat abang macam ni. Abang minta maaf. Abang
main-main aje tadi. Iman, please talk to me, sayang!” Risau Adnan dengan
Iman yang bisu itu. Hampir menitik air matanya. Sudah hilang malunya
bila hati dan perasaan Iman yang menjadi taruhan.

“Hehehe…” kedengaran tawa bergema di hujung talian. “Tula abang, nak
main-mainkan Iman. Sekarang siapa yang gelabah?” Soal Iman bila tawanya
reda.

“Ya Allah, Iman! Kenapa Iman buat abang macam ni. Sikit lagi abang nak
kena heart attack tau,” tak henti-henti Adnan beristighfar bila sedar
Iman hanya mempermainkannya. Menggeleng kepala dia. Yazid yang mendengar
Adnan beristighfar berpandangan seketika dengan Leong melalui cermin
pandang belakang. Leong hanya mengangkat bahu, tanda tidak mahu masuk
campur dalam urusan bosnya itu.

Ketawa Iman mengurangkan debar di hati Adnan. Tidak sanggup lagi dia
mempermainkan Iman. Iman terlalu kreatif dalam mengenakannya. Akhirnya
dirinya yang akan dikenakan balik. Ketawa mereka bergabung. Yazid sekali
lagi mengerling ke arah Leong. Leong hanya menggelengkan kepala. Bahasa
mata dan isyarat badan memainkan peranan. Tidak dapat didengari dengan
jelas butir bicara bosnya. Bukan niat nak mencuri dengar tapi dah
kebetulan dalam kereta yang sama, nak tak nak terdengar juga.

“Abang kat sana nanti jangan nakal-nakal tau,” pesan Iman setelah lama
berbual. Sedikit risau walaupun dia tahu suaminya itu tidak akan berbuat
hal yang akan menguriskan hatinya.

“Abang ni nakal dengan Iman aje tau. Dengan orang lain tak ye,” gurau
Adnan, membeli hati isterinya. Ketawa manja Iman kedengaran di hujung
talian bergabung dengan tawa riang Adnan.

“Abang tau tak..”

“Tak tau,” pantas Adnan menjawab, mengenakan isterinya.

“Abang ni, Iman belum habis lagi cakap, dah jawab,” muncung Iman, sedar
dirinya sudah dipermainkan suaminya. Ketawa galak Adnan bergema di telinga.

“Okey.. okey. Iman cakap, abang dengar,” pujuk Adnan sesudah reda tawanya.

“Tadi kan Kak Zah tawar Iman pinjam anak-anak dia. Buat peneman tidur
malam sampai abang balik. Ade ke anak-anak boleh bagi pinjam macam tu,”
adu Iman pada suaminya.

Adnan hanya ketawa mendengarnya. “Habis Iman cakap ape kat Kak Zah?”
Soalnya balik.

“Iman cakaplah, mana boleh anak-anak bagi pinjam-pinjam macam tu. Macam
budak-budak tu barang pulak. Tahu ape Kak Zah jawab?” Soal Iman pada
suaminya.

“Ape?” Balasnya pantas.

“Kak Zah kata bagi peluang dia ber-honeymoon dengan suaminya sementara
anak-anaknya tidur kat rumah kita,” ujar Iman dalam ketawanya. Hanya
ketawa kedengaran.

“Habis tu Iman macam mana malam ni? Nak ambik budak-budak tu tidur rumah
kita ke?”

“Tak tau lagilah abang. Tengoklah macam mana nanti. Tapi kesian juga
dekat Kak Zah tu, asyik duduk jaga anak-anak. Kalau Iman ajak anak-anak
dia datang rumah malam ni, bolehlah dia rehat sekejap,” balas Iman dalam
ketidakpastian.

“Abang tak kisah. Ada budak-budak tu boleh temankan Iman. Taklah abang
kat sini risau sangat,” Adnan memberi kata putusnya.

“Okeylah abang, nanti Iman bagitau kat Kak Zah. Kata Iman nak pinjam
anak-anak dia malam ni,”

“Ermm, okeylah kalau dah macam tu. Iman jaga diri baik-baik tau. Nanti
dah sampai abang call lagi. Love you sayang,” Adnan mengundur diri.

“Love you too abang. Take care tau,” balas Iman seketika kemudian
sebelum menamatkan panggilan.

Adnan masih lagi membelek-belek telefon bimbitnya walaupun Iman sudah
lama menamatkan perbualannya. Senyuman masih lagi bergayut di bibir.
Yazid yang sedang memandu perasaan senyuman yang masih lagi terukir di
bibir Adnan turut tersengih sama. ‘Payah betul kalau dah mabuk asmara
ni. Tenat,’ bisiknya tersenyum. Leong yang duduk di belakang sempat
mengerling tingkah temannya itu turut tersenyum.

“Aii, Encik Adnan, kita baru aje keluar dari Kuala Lumpur. Dah rindu
ke?” soal Yazid bergurau. Leong tersengih mendengar soalan temannya itu.
Adnan membalas pandang pada Yazid dan Leong yang tersengih-sengih. Dia
turut ikut tersengih. Dah macam iklan ubat gigi dah.

“Awak ni, macam tak tau aje. Saya ni mana pernah tinggalkan Iman
jauh-jauh macam ni. Selalunya projek dan seminar diadakan di sekitar
Kuala Lumpur aje. Entah kenapa kali dekat Johor dipilihnya,” rungut
Adnan sejenak.

“Sepatutnya Encik Adnan tak payah attend seminar ni kan? Bukankah
sepatutnya Encik Ismail yang pergi kali ni?” Leong pula bersuara.

“Memang sepatutnya Encik Ismail yang pergi sebab seminar dekat Putrajaya
hari tu saya dah attend. Tapi last minutes Encik Ismail ada masalah
sikit, saya terpaksa la ganti. Lagipun tak rugi, boleh kenal dengan
engineer dari syarikat-syarikat lain kan. Boleh tambah contact kata
orang,” terang Adnan panjang lebar. Dilihatnya Yazid dan Leong hanya
mengganggukkan kepala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience