BAB 4

Romance Completed 9265

Setengah jam kemudian Iman sampai di rumah mamanya. Kedatangannya
disambut dengan pelukan dan tangisan hina mamanya. Iman cuba untuk tidak
menitiskan air mata. Dia perlu kuat dan bertenang dalam berhadapan
dengan situasi sekarang. Mereka berjalan beriringan menuju ke sofa.
Namun, tangisan yang ditahan tumpah jua. Iman tidak kuat. Dia terlalu
risaukan suaminya.

“Apa yang sebenarnya berlaku Iman? Papa tak jelas sangat tadi masa kamu
telefon,” papanya yang tadi berbual di telefon bertanya.

Iman beralih pandang antara mama dan papanya. Menarik sedikit nafas. Air
mata yang masih mengalir dikesat dengan tisu di tangan.

“Iman pun tak pasti mama, papa. Yazid, staf abang yang telefon bagitau.
Katanya abang accident. Dilanggar kereta. Lepas tu dia bagitau Abang dah
dihantar ke Hospital Sultanah Aminah. Doktor bagitau nak jumpa ahli
keluarga abang. Ape kita nak buat sekarang mama, papa?” Iman memandang
papanya.

“Papa dah telefon adik papa kat Johor tu. Suruh dia pergi dulu kat
hospital tu. Dapatkan berita pasal Adnan. InsyaAllah, Adnan tak
ape-ape,” terang papanya, Dato’ Taufik. Riak resah cuba disembunyikan
supaya tidak terkesan di mata isteri dan menantunya.

Iman mengangguk faham. “Habis takkan kita nak tunggu kat sini aje,
abang? Hati saya risau sangat ni,” mamanya, Datin Suria mencelah. Esak
tangis tadi terkawal sikit. Iman mengusap perlahan belakang mamanya.

“Kita nak buat macam mana lagi. Dia jauh kat Johor tu. Kalau bertolak
sekarang pun, subuh nanti baru sampai. Baik kita tunggu dulu berita dari
Tahar. Kalau perlu kita pergi, kita bertolak sekejap lagi. Saya dah
suruh Pak Mat siapkan kereta tadi,” pujuk Dato’ Taufik lembut. Perlahan
dia duduk di sisi isterinya. Dicapai tangan yang asyik menyapu air mata
itu. Ditepuknya perlahan, meredakan keresahan.

“Ye mama, betul ape yang papa cakap tu. Iman pun risaukan abang tapi
kalau kita kelam-kabut nanti tak pasal-pasal lain pula yang jadi. Sabar
ye mama. Lagipun, Iman dah pesan dekat Yazid suruh telefon Iman kalau
doktor ade cakap ape-ape,” pujuk Iman pula. Air matanya sudah tidak
selebat tadi.

Telefon bimbit Dato’ Taufik yang berbunyi mematikan perbualan mereka.
Pantas dijawabnya. Iman hanya memerhatikan papanya bercakap. Raut wajah
papanya yang berubah-ubah mengundang resahnya kembali. Sesekali dilihat
papanya menganggukkan kepala.

“Kita bertolak sekarang. Iman dah kemas pakaian ke? Kalau tak kita
singgah rumah Iman on the way nanti,” arah Dato’ Taufik tegas memandang
Iman. “Mak Mah... Mak Mah, tolong kemaskan pakaian saya dan datin. Kami
nak ke Johor malam ni juga,” arahnya kemudian pada pembantu yang baru
muncul. Mak Mah hanya mengangguk faham.

“Kenapa papa?” Soal Iman cemas.

“A’ah, kenapa ni bang?” Soal mamanya pula.

“Tahar bagitau doktor nak bedah Adnan malam ni juga. Ada darah beku di
kepalanya. Saya dah wakilkan Tahar tandatangan kat borang. Nak tunggu
kita tak sempat,” terang Dato’ Taufik memandang isteri dan menantunya.

Tangisan Datin Suria kembali deras. Iman hanya mampu beristighfar.

“Dah la Suria. Baik awak siap cepat-cepat. Lagi cepat kita bertolak,
lagi cepat kita sampai nanti. Iman pula macam mana?” soalnya pada
menantu yang masih tetap memujuk isterinya.

“Iman dah kemas baju semua. Ada dalam kereta tu,” Dato’ Taufik
mengangguk. Dia mendekati isterinya.

“Suria, baik awak naik atas. Tukar baju semua. InsyaAllah, Adnan akan
selamat. Kita sama-sama doakan dia ye?” pujuk Dato’ Taufik lagi. Datin
Suria hanya mengangguk. Iman memimpin mamanya naik.

Sebaik sahaja kelibat isteri dan menantunya hilang, air mata yang
ditahan sejak tadi menitis jua. Terduduk Dato’ Taufik. Dia berteleku di
sofa.

“Dato’ tak ape-ape ke?” terdengar suara seseorang menyoal.
Perlahan-lahan Dato’ Taufik mengangkat mukanya.

“Saya tak ape-ape Pak Mat. Cuma risaukan Adnan saje. Pak Mat dah siapkan
kereta?” Ujarnya mengesat air mata.

“Dah Dato’. InsyaAllah Encik Adnan takkan ape-ape. Kita sama-samalah
berdoa ye, Dato’,” tutur Pak Mat ikhlas.

“Mudah-mudahan Pat Mat. Kita terus bertolak bila datin turun nanti,”
putus Dato’ Taufik. Pak Mat hanya mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience