Adnan ditempatkan di ICU bagi mengawasi keadaannya. Setakat ini doktor
belum dapat memberikan kata putus berkenaan dengan keadaanya yang
sebenar. Ketika Iman dan keluarganya sampai pagi semalam, Adnan baru
sahaja selesai dibedah. Dia sedang diusung keluar. Yazid dan Uncle Tahir
sekeluarga menyambut mereka di luar bilik bedah itu. Bergetar jantung
Iman melihat keadaan suaminya ketika itu. Tangisan bergema di ruang yang
sunyi itu.
Iman hanya memerhati suaminya ditolak. “Bagaimana dengan anak saya
doktor?” Soalan daripada papanya mengalihkan tumpuan Iman. Tumpuannya
kini pada doktor yang merawat suaminya.
“Err... begini, pemeriksaan awal yang kami lakukan ketika pesakit tiba
mendapati ada darah beku dalam kepalanya. Mungkin hasil daripada
pelanggaran yang menimpa pesakit. Agak berbahaya jika tidak dikeluarkan
segera. Sebab itu sebelum pembedahan tadi, saya ade meminta waris
pesakit menandatangani borang kebenaran bedah demi untuk menyelamatkan
pesakit. Alhamdullilah, darah beku dah dikeluarkan,” terang doktor
tersebut sejelas mungkin.
Serentak ucapan Alhamdulliah bergema di bibir semua yang ada. “Tapi
kenapa suami saya tak sedar lagi doktor?” Semua mata silih berganti
memandang Iman dan doktor itu. Inginkan kepastian lagi.
“Begini puan, suami puan masih dalam pengaruh ubat bius. Sebab tu dia
belum sedar lagi. Tapi pihak kami akan letakkan dia dalam wad ICU malam
ni supaya senang kami mengawasi keadaannya. Jika pesakit stabil, awal
pagi esok kami akan pindahkan dia ke wad biasa” terang doktor itu lagi
sambil memandang setiap seorang yang ada di situ.
“Lagi satu, tangan pesakit patah. Selain itu hanya luka-luka kecil aje,”
terang doktor itu lagi. Semua yang ada di situ hanya mengangguk.
“Baiklah, pasti semua dah penat. Apa kata semua balik dulu. Lagipun
tiada apa lagi yang boleh dilakukan sekarang kecuali berdoa. Kami di
sini akan mengawasi perkembangan pesakit. Kalau ade ape-ape, pihak kami
akan maklumkan. Saya minta diri dulu,” ujar doktor tersebut mengundur diri.
Baru beberapa langkah, terdengar jeritan memanggilnya kembali. Pantas
dia berpaling. Terkejut dia melihat isteri pesakit tadi melorot jatuh
namun sempat disambut oleh mereka yang berada di situ.
Share this novel