Iman dibenarkan pulang tiga hari kemudian manakala bayinya menyusul
seminggu selepas itu. Keluarga Iman mengadakan kenduri doa selamat dan
kesyukuran. Masing-masing mendoakan semoga tiada lagi kejadian menyayat
hati bisa menggugat keharmonian rumah tangga keluarga baru itu. Apabila
diberitahu yang ingatan Adnan dah pulih, makin berganda keceriaan mereka
sekeluarga. Bertimpa-timpa berita gembira yang diterima membuatkan
mereka bersyukur.
Pagi minggu itu, ketika Iman sedang menghangatkan susu untuk Afnan, dia
dapat melihat kelibat seseorang sedang mengendap di sebalik dinding
dapur. Dia tersenyum. Dia sudah dapat mengagak. ‘Oh.. abang nak kenakan
Iman ye. Nanti abang,’ Iman ketawa lagi.
Adnan semakin merapati isterinya. Dia yakin Iman belum menyedari
kehadiran dia ketika itu. Tiba-tiba...
“Hah... . abang nak buat ape ni!” Iman pantas berpaling, mengejutkan
suami. Adnan yang tidak bersedia jatuh terduduk. Tergamam dia. Niat
hendak mengenakan isterinya terbalik mengena dirinya pula. Iman galak
ketawa dengan reaksi si suami yang tidak disangka begitu sekali
terkejutnya. Iman bertinggung di hadapan suaminya.
“Hehehe... tu lah nak kenakan Iman lagi. Tengok sekarang siapa yang
terkena,” Iman memicit hidung suaminya. Masih lagi ketawa. Si suami pula
menarik muka masam dan menyilang tangan. Tanda protes.
‘Aii.. suami aku dah pandai merajuk. Kalah Irfan kalau macam ni,’
semakin galak ketawa Iman dengan rajuk suaminya. Semakin masam pula muka
Adnan. Dia ingat Iman akan memujuknya tapi sebaliknya pula semakin galak
Iman ketawa.
“Okey.. okeylah, Iman minta maaf. Lain kali Iman tak buat gitu lagi,”
pujuk Iman sambil memegang kedua-dua belah telinganya. Lagak memujuk
anak kecil pula.
Adnan tidak dapat menahan ketawa dengan lagak comel Iman itu. “Abang
maafkan Iman tapi dengan satu syarat,” ujarnya dengan senyuman nakal.
Berkerut dahi Iman memandang suaminya.
“Apa syaratnya?” balas Iman pantas. Adnan tersengih-sengih sambil
jarinya menunjuk-nunjuk dahi, kedua-dua mata, pipi, hidung dan akhir
sekali bibirnya. Keningnya terangkat-angkat. Nakal.
Iman yang faham permintaan suaminya terlopong. “Abang kenakan Iman,”
Iman bingkas bangun. Adnan turut bangun.
“Mana ade abang kenakan Iman. Betullah tu. Dah gitu syaratnya. Kalau
Iman tak nak buat takpe. Abang tak kan maafkan Iman,” ugut Adnan berlalu
dari situ. Iman pantas menyambar tangan suaminya. Mereka saling
berhadapan kini. Adnan ternanti-nanti tindakan Iman. Iman pantas
mengucup dahi suaminya, diikuti dengan mata kanan, mata kiri, pipi
kanan, hidung dan pipi kiri. Adnan memeluk tubuh Iman dan semakin
mengeratkan pelukan bila bibir isterinya hampir menyentuh bibirnya
tetapi tangisan yang tiba-tiba nyaring dari bilik mereka menghentikan
perlakuan mereka ketika itu. Masing-masing menoleh ke tingkat atas.
Adnan mengeluh. Iman tersengih.“Irfan ni perfect timing betul la. Kacau
daun betul,” omel Adnan bila melihat Iman sudah mencapai botol susu.
“Abang ni dengan anak sendiri pun nak jealous,” Iman tersenyum. Sempat
dia mengucup bibir suaminya sebelum melangkah pantas mendapatkan anaknya
yang sudah menangis lapar itu. Adnan memerhatikan langkah Iman sebelum
menurut.
Masuk ke dalam bilik mereka, kelihatan Iman sedang menyusukan Irfan.
Walaupun Ifran meyusu badan tetapi Iman ganti-ganti dengan botol supaya
senang mereka bergilir menyusu Irfan apabila malam. Susu yang dipam akan
disimpan dalam peti dan akan dihangatkan jika mahu digunakan. Adnan yang
mencadangkan aturannya begitu kerana tidak mahu Iman terlalu penat jika
asyik bangun untuk menyusukan Irfan. Adnan mahu Iman cepat pulih dengan
mendapatkan rehat yang cukup. Iman tidak terkata dengan keprihatinan
suaminya itu. Sungguh dia bertuah mendapat Adnan Iskandar sebagai suami
dan ayah kepada anaknya.
Adnan tersenyum pada Iman yang sedang menyusu Irfan di atas katil
mereka. Di kucup ubun-ubun Iman sebelum mencuit pipi Irfan yang galak
menyusu. Dia membaringkan badan di sebelah Irfan. Memerhati Irfan
mengundang rasa bangga dan syukur sekaligus. Bangga kerana setelah
hampir dua tahun berkahwin, Irfan lahir dalam keluarga kecil mereka.
Lahir dari hasil kasih sayang dan cinta antara dia dan Iman. Irfan
menjadi simbol buah cintanya dan Iman. Syukur kerana rahmat dan
keajaiban Allah S.W.T. yang memanjangkan nyawa Irfan untuk terus
bernafas dan menyerikan rumahtangga mereka.
Selesai menyusu, Adnan mengangkat Irfan dan menyedawakan anak kecil itu.
Kemudian Irfan ditidurkan di dalam katil bayinya. Iman hanya
memerhatikan tingkah Adnan. Hati Iman jatuh cinta lagi dengan suaminya.
Adnan memang rajin membantunya dalam menguruskan Irfan dan semua ini
menambahkan rasa sayangnya pada suami itu.
Adnan merapati Iman dan menarik sayang tubuh itu ke dalam pelukannya.
Lama pelukan itu menghangatkan pagi yang dingin itu. Adnan dan Iman
bersandar di kepala katil mereka dengan tubuh Iman bersandar di dada
Adnan. Nyaman terasa bila berada dalam pelukan suaminya begitu.
“Iman tahu tak satu perkara yang buat abang rasa ralat sampai sekarang?”
Adnan mengucup jari-jari Iman di dalam genggamannya.
“Apa?” Iman pula mengucup jari-jari suaminya itu.
“Abang takde masa Iman mengandungkan Irfan. Abang terlepas saat-saat
Iman mengidam. Bangun tengah-tengah malam nak cari ape yang Iman
idamkan. Tengok Irfan membesar dalam perut Iman,” ujar Adnan sayu.
Pelukannya di tubuh Iman dieratkan. Bukan menidakkan hukum dan kejadian
Allah S.W.T. cuma meluahkan rasa terkilan.
Iman yang mendengar turut sayu. “Abang kan ade di sisi Iman. Abang tak
pernah tinggalkan Iman. Abang penuhi semua keinginan Iman. Lagipun,
abang kan dah tengok rakaman sepanjang kehamilan Iman,” pujuk Iman
berpaling memandang suaminya. Wajah itu keruh.
“Memang abang ade dengan Iman tapi ingatan masa abang amnesia dulu macam
berbalam-balam. Tak jelas sangat,” masih belum reda kesayuan di hati
Adnan. “Ha... abang tau cara ganti balik kenangan itu,” melintas idea di
benaknya. Idea yang nakal. Iman pelik dengan tingkah suaminya yang
tiba-tiba ceria itu. Terangkat keningnya menunggu apa yang ingin
diluahkan suaminya.
“Iman... Iman kena mengandung sekali lagi,” mata Iman bulat memandang
suaminya yang sedang tersengih-sengih setelah meluahkan idea bernasnya
dan nakalnya itu.
“Apa ni abang? abang kenakan Iman,” jerit Iman kuat sambil mencubit lengan
suaminya yang sedang galak ketawa itu. Serentak itu, Irfan
merenggek-renggek nyaring kaget dengan jeritan ibunya tadi
Iman dan Adnan serentak meluru laju ke arah cahaya mata mereka.
Hilaian tawa berselang-seli dengan tangisan Irfan memenuhi segenap penjuru rumah.
‘’Ya Allah, kebahagiaan ini janganlah cepat berlalu, biarkan rumah tangga kami ini sarat dengan rasa cinta, dia satunya untukku dan begitu juga diriku padanya sehingga ke akhir hayat.’’ Bisik hati Iman.
permata hati mereka itu. Dalam hati masing-masing berlagu girang mendoakan hubungan yang terjalin ini terus mekar seiringdengan peredaran masa.
Share this novel