Chapter 9

Horror & Thriller Completed 11904

Bab 9 : Hilang

“Eh! Awat pintu keta hang terbukak tu Ali?,” tanya Fil terkejut melihat pintu depan sebelah pemandu Volkswagen Golf R terbuka. Fil , Ali dan Fiza baru sahaja keluar dari semak dan menuju ke arah kereta.

“Mana Nelly?!,” jerit Ali cemas.

Ali kelam kabut lari dan memeriksa dalam kereta.

“Nelly! Nelly!” Ali melaung sekeliling. Keadaannya sudah tidak tentu arah mencari Nelly.

“Ya Allah! Mana Nelly ni! Ni semua salah aku! Aku tak patut tinggal dia!,” Ali meraung dengan kuat sambil menggelengkan kepala. “Ali, mungkin Nelly cari kita,” sahut Fiza dengan risau. “Ni bukan salah kau Ali, semua ni salah aku. Kalau hampa tak mai sini cari aku, Nelly tak kan hilang,” Fiza menyambung dengan teresak-esak.

“Tak pa Ali, jom kita pi cari dia kat sana. Insha Allah tak dak apa-apa tu,” pujuk Fil sambil menepuk bahu Ali. Ali menarik nafas panjang lalu terus menuju ke arah semak itu sambil diikuti dengan Fil.

“Fiza, dah la tu jangan nangis. Bukan salah hang. Pi tunggu dalam keta, jangan lupa kunci pintu. Pehtu jangan pi mana-mana, tunggu aku balik!,” sapa Fil dengan tegas. Fiza hanya mengangguk dan terus masuk ke dalam kereta.

Ali dan Fil meredah semak lagi sekali untuk mencari Nelly. Sambil itu mereka menjerit memanggil nama rakan mereka itu. Ali bertambah risau kerana dia masih tidak nampak kelibat Nelly. Jam sudah menunjukkan pukul 4.18 pagi. Tapi keadaan masih gelap, masih suram bagaikan mereka berada di suatu alam yang lain. Tiada satu pun burung atau cengkerik yang menyanyi. Dengan tiba-tiba keadaan sekeliling menjadi sunyi. Menjadi mati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience