Chapter 3

Horror & Thriller Completed 11904

Bab 3 : Nelly

Nelly terkandas seorang diri di restoran McDonald berdekatan dengan rumahnya dek gangguan yang di alami semenjak akhir-akhir ini. Nelly berusia 25 tahun dan berasal dari Teluk Intan, Perak. Dia dibesarkan oleh makciknya dari saat dia lahir kerana ketiadaan ibu bapanya. Ibu bapanya telah lama kembali ke rahmatullah akibat kemalangan teruk yang menimpa mereka di Lebuhraya Karak. Kereta yang dinaiki mereka dirempuh oleh sebuah treler sehingga mengakibatkan mereka terjunam ke salah sebuah gaung bersebelahan lebuhraya. Pihak polis mejumpai bangkai kereta mereka tetapi gagal untuk menemui mayat kedua ibu bapanya. 24 tahun selepas kejadian, kedua ibu bapanya masih tidak ditemui. Nelly kini sebatang kara selepas makciknya juga meninggal dunia dua bulan yang lepas.

Nelly adalah seorang individu yang cekal. Dia boleh dikatakan antara pelajar yang menyerlah dan sering mendapat anugerah sewaktu di universiti. Dia mempunyai rupa paras yang menawan. Rambutnya ikal mayang paras bahu. Dia sentiasa menjaga penampilannya.

Walau tinggi mana sekalipun pelajaran seseorang, atau secantik mana pandangan mata, jika tiada ilmu agama, akan runtuh akidah dan akhlak seseorang itu. Nelly tidak pernah solat. Tidak tahu mengaji. Selama dia hidup, arwah makciknya tidak pernah mengajarnya tentang ilmu agama. Yang dia tahu, dia beragama Islam. Cuma itu sahaja. Bila masalah menimpa, dia meluahkannya di dalam bentuk tulisan, melepaskan segala rasa terpendam di dalam e-diari yang di muat turun olehnya sejak 3 tahun yang lepas.

Baginya, menulis mampu menenangkan fikiran dan hati. Menulis mampu membeku segala luka dan duri di dalam hati. Menulis adalah segala-gala nya. Setiap hari dia akan menulis segala apa yang berlaku di dalam hidupnya, segala apa yang dirasai. Walaupun dia di pejabat, dia kerap kali menulis di dalam diari, melepaskan geram pada bos yang cerewet. Normal bukan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience