Chapter 8

Horror & Thriller Completed 11904

Bab 8 : Ali

Kedengaran bunyi cengkerik menyanyi-nyanyi di rimba berdekatan. Sedang Nelly berlari sekuat hati meredah semak belukar, dia sampai di sebatang pokok yang terletak di antara hujung jalan dan kawasan lapang Highland Towers. Kedengaran bunyi cengkerik menyanyi-nyanyi di rimba berdekatan. Nelly berhenti termengah-mengah bagai ingin semput. Dadanya terasa pedih. Kakinya terasa lenguh dek berlari pecut 100 meter sebentar tadi.

Nape la aku tak pengsan je macam selalu? getus Nelly di dalam hati. Dia mengeluh panjang sambil menguis semut-semut yang cuba memanjat kakinya. Nelly mencapai Iphone miliknya di dalam poket lalu membuka ‘torchlight app’. Keadaan yang tadi gelap gelita kini menjadi sedikit terang. Nelly berasa sedikit lega. Dia menyuluh sekeliling untuk mencari jalan keluar daripada tempat itu.

Aku kat mana ni..mati dah..mati aku.. Nelly berkata di dalam hati. Angin yang dingin menghembus lembut pada malam itu. Nak cari Ali ke nak balik kat kete? Aduh.. dengus Nelly memikirkan apa yang patut dilakukannya. Nelly menjadi rimas kerana semut-semut semakin gigih memanjat kakinya seolah-olah ingin mempertahankan kawasan jajahan mereka yang telah diceroboh.

“Nelly..........! Nelly!!!....Nelly!!” mendayu-dayu jeritan suara yang memanggil nama Nelly.

Jantung Nelly sekali lagi berdebar-debar kerana terkejut akan bunyi suara itu. “Eh, tu macam suara Ali!” Nelly bercakap seorang diri. “Ali!! Ali!! Kau kat mana?!!,” jerit Nelly menyahut panggilan Ali. Senyap. Tiada sahutan lagi. Sekali lagi Nelly memanggil, “Ali! Ali! Ni aku Nelly!” Bergema suara Nelly di seluruh kawasan itu. Nelly bergerak berjalan menuju ke arah suara yang di dengarinya sebentar tadi. Dia terus berjalan keluar dari semak samun dan semakin hampir dengan sebuah bangunan yang juga pernah dikenali sebagai Blok B Kondominium Highland Tower. Nelly menyuluh sekeliling sambil berjalan ke arah tangga yang masih teguh berdiri. Sekali lagi dia terdengar Ali memanggil dan bunyinya datang dari tingkat atas.

“Nelly! Nelly!” kedengaran laungan suara Ali.

Nelly menyuluh ke arah tangga dan melihat ianya masih kukuh untuk di gunakan walaupun sesetengahnya sudah tidak ada pemegang. Dia mengatur langkah untuk mencari Ali. Dia memanjat tangga dengan pantas sehingga tidak menyedari yang dia sudah sampai di tingkat 6. Angin malam makin rakus meniup.

Iphone miliknya diangkat tinggi untuk menyuluh keadaan di tingkat 6. Puas menyuluh kiri dan kanan, Nelly akhirnya ternampak Ali berdiri di tepi dinding bersebelahan tangga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience