Chapter 7

Horror & Thriller Completed 11904

Bab 7: Keliru

Kelibat Ali dan Fil makin samar ditelan kegelapan semak samun apabila mereka semakin jauh. Hanya kelihatan cahaya dari lampu suluh yang dibawa Ali. Lama-kelamaan, cahaya itu juga hilang. Nelly memandang keadaan sekeliling. Untuk meghilangkan rasa takut, Nelly membuka radio siaran kegemarannya. Lagu Ulik Mayang berkumandang memecah kesunyian. Nelly cepat-cepat menukar ke siaran lain. Dia teringat apa yang orang cakap tentang lagu Ulik Mayang. Konon nya, lagu itu tidak boleh dipasang di malam hari. Lagi-lagi di kawasan hutan seperti itu. Sejauh mana kebenarannya tidak dapat diketahui. Mungkin mengarut. Mungkin boleh terjadi.

Nelly membuka laci depan kereta dan mencari CD yang digemarinya. Hah! Ada pun CD Metallica ni, getus nya di dalam hati. CD Metallica itu pernah dihadiahkan oleh Nelly kepada Ali pada hari jadi Ali tahun lepas. Sedang Nelly leka melayan lagu yang berkumandang, tiba-tiba kereta bergoyang. Seolah-olah ada yang menolak dari sisi kereta dengan kuat. Nelly tersentak lalu memperlahankan volum lagu. Matanya meliar mencari punca tetapi tiada sesiapa di situ. Hati Nelly mula berdebar. Perasaan seram lagi sekali menyelubungi diri. “Oh shit! What the...?” terjerit Nelly kerana terperanjat akan bunyi ketukan di cermin tingkap kereta pemandu. Betul-betul di sebelahnya. Seorang perempuan berambut pendek berdiri menghala kearah tingkap dengan matanya memandang Nelly tepat.

“Fiza!” sentak Nelly apabila dia menyedari yang perempuan itu adalah Fiza. Nelly cepat-cepat membuka pintu dan keluar dari kereta. “Ya Allah Fiza!! Kau dari mana? Macam mana dorang boleh tinggal kau kat sini?,” tanya Nelly bertalu-talu. Fiza menjawab dengan perlahan sambil memegang kepala nya, “Entah, aku letih la, sakit kepala.” Fiza membuka pintu belakang dan terus masuk ke dalam kereta. “Tak pela kalau macam tu kau rehat je. Eh, ade nampak Ali dengan abang kau?” Nelly juga masuk ke dalam kereta. Kesunyian sekali lagi memecah hening malam. Fiza tidak bersuara.

Eh, dah tidur rupanya budak ni, mungkin letih sangat, kata Nelly di dalam hati apabila melihat Fiza tertidur di kerusi belakang. Nelly cepat-cepat mencapai Iphone miliknya dan menghubungi Ali. Selepas 3 kali bunyi deringan, akhirnya Ali menjawab.

“Kau kat mane ni? Cepat la datang kat kereta!” tegas Nelly. “Nape ni Nelly? Ade pape ke? Kitorang on the way ke kereta ni, baru jumpa Fiza kat bawah satu pokok tadi,” jawab Ali. Nelly tergamam mendengar jawapan Ali. Betul ke ape yang aku dengar tadi? tanya Nelly di dalam hati. “Hello..hello Nelly, nape ni, kau okay tak?” bertubi-tubi soalan Ali kerana risaukan Nelly. “Urm.........Fiza...er....fiza....ada dengan aku....” Nelly berkata dengan perlahan. Suaranya menggeletar. Dia masih tidak berani untuk pusing ke belakang dan melihat Fiza. Tangan Nelly juga terketar-ketar namun dia cuba memegang Iphone miliknya itu dengan kuat. “Hah?! Fiza dengan kau? Jangan buat lawak Nelly,” balas Ali terkejut. “Aku dah dekat ni,” Ali menyambung. Kesunyian memecah ruang dalam kereta. Nelly diam ketakutan menunggu Ali. Sedikit pun dia tidak berani memandang ke belakang atau keluar dari kereta. Dia hanya kaku di tempat duduk.

Beberapa minit kemudian, kelibat Ali kelihatan sedang keluar dari semak diiikuti dengan Fil dan...Fiza! Fil sedang memapah Fiza menuju ke arah kereta. Terbeliak mata Nelly memandang Fiza yang sedang menuju ke arahnya. Siapa yang tengah baring belakang aku ni?!! Sentak Nelly di dalam hati. Dia teringat yang dia masih belum mematikan panggilannya dengan Ali sebentar tadi. “Ali! Ali! Hello?! Ali?!, jerit Nelly memanggil Ali. Tangannya terasa lembik namun digagahkan juga memegang Iphone nya itu. Semakin dekat Ali, Fil dan Fiza, Nelly perasan sesuatu yang amat pelik. Nelly menggosok matanya berkali-kali. Mereka bertiga tidak mempunyai kaki! Mereka seakan-akan terapung ke arah kereta. Tiba-tiba mereka tersenyum lebar memandang Nelly. Dari samar lampu jalan, kelihatan darah mengalir keluar dari mulut ketiga-tiga mereka. Nelly terasa pening. Jantungnya seperti ingin tercabut kerana amat takut. Mereka semakin dekat. Dalam ketakutan yang makin menggila, bunyi suara perempuan mengilai kedengaran dari tempat duduk belakang kereta.

Hiiiiiiiiiiiii...hiiiiiiiii.....hiiiiiiiiiiiiii................hiiiiiiiiiiiiiiiiii..........................

Suara itu amat kuat, seperti ia mengilai betul-betul di sebelah telinga Nelly. Dia terkejut lalu cepat-cepat keluar dari kereta sehingga terjatuh di atas jalan tar. Lututnya terasa pedih terkena tar yang kasar permukaannya. Nafasnya bagaikan ribut, fikiran bercelaru memikirkan apa yang nyata dan palsu. Lututnya terasa lembik. Digagahkan dirinya untuk bangun dan berdiri. Benda yang menyerupai kawan-kawannya sudah hilang dari pandangan. Puas dia memandang sekeliling tapi tidak menjumpai apa-apa. Hanya satu tempat yang masih belum diperiksanya.

Tempat duduk belakang kereta.

Dari situ datangnya bunyi hilaian yang amat kuat. Nelly kuatkan hati mendekatkan diri dengan Volkswagen Golf R itu. Perlahan-lahan dia menjenguk tempat duduk belakang kereta. Dengan tidak disangka, satu makhluk yang mengerikan bermata merah menyergahnya dari dalam kereta. Sebelah mata mahkluk itu terbojol dan uratnya tergantung di sisi pipinya yang pucat. Lidahnya terjelir panjang.

“Aaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Aaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!” Nelly menjerit sekuat hati kerana terlalu terkejut. Dia terus lari menuju ke dalam semak di hujung jalan. Tanpa disedarinya, dia sedang menuju ke kawasan Highland Towers.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience