Chapter 10

Horror & Thriller Completed 11904

Bab 10 : Kebenaran

“Ali....jom kita balik,” Nelly memanggil Ali perlahan sambil berjalan selangkah ke arah Ali. Ali masih berdiri menghadap dinding dan tidak bersuara. “Ali.....nape ni? Korang dah jumpa Fiza?” Nelly bertanya lagi. Di dalam hatinya ada keraguan. Keraguan sama ada itu adalah Ali yang betul atau sebaliknya.

Tiba-tiba Ali hilang dari pandangan dengan sekelip mata. Satu suara kedengaran dengan jelas. “Aku bukan Ali...........” Suara itu amat kasar sehinggakan Nelly menjadi takut. Dia terus menyuluh sekeliling. “Siapa kau?! Nape kau kacau aku?????!” balas Nelly dengan cemas sambil menyuluh. Dia ingin melangkah untuk lari dari tempat itu tetapi gagal. Kakinya seolah-olah melekat di tempat dia berdiri. Kaku. Keadaan menjadi kelam-kabut. Angin semakin kuat meniup menunjukkan kekuatan. Nelly terasa lemah. Fikirannya bercelaru. Air mata mengalir laju membasahi pipinya. Air mata ketakutan.

“Kau.... mesti...... ikut aku.......” suara itu berkata lagi. Kali ini ianya seperti makhluk itu berada di belakang Nelly. Nelly kaku. Dia terlalu lemah untuk berkata-kata. Hanya air mata yang mampu mengalir meluahkan rasa. “Kau mesti tunaikan janji....” makhluk itu menyambung.

Apa yang jadi ni..kenapa aku??!! Kenapa kau kacau aku????! Nelly menjerit di dalam hati. Seolah-olah makhluk itu mendengar apa yang dikatakan, ia menjawab, “Kau setuju...kau terima....aku...”

Air mata Nelly semakin deras mengalir di pipi. “Apa maksud kau???! Apa yang aku terima??!, “ Nelly berkata dengan perlahan. Dia terasa yang kakinya sudah boleh digerakkan. Dia berundur selangkah demi selangkah.

Makhluk itu mengilai dengan kuat. “Kau mesti ikut aku...” ia berkata lagi. Nelly berundur sedikit demi sedikit. Setahu Nelly, keluarganya tidak pernah membela saka atau membuat apa-apa perjanjian dengan makhluk seperti itu. Nelly semakin keliru. Mungkinkah itu makhluk yang menganggunya selama ini? Setiap yang berlaku mesti ada sebab musababnya. Tidak mungkin dia diganggu sebegitu teruk jika tidak ada apa-apa. Nelly bingung memikirkan nasibnya.

“Kujarat kimuna sisih ubut keladan! Kujarat kimuna sisih ubut keladan!”

“Kujarat kimuna sisih ubut keladan! Kujarat kimuna sisih ubut keladan!”

“Kujarat kimuna sisih ubut keladan! Kujarat kimuna sisih ubut keladan!”

Seperti pernah didengari jampi yang diucapkan makhluk itu. Nelly teringat yang dia mendengar jampi itu di dalam bilik tetamu di rumah Ali beberapa jam yang lepas. “Apa kau nak dari aku?!” jerkah Nelly dengan tajam.

“Darah ditukar buluh...buluh diganti darah..” makhluk itu menyahut. Angin meniup semakin kuat. Hati Nelly terasa berat. Dia teringat sesuatu. Dia mengangkat tangannya dan menyuluh cincin buluh yang dipakainya semenjak 2 jam yang lalu.

........................................................................................................................................................................................

Imbas kembali : 3.04 pagi. Di dalam perjalanan ke Highland Tower

“Nelly, tolong aku boleh dak wei?,” kata Fil dengan lembut. “Ape die Fil? Insha Allah aku tolong,” balas Nelly pantas. “Ni cincin buluh Tok aku yang bagi. Dia suruh Fiza pakai. Tapi aku tak bagi lagi kat dia. Kalau jadi apa-apa kat Fiza dengan aku, hang tolong jaga cincin ni boleh dak?,” Fil bertanya dengan nada lembut.

“Ohh...tak de masalah la Fil. Aku boleh je jaga. No worries,” Nelly bersetuju untuk menjaga cincin tersebut.

“Thanks Nelly! Aku terhutang budi sangat dengan hang.” Fil berterima kasih kepada Nelly. Nelly mengambil cincin itu lalu menyarungkannya di jari manis. Jika dia menyimpan cincin itu di dalam beg, ia akan mudah hilang. Jadi, dia berasa lebih selesa memakainya.

........................................................................................................................................................................................

Nelly tersentak selepas mengingati apa yang berlaku 2 jam yang lalu. Nelly terasa sedih dan kecewa. Dia ditipu oleh manusia yang dianggap kawan baik.

Sanggup kau buat aku macam ni Fil? Sanggup kau!? desak Nelly di dalam hati. Kenapa aku? Kenapa mesti aku? Apa salah aku selama ni? Sebab aku tolak cinta kau? Sebab aku pilih Ali?

Fikiran Nelly semakin celaru. Buntu. Kosong. Gelap. Dia telah menjadi mangsa. Semuanya sudah terlambat. Dia mengundur lagi setapak. Kakinya yang terasa lembik diseret. Tanpa disedarinya, dia terjatuh ke belakang. Terjatuh dari tingkat 6. Terjatuh ke dalam perangkap. Dengan tiba-tiba, dunia menjadi gelap.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience