Chapter 4

Horror & Thriller Completed 11904

Bab 4: Bukit Tunku

Nelly dengan gementar menolak tombol gear dan menekan minyak. Dia terus memandu menuju ke Bukit Tunku. Untuk menghilangkan perasaan gementar, Nelly memainkan lagu-lagu dari band kegemarannya, Metallica. Semakin dekat dia menghampiri kawasan Bukit Tunku, dia menguatkan volume lagu yang didengarinya.

Waiting for the one.....
The day that never comes..

Perjalanan ke situ mengambil masa dalam 35 minit. Jalan di kawasan itu hampir lengang. Sekali-sekala kereta lalu lalang memecah sunyi pandangan. Setelah sampai dia kawasan masuk Bukit Tunku, Nelly menggengam erat stering kereta Ford Fiesta miliknya itu. Dia memperlahankan volume lagu. Sejurus sampai di satu selekoh, Nelly ternampak dari jauh seperti ada seseorang yang sedang berdiri di kiri bahu jalan. Di sebelah kanan jalan pula terdapat sebuah rumah banglo tinggal yang ditenggelami semak samun dan ditutupi pokok yang merimbun.

Nelly membuka lampu tinggi untuk melihat dengan lebih jelas. Apabila semakin dekat, Nelly dapat melihat satu susuk tubuh milik seorang perempuan yang berpakaian kurung berwarna kuning. Makin jelas kelihatan rambut perempuan itu yang panjang mengurai sehingga ke pinggang. Nelly berasa resah dengan apa yang dilihatnya. Dia ingin melihat ke tempat lain, tetapi gagal. Seolah-olah dia dipukau untuk melihat perempuan itu. Beberapa saat sebelum dia melintasi apa yang dilihatnya, tiba-tiba perempuan itu mengangkat tangan seperti ingin menahan kenderaan yang dipandu Nelly. Nelly terkedu. Perasaan seram menyelubungi diri.

Perempuan itu senyum memandang Nelly apabila Nelly melintasinya!

Nelly tergamam beberapa saat. Nasib baik tiada kereta yang datang dari arah bertentangan. Nelly hampir-hampir terbabas dek kerana perempuan misteri itu. Jantung Nelly berdegup laju. Tangannya berpeluh-peluh walaupun penghawa dingin di dalam keretanya berfungsi dengan baik. Perutnya terasa senak. Dia tidak berani memandang cermin belakang atau kiri dan kanan. Dia terus menuju ke arah rumah Ali yang sudah hampir.

Apabila sampai di pagar rumah Ali, pengawal khas yang menjaga rumahnya membuka pintu pagar dan membenarkan Nelly masuk ke perkarangan rumah. Sedang Nelly meletakkan kereta, kelihatan Ali berjalan keluar menuju ke arahnya.

"Woi! Ape cite lambat sangat minah senget? Tak kan sesat kot?" tanya Ali sambil ketawa memerli. "Tak lah," Nelly menjawab dengan perlahan. Dia masih terbayang senyuman perempuan misteri di selekoh tadi. Angin malam yang menerpa lembut membuatkan bulu romanya tegak. "Eh, aku buat lawak kau tak gelak. Pelik ni, pelik. Kau tak sihat eh? Setan yang ganggu kau tu kat rumah kau. Ni rumah aku, tak ada setan," kata Ali dengan nada ambil berat sambil menuju ke arah pintu utama bersama Nelly.

Ali atau nama sebenarnya Syed Alihafeez Al-Ghafar adalah kawan baik Nelly semenjak dari sekolah menengah. Nelly sudah biasa bermalam di rumah Ali apabila ibu bapa Ali mempunyai urusan di luar negara. Itu sudah menjadi perkara biasa bagi mereka. Lagipun, sebelum Nelly menjalinkan hubungan dengan Ben, dia adalah teman wanita kepada Ali. Sudah menjadi kebiasaan untuk nya ke rumah Ali.

“Teruk lah aku macam ni, asyik kena kacau. Boleh pulak kau buat lawak?,” balas Nelly dengan malas. “Alaaa, aku gurau je, takkan nak ambil hati. Aku ketuk kepala kang,” ketawa Ali sambil melangkah masuk ke dalam rumah. “Dah pergi naik atas mandi lepas tu kita makan. Aku dah suruh Mak Ilah masakan makanan kegemaran kau,” jelas Ali dengan tenang. Nelly mengangguk dengan lemah dan terus menaiki tangga ke tingkat dua rumah berkenaan. Mak Ilah adalah orang gaji kepada keluarga Syed Al-Ghafar yang telah berkhidmat lebih dari 15 tahun. Dia yang menjaga Ali apabila ibu-bapanya ke luar negara.

Seperti biasa, Mak Ilah sudah menyiapakan bilik tetamu untuk Nelly. Selepas mandi, Nelly teringat yang dia terlupa membawa Ipadnya. Jarang dia meninggalkan Ipad itu kerana ia pemberian Ali.

Ahh, macam mana boleh lupa pulak ni, dengus Nelly di dalam hati.

Cermin besar di dalam bilik itu boleh menampakkan seluruh ruang bilik. Ruangnya amat besar sehingga boleh memuatkan 3 katil bersaiz ‘king’. Cadar dan langsir berwarna merah jambu membuatkan bilik itu kelihatan ceria. Jika tidak, ia akan kelihatan agak suram kerana perabot yang ada adalah begitu antik. Sungguh pun Ali masih muda, dia amat meminati barang-barang antik. Dia akan pergi ke bercuti ke Itali pada setiap tahun semata-mata ingin membeli barang-barang antik yang diminatinya.

Sedang Nelly menyikat rambut di hadapan cermin, dia terbau sesuatu yang amat busuk, seperti bau bangkai binatang. Setelah di amatinya, dia sedar yang bau itu datang dari tandas.

Tadi masa aku mandi tak ada pun bau tu, getus Nelly sendirian.

Perlahan-lahan Nelly bangun dan melangkah menuju ke pintu tandas. Bau itu makin kuat menusuk hidung. Dengan tiba-tiba, lampu tandas menyala dengan sendiri nya. Nelly tersentak. Dia cepat-cepat pusing untuk keluar dari bilik.

“Aaaaa! Pergi! Pergi!,” jerit Nelly sambil menolak Ali dengan ganas. Sewaktu dia pusing untuk keluar, dia telah bertembung dengan Ali. Terperanjat Nelly dibuatnya. “Nelly, Nelly, ni aku ni! Ali! Tengok sini, tengok aku, cuba tenang,“ jelas Ali cuba menenangkan Nelly. “Kau ni kenapa Nelly. Kau dah terbawak-bawak perasan takut sampai ke sini,” tanya Ali dengan lembut. “A..k..u............aku..terbau benda busuk tadi, busuk sangat! Aku tak tipu. Bau tu datang dari tandas,” jelas Nelly. “Aku bangun nak tengok apa yang busuk, lepas tu....lepas tu....em...lampu tandas tertutup dengan sendiri,” sambungnya dengan terketar-ketar. “Laaa, lampu bilik air tu memang rosak. Dah la, jangan fikir sangat. Jom kita turun makan. Mak Ilah dah hidang atas meja tu,” ujar Ali dengan nada memujuk. Nelly tidak percaya apabila Ali mengatakan yang lampu bilik air itu rosak. Kalau betul, macam mana dengan bau busuk tadi? Tak mungkin dia membayangkan semua itu. Tak mungkin. Walaubagaimanapun, Nelly mengalah dan terus turun ke bawah bersama-sama Ali.

Setelah menjamu selera lauk kegemarannya, masak lemak cili padi, Nelly terfikir kembali tentang kejadian yang menimpa dirinya. Dia pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan keadaan tadi. Dia bukan hanya diganggu di rumahnya, tetapi juga di tempat lain. Seolah-olah dia diikuti benda tersebut sehingga ke rumah Ali. “Hoi makcik! Termenung apa lagi tu? Masih fikir pasal tadi?,” sampuk Ali.

“Emm.. Mestilah aku masih terfikir. Kau gila apa, aku yang kena. Bukan kau. Sebab tu kau tak rasa, “ balas Nelly tajam.

“Eh, relaks la dear, aku bergurau je. Aku cakap benda yang betul. Memang lampu tu rosak. Kadang menyala, lepas tu tutup sendiri,” jelas Ali dengan tenang.

“Habis tu bau busuk tu datang dari mana?? Cuba jawab. Masa aku mandi tadi tak ada pun bau tu,” tanya Nelly sambil memandang tepat wajah Ali. Nelly menyambung, “You do trust me, do you?”

“Of course I do.” jawab Ali dengan pantas.

Share this novel

T???????
2020-06-11 20:21:47 

Saya adalah seorang Malaysia yang berkaum cina dan saya suka cara anda menulis novel.


NovelPlus Premium

The best ads free experience