Chapter 11

Horror & Thriller Completed 11904

Bab 11 : Dalang

Jam menunjukkan pukul 6.30 pagi. Ali dan Fil masih belum menjumpai Nelly. Mereka sudah hampir 3 jam berpusing-pusing di sekitar kawasan itu mencari Nelly tetapi gagal. Mereka membuat keputusan untuk ke Balai Polis membuat laporan. Separuh gila Ali mencari cinta hatinya itu. Ali percaya yang Nelly masih hidup.

Kenapa kau tinggalkan aku Nelly? Kenapa? Aku masih cintakan kau. Tapi berat untuk aku luahkan. Ya Allah, aku sayangkan Nelly.... getus Ali di dalam hati. Semenjak berpisah dengan Nelly, Ali tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengan perempuan lain. Hatinya terpaut pada Nelly. Cuma dia. Ianya kehendak Nelly untuk memutuskan hubungan mereka berdua.

“Ali, jom kita pi kat keta dulu. Kita buat laporan polis,” jelas Fil kepada Ali. Ali berhenti dan terduduk di tanah. Lututnya terasa lembik. Mana kau ni Nelly? getus Ali di dalam hati. Jiwanya terasa kosong. Terasa sayu. Dia menyalahkan diri sendiri kerana membawa Nelly ke sini pada mulanya.

“Kau pergi la kat kete dulu,” balas Ali dengan nada yang lemah.

“Aku nak pi tengok adik aku sat tau. Lama sangat tinggai dia ni,” Fil memberitahu lalu berjalan menuju ke arah semak yang menghubungkan hujung jalan mati dengan kawasan Highland Towers.

........................................................................................................................................................................................

Apabila Fil sampai di kereta, dia melihat Fiza baring di tempat duduk belakang. Dia mengetuk cermin kereta kerana ianya dikunci dari dalam. “Fiza, bukak pintu. Aku ni Fil,” Fil memanggil Fiza dengan kuat. Fiza terjaga dan cepat-cepat membuka pintu kereta.

“Hurm..macam mana?,” tanya Fiza dengan selamba.

“Dah setel. Kita tak payah risau lagi pasai saka Tok. Aku dah mintak bomoh siam alih benda tu pi kat Nelly,” jelas Fil sambil tersenyum sinis. “Ali ingat dia boleh dapat Nelly suka hati. Kalau aku tak dapat Nelly, tak dak sapa boleh dapat dia,” Fil menyambung.

Fiza juga tersenyum. “Baguih la. Dua benda setel dalam satu masa. Saka Tok tak kacau kita dah, Nelly pun tak dak. Lega.”

Sehari selepas itu, Ali membuat laporan polis tentang kehilangan Nelly. Operasi mencari dijalankan secara besar-besaran tetapi polis masih tidak menjumpai Nelly.

-Tamat-

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience