Chapter 6

Horror & Thriller Completed 11904

Bab 6 : Halusinasi

Ali dan Nelly berjalan menuju ke arah Volkswagen Golf R berwarna biru milik Ali di tempat parkir. “So doktor cakap ape?,” tanya Ali sambil memandang Nelly. “Doktor tu cakap aku berhalusinasi, gile ape! Aku yakin la aku nampak benda tu!,” jelas Nelly dengan kecewa sambil membuka pintu kereta. “Hurm... Pelik. Doktor tak cakap kau demam ke ape? Kau meracau teruk kot tadi. Takkan tak de pape,” Ali mula menekan pedal minyak menuju ke rumah Fil yang terletak di Ampang. “Tak pe la Nelly, sampai rumah nanti kau rehat puas-puas. Mungkin kau penat sangat kot,” Ali menyambung lagi sambil memandang tepat ke arah jalan. Jam menunjukkan pukul 2.45 pagi.

Jalan seperti biasa sedikit lengang, hanya beberapa buah kenderaan yang ada, menyusuri destinasi masing-masing yang tidak diketahui. “Kita nak ke mana ni Ali? Kau serious nak ambik Fiza kat Highland Tower? Aku rasa better pergi. Kalau betul la die kena tinggal dengan dorang kat situ, kesian die wey,” Nelly berkata sambil memandang ke luar.

”Nak pergi rumah Fil la ni, ambik dia dulu, lepas tu terus pergi sana. Gile la budak-budak tu tinggal Fiza, mental betul,”jawab Ali menggelengkan kepala dek tak percaya dengan kerenah budak-budak zaman sekarang. “Baru masuk U, dah pandai-pandai nak cari hantu bagai, gile gile,” sambung Ali lagi. Nelly mencelah, “Eleh, kata kat orang. Kau dulu lagi teruk, cari hantu sampai ke Johor bagai, “ Nelly memerli sambil tersengih. Ali tersenyum memandang Nelly, “Tu dulu, sekarang dah tak buat benda-benda gila.” Ali membelok ke arah taman perumahan tempat Fil tinggal.

Setelah mengambil Fil di rumahnya, Ali terus menuju ke Highland Tower. “Wei Ali, terima kasih banyak na mai ambik aku, aku tak tau nak mintak tolong sapa dah. Hang la kawan baik aku,” Fil berterima kasih pada Ali. Nada suaranya kuat beraur kerisauan.

“Tak dak hal la Fil. Kau pun banyak tolong aku. Ha ni pehal kau bagi Fiza pergi Highland Tower? Kawan-kawan die kan gile, kaki cari hantu. Kau pun satu la,” jawab Ali dengan tegas.

“Adik aku sekoq tu kata dia ada discussion dengan classmate dia. Tak kan aku nak halang plak kot. Sat lagi dia fail, tak pasai aku kena maki hamun,” terang Fil sambil tangannya memegang smartphone Samsung miliknya dengan erat. Fil kelihatan resah memikirkan adiknya Fiza. Semenjak ayahnya meninggal, Fil yang bertanggungjawab menjaga adiknya Fiza.

“Eh, cuba kau call Fiza, tanya dia okay ke tak.” Cadang Nelly kepada Fil. “Dari tadi aku duk call dia tak dapat, tu aku makin risau. Mintak-mintak la dia okay ja,” balas Fil dengan cemas. Tragedi runtuhan di Highland Towers adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan rakyat Malaysia. 1 daripada 3 blok kondominium rebah ke bumi akibat tanah runtuh yang berlaku di kawasan itu. 48 orang dilaporkan terkorban di dalam tragedi yang amat dasyat itu. Hanya Blok A yang terjejas. Blok B dan C masih teguh berdiri. Namun penduduk yang tinggal di Blok B dan C diarahkan berpindah kerana kawasan itu amat bahaya. Semenjak dari kejadian itu, kawasan Highland Tower menjadi sarang penagih dadah dan juga menjadi destinasi anak muda untuk ‘mencari hantu’. Ramai mempercayai yang tempat itu ‘berpenghuni’.

Untuk ke kawasan runtuhan Highland Tower, Nelly dan rakan-rakannya perlu melalui satu kawasan perumahan. Memandangkan pintu utama untuk masuk ke kawasan itu ditutup oleh pihak berkuasa, mereka terpaksa mengikut jalan lain. Ali sudah mahir selok belok kawasan itu kerana sudah tiga kali dia pergi ke kawasan itu dek dicabar oleh rakan-rakannya yang lain. Sampai di satu jalan mati, Ali berhenti di bahu jalan dan mematikan enjin kereta. Hanya semak samun yang kelihatan di hadapan. Nelly berasa hairan apabila melihat kawasan sekeliling. “Sayang, mana jalan masuk? Tak de pun,” tanya Nelly sambil matanya meliar memandang kawasan sekeliling. Ali terkejut mendengar Nelly memanggilnya ‘sayang’. Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu dari mulut Nelly. Hatinya berbunga-bunga. Dia akhirnya tersenyum dek tidak dapat lagi menyorokkan perasaannya yang masih mengharap cinta Nelly.

“Aikk! Hampa dua couple balik tak habaq kat aku!” sentak Fil dengan kuat. “Eh, tak...tak..mana ade, urm, aku terlepas cakap. Dah terbiasa panggil,” Nelly membalas dengan laju. Merah padam mukanya menahan malu.

Aduh, jadah ape aku boleh terlepas cakap pulak! Nelly berkata di dalam hati.

Ali berdehem-dehem kerana tekaknya tiba-tiba terasa gatal. “Tu jalan masuk. Depan tu,” Ali menjawab pertanyaan Nelly tadi sambil keluar dari kereta. Di sebelah kanan jalan terdapat sebuah rumah banglo dua tingkat yang usang ditelan zaman. Tidak berpenghuni. Semak samun tumbuh riang menutup sebahagian dinding rumah. Pokok mangga yang terdapat di hadapan rumah tersebut berdiri megah menemani rumah tersebut. Dahannya seolah-seolah melambai sesiapa yang lalu dia hadapan rumah itu.

“Ali, depan tu semak samun! Mana ada jalan, kau jangan buat lawak Ali,” Nelly juga keluar dari kereta. Angin malam menerpa sejuk di mukanya. Malam itu tiada satu bintang pun yang kelihatan. Keadaan agak suram. Fil yang sudah berjalan ke arah semak samun menyahut, “ Betoi la Nelly. Ni dia jalan nak p atas tu, mana ada jalan lain dah, jom la cari Fiza!” Fil menunggu di hadapan satu jalan kecil di dalam semak. Nelly resah. Dia tidak suka melalui semak samun, apatah lagi malam buta begitu. Perasaan takut juga menyelubungi dirinya apabila melihat bahagian bangunan yang masih teguh berdiri. Sementara itu, Ali mengeluarkan dua lampu suluh dan kayu besbol dari bonet kereta nya. “Macam ni la Nelly, kau tunggu kat dalam kereta je, lagipun bahaya kalau kau ikut kitorang. Kunci pintu,” jelas Ali sambil bergerak ke arah semak samun di hadapan. Nelly cepat-cepat masuk ke dalam kereta, hidupkan enjin lalu mengunci pintu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience