BAB 8
Setelah itu, tiba-tiba Richard mendakap Daniel seerat mungkin dan mencium pipi anak sulungnya itu.
“Terima kasih Dan, kerana sedarkan ayah. Terima kasih. Sepatutnya ayah yang perlu meminta maaf kepada Dan dan Don. Minta maaf Dan.” Richard mula menitiskan air mata.
Setelah didakap oleh Richard, Daniel pula membalas dakapan ayahnya itu sambil turut menitiskan air mata. Mary dan Donald menghampiri dua beranak itu dan turut sama berdakapan.
“Bukan, Donald dan Daniel saja yang tahu berlakon, ayah pun pandai berlakon juga.” Richard mula bersuara setelah beberapa saat berpelukan dan bergembira. Kata-kata ayahnya itu membuatkan Mary, Donald dan Daniel tersenyum manis lalu tergelak bersama.
“Don, ayah minta maaf ya. Ayah nak minta maaf pada Don sebab ayah menggongkong dan tidak memahami kehendak Don. Ayah benar-benar minta maaf” sambung Richard.
“Terima kasih ayah. Donald pun nak minta maaf sebab selama ni Don banyak buat silap pada ayah. Don nak minta maaf pada ibu dan abang Daniel kerana selama ini Donald banyak buat silap dan menyusahkan semua orang” balas Donald.
“Don panggil Dan, abang?” tersentap Daniel kerana selama ini Donald tidak pernah memanggil Daniel dengan kata-kata itu.
“Dan minta maaf ya kerana selama ini Don tidak menganggap abang Daniel sebagai abang. Tapi jujur Don cakap Don sayangkan abang Daniel, Don sayangkan ibu dan ayah” jelas Donald. Daniel dan Donald saling berpelukan sambil diperhatikan oleh Richard dan Mary. Mary hanya tersenyum gembira kerana keluarganya telah bersatu kembali.
Setelah Donald dan Daniel berpelukkan. Mary mula bersuara, “Alhamdulilah, keluarga kita telah bersatu kembali. Kita bina suasana baru di Filipina sebelum kita pulang semula ke Malaysia. Ibu mahu, kita cekalkan hati dengan cabaran baru yang kita hadapi di kampung nanti ya” jelas Mary yang bertambah yakin untuk pulang ke kampung walaupun perbezaan agama yang dianuti antara mereka sekeluarga dengan keluarga di kampungnya iaitu di Santa Cruz, Filipina.
“Setelah kita pulang dari kampung, kita akan menyokong pasukan bowling Donald, ok” jerit Richard. Mary, Donald dan Daniel hanya menganggukkan kepala tanda mereka setuju dengan kata-kata Richard sambil tersenyum.
“Mary, Donald dan Daniel, mahal na mahal kita” sambung Richard. Teriak Richard di awal pagi dalam keadaan hujan masih lagi renyai-renyai.
“Family ko, Mahal Na Mahal Kita” Daniel menyambut teriakkan ayahnya. Sekali lagi mereka berpelukan sambil ketawa dan berjalan pulang dalam hujan yang masih renyai-renyai.
* * *
Share this novel