BAB 10
“Kriiinnggggggggggggg!!!”
Jam lonceng berbunyi menunjukkan tepat jam 4.30 pagi. Waktu di Filipina awal daripada waktu Malaysia. Mary dan Richard bangkit dan mengerjakan solat subuh bersama-sama dengan Donald dan Daniel. Keadaan ketika itu sunyi sepi dan gelap gelita. Mereka solat dalam keadaan senyap dan penuh ketenangan. Kepenatan semalam dan tidak cukup tidur dek kerana berbual-bual dengan ahli keluarga lain sehingga lewat masuk tidur membuatkan Richard, Mary, Daniel an Donald kembali masuk tidur setelah selesai solat.
Tepat jam 5.30, Mary bangkit dan mandi, kemudian menuju ke dapur untuk menyiapkan sarapan. Sudah menjadi rutin sehariannya untuk bangkit awal untuk memastikan suami dan anak-anaknya bersarapan di rumah sebelum berangkat ke tempat kerja dan sekolah.
‘’Mary, awal bangun?” tersentap Mary ketika suara Sarah menerpa cuping telinganya yang sedang membasuh beras.
‘’Akak, Mary nak buat sarapan.” Balas Mary sambil tangannya menggauli butiran beras di dalam periuk.
‘’Sarapan? Mary selalu masak apa?”
‘’Mary buat nasi goreng, mee goreng, banyak lagi.” Penjelasan Mary membuatkan Sarah faham.
‘’Akak selalu yang buat sarapan untuk semua orang, tapi yang biasa-biasa aja. Akak goreng sosej, roti dan telur rebus atau digoreng.
Tapi hari ini, akak nak Mary siapkan sarapan ya. Akak akan tolong Mary apa-apa yang patut”
‘’Baiklah” jawab Mary.
Mary sedar, dia takut jika Sarah membuat sarapan, sudah tentu dia tidak boleh makan kerana sosej yang dimaksudkan itu adalah campuran daripada daging yang tidak boleh dimakan oleh orang Islam iaitu kerbau berkaki pendek. Sedang Mary menggoreng nasi, tiba-tiba terdengar satu suara menerpa sisi cuping belakang telinganya.
‘’Ermmm..sedapnya.” Suara mertua Mary iaitu Janet kedengaran apabila menghidu masakan Mary.
‘’Ooo…Mak, ingatkan siapa tadi. Terkejut Mary” balas Mary sambil mencium pipi ibu mertuanya yang baik itu.
‘’Mak, dah nak siap dah ni. Sekejap lagi kita sarapan sama-sama”
“baiklah, lagipun semua orang dah bangun dan tunggu nak sarapan je” balas Janet sambil tersenyum.
Sarah mengangkat teko air hangat yang telah dibuatnya, pinggan dan cawan serta mengaturnya di atas meja seperti kebiasaan yang lakukannya.
Setelah selesai sarapan yang dibuat, Mary mengatur langkah menuju ke ruangan meja makan. Itulah kali pertama dia masak untuk ahli kelurganya di Filipina. Semua keluarga yang merasa masakannya memuji nasi goreng yang dibuat sedap.
Nasi goreng yang selalu dimakan berbeza daripada nasi goreng yang terdapat di Santa Cruz.
Tergambar senyuman kepuasan di wajah segelintir ahli keluarganya. Raut-raut wajah itu tesenyum sambil menyuapkan nasi ke dalam mulut. Mary dan Richard hanya melirik mata, memandang setiap wajah tersebut menunggu respon daripada ahli kerluarganya yang lain.
Mereka khuatir nasi goreng lain dari kebiasaannya akan tidak diterima oleh keluarga mereka. Analoginya, makanan dari dua budaya yang berbeza memberikan gambaran yang kuat terhadap penerimaan mereka. Sama ada mereka suka atau tidak bergantung kepada pemakan. Begitu juga dengan agama, mereka berpendapat walaupun dari rumpun fahaman yang sama tetapi berpunca dari satu nama akhirnya mereka menerima juga.
Punca yang sama itu disamakan dengan nasi goreng yang digoreng. Di Filipina memang terdapat sejenis nasi yang digoreng tetapi cara gorengannya berbeza daripada di Malaysia. Penggunaan bahan-bahan rempahnya juga ada yang berlain
an. Kebanyakan makanan yang cuba dimasak oleh Mary adalah untuk dihalalkan pemakan.
“Sedapnya…dari mana kamu belajar cara masak macam ni?” tanya sarah sambil mengukirkan kepuasan.
“Saya menetap di Malaysia sudah hampir 20 tahun. Banyak perkara saya belajar ketika bermastautin di Malaysia” sambut Mary sambil memberikan maksud yang tersirat.
“Ala, bukan sedap mana pun. Aku masak lagi sedap.” Hazel iaitu saudara tiri Richard menyindir Mary. Dia memang berdendam dengan Mary sebelum Richard menjadi suami Mary.
“Mama, sedaplah masakan mak cik Mary. Laura tak pernah makan masakan Malaysia” balas Laura anak kepada Hazel yang berusia 15 tahun.
“Betul tu Laura. Nenek setuju, nenek makan sedap.” Janet mengiyakan kata-kata cucunya itu sambil memandang sinis Hazel. Sikap Hazel yang suka berdendam tidak berubah dari dulu. Ini membuatkan, Janet sering menyindir Hazel dengan harapan bahawa anak tirinya itu sedar akan kesilapannya yang suka berdendam.
Hazel hanya diam sambil matanya menajam ke arah Mary. Hatinya membuak-buak rasa benci terhadap Mary sekeluarga.
Termasuk saudara tirinya iaitu Richard yang suka membela isterinya. Hazel menuduh Mary membunuh kakaknya, Kristina. Walaupun kisah ini berlaku lebih daripada 20 tahun, dendam kesumat tidak pernah akan terpadam dalam hati Hazel meski pun ada niat dihatinya untuk berbaik. Tetapi itu semua adalah tipu muslihat.
Sebaik sahaja mendengar berita kepulangan Richard sekeluarga, hati Hazel mula merasakan tidak tenang. Dia mendakwa kepada suaminya, Orlando roh Kristina tidak tenang dan masih lagi menuntut pembalasan diatas kematiannya. Itulah yang sering membayangi Hazel dan membuatkan benci dihatinya semakin menebal.
“Aku tidak sesekali memaafkan kau Mary, Richard. Aku akan tuntut di atas kematian kakak aku Kristina” benak Hazel menahan kemarahan.
Share this novel