BAB 7
Dalam hujan yang lebat, sepasang suami isteri itu mencari anak-anak mereka. Richard telah sedar akan kesilapannya. Dia mahu meminta maaf kepada anak-anaknya, Donald dan Daniel, dan mengharapakan kemaafan dari mereka. Sedang Mary dan Richard berlari-lari dalam hujan sehingga ke satu simpang, langkah mereka terhenti termati.
“Don!” teriakan kuat Mary dan Richard serentak. Mereka berlari menuju ke arah Donald yang terbaring di sisi jalan. Dan berada di samping Donald sambil memangku kepala adiknya itu.
“Don! Rintik-rintik jernih kembali berjuraian dari alis mata Mary sebaik sahaja melihat keadaan Donald. Richard tangkas mendapatkan Donald dan mencium dahi Donald yang hanya terbaring di sisi jalan. Daniel hanya memandang gelagat orang tuanya. Rengekan Mary semakin kuat dan Richard juga turut menangis dan mula sedar apabila anaknya, Donald hanya terbaring kaku sambil memejamkan matanya.
“Don… bangun Don…” Jeritan Richard sebaik sahaja mendapati Donald tidak bergerak walau sesaat.
Wajah Richard dan Mary mula berubah. Mary cuba menggoyangkan badan Donald dengan menggunakan tangannya. Richard menampar secara perlahan-lahan pipi Donald. Daniel hanya memandang kelakuan ayah dan ibunya itu sambil berdiri di penghadang jalan.
“Don bangun Don. Jangan tinggalkan ayah Don. Ayah minta maaf, ayah sayangkan Don. Bangun Don.” sambung Richard.
“Abang, kenapa dengan Don?” Suara Mary mula terdengar.
“Cakap abang, kenapa dengan Don? Cakap abang.” sambung Mary. Richard hanya menangis dan terdiam tanpa melontarkan satu nada kata. Lidahnya bagaikan kelu tidak bisa berbicara.
“Dan, apa yang berlaku dengan Don, cakap Dan” Mary hilang arah dan tidak keruan, hatinya berbisik yang bukan-bukan. Keadaannya seolah-olah disulami ketakutan dan mula menjerit kesedihan. Riak cemas dan gusar jelas terbias diwajahnya.
“Ya Tuhan, kenapa semua ini harus berlaku disaat keluarga aku hampir sahaja mengecapi kebahagiaan?” Pinta Mary sambil tangannya diangkat seolah-olah ketika orang sedang berdoa. Air matanya bercampur dengan hujan gerimis pagi itu, lalu Mary jatuh melutut dek kerana terlalu bersedih.
Richard hanya memeluk erat anaknya itu dan menangisi kerana anaknya hanya terdiam kaku.Fikiran Mary dan Richard terganggu dan bercelaru kerana perkara yang berlaku pada awal pagi itu. Daniel hanya membiarkan gelagat ayah dan ibunya. Dia hanya berdiri seperti patung yang bernyawa dan tidak boleh berbuat apa-apa.
“Dan, bagi tahu mak Dan. Apa yang berlaku lepada Don sebenarnya” Mary mendapatkan anak sulungnya sambil menggoyangkan tubuh Daniel yang hanya berdiri kaku.
Dalam suasana yang tegang dan kesejukan dek kerana hujan yang turun walaupun masih lagi renyai-renyai, tiba-tiba…
“Aduh…ayah sakitlah. Janganlah peluk kuat-kuat. Don tak dapat bernafaslah” suara Donald mula kedengaran dalam keheningan tangisan sambil terbatuk. Nafasnya tercunggap-sunggap.
Mary dan Richard terdiam daripada tangisannya sebaik sahaja terdengar suara Donald. Jelas kelihatan wajah mereka berdua mula berkerut tanda kehairanan. Daniel hanya berdiri sambil menguntumkan senyuman.
Donald mula bangkit setelah lama terbaring di sisi jalan. Keadaan Mary dan Richard sekali lagi kebingungan mencari jawapan kepada semua yang berlaku. Terlakar sebuah wajah yang penuh kehairanan.
“Sakitlah ayah peluk kuat-kuat” kata Donald sebaik sahaja berdiri. Daniel hanya berdiri di belakang Donald.
“Don, kau tak apa-apa nak?” tanya Mary sambil membelai wajah anaknya itu.
“Don sihat walafiat bu. Don tak ada apa-apa” jawab Donald.
“Yang Don terbaring tu tadi apa?” tanya Richard. Wajahnya mula berubah dan dari sesuci salju menjadi sehangat mentari.
“Dan yang suruh Don baring dan diam je macam orang tidur. Dia suruh Don abaikan apa yang ibu dan ayah cakapkan. Don ikut je.” Jelas Donald sekali lagi.
Mary dan Richard terus memandang ke arah Daniel untuk mendapatkan jawapan. Belum sempat Mary dan Richard mengatur butir bicaranya. Daniel mula menerangkan perkara yang berlaku.
“Ayah, Ibu terlebih dahulu Dan nak minta maaf sebab buat ibu dan ayah risau. Dan minta maaf sebab Dan meninggikan suara pada ayah. Dan terpaksa ayah. Dan merayu dan memujuk Don supaya jangan merajuk dengan perangai ayah. Don terdengar perbualan kita dan terus pergi. Kemudian Dan mengejar Don sampai ke simpang jalan ni.
Dah berbuih mulut Dan pujuk Don supaya jangan pergi tetapi Don cakap ayah tak sayangkan Don. Ayah bencikan Don. Untuk menunjukkan bahawa ayah sayang dan cintakan Don, Dan hanya meminta Don baring dan mendengar apa yang ayah katakan bila melihat Don terbaring di sisi jalan. Mungkin ayah sangkakan Don kemalangan dan tidak sedarkan diri, tetapi kata-kata ayah telah membuktikan dan meyakinkan bahawa ayah amat mencintai kami semua. Itulah yang cuba Dan buat untuk meyakinkan Don, ayah.
Dan minta maaf ayah jika perbuatan Dan ini terlampau. Dan minta maaf Ibu sebab menjadikan ibu sebagai pelakon pembantu walaupun tanpa ibu sedari” penjelasan panjang oleh Don.
Setelah mendengar penjelasan daripada Daniel, Richard mula merapatkan dirinya kepada Daniel. Mukanya agak bengis dan merah kemerahan. Richard mengetap bibirnya sebagai tanda menahan marah. Bebola matanya dibulatkan dan ditenung hebat ke arah Daniel.
Mary pula takut jika suaminya itu, cuba untuk menampar Daniel untuk kali ke dua. Mary cuba menghalang suaminya itu dengan menarik lengan Richard.
“Chard, maafkanlah mereka” Pinta Mary. Tetapi semakin dihalang, Richard semakin mendekatkan dirinya kepada Daniel dan wajahnya seakan-akan mahu melepaskan geram. Donald mula menampakan wajah kebimbangan sambil tangannya digenggam. Khuatir juga dia jika ayahnya memukul Daniel lagi.
“Ayah, jangan salahkan Daniel ayah. Pukulah Donald. Donald yang punca semua ini. Tolonglah ayah. Tolonglah jangan pukul Daniel lagi.” Namun, rayuan Donald dan ibunya tidak diendahkan oleh Richard. Daniel mengundurkan dirinya setapak demi setapak apabila ayahnya mendekatinya.
Mukanya menunjukkan seribu ketakutan.
Namun Daniel redha jika ayahnya memukulnya kerana perbuatannya telah melampaui batas.
Setelah selangkah demi selangkah Richard mendekati Daniel, apabila Daniel sudah tidak boleh berundur lagi dek kerana dihalang oleh penghadang jalan, akhirnya mata Richard dan mata Daniel mula bertentangan secara hadapan dan terus…
Share this novel