Bab 3

Romance Series 3124

BAB 3

Merungkai kecamuk fikiran anaknya sedikit demi sedikit secara logik akal dan berhemah.

“Ayah tahu, mereka akan marah dan kecewa dengan kita apabila mengetahui kita sudah memeluk Islam. Dan ayah sedar semua itu. Tapi ayah lakukan semua ini demi kebaikan semua orang dan perkara ini memerlukan masa yang sesuai untuk dibincangkan dengan mereka” Jelas Richard kepada Daniel.

Daniel hanya terdiam membisu sambil menguntumkan senyuman kepada ayahnya.

Dia berasa bersalah kerana membuatkan ibunya sedih dan menimbulkan persoalan yang bukan-bukan. Dia akan pulang ke kampung untuk menyambut Krismas bersama-sama dengan ahli keluarganya yang lain, yang tidak pernah dia temui. Dan merahsiakan agama yang ibu, ayah, Donald dan dia sendiri anuti. Hati Daniel mula kembali tenang sebaik sahaja mendapat jawapan yang jelas dariapda ayahnya, Richard.

* * *

“Chard, apakah tindakan kita ni betul. Saya risau kalau ada perkara buruk yang berlaku” Mary dalam keadaan risau dan bimbang setelah mengingatkan kembali kata-kata Daniel. Ada betul juga kata-kata anaknya itu. Wajahnya jelas menampakkan kerisauan dan kebimbangan yang hampir 20 tahun ini menyelubungi hidupnya. Tangan yang sibuk mengemas baju dan memasukkannya ke dalam bagasi terhenti seketika. Riak-riak redup wajahnya seakan kembali bertandang.

“Mary, kita peluk agama islam kerana kita yakin dengan agama itu. Agama yang membawa hidup kita dengan lebih tenang. Agama yang memberikan kita kekuatan. Abang yakin, kita dapat menghadapi semuanya. Kita perlukan masa untuk menjelaskan semuanya kepada keluarga di kampung” Richard bangkit dan tangannya menggengam erat telapak tangan isterinya itu.

Air mata Mary membayangkan seribu getaran jiwa yang membayangi dirinya. Mary terikat dengan kerinduan dan ketakutan, hatinya dibelenggu oleh pelbagai perasaan dan keinginan. Tali yang tergantung, sudah di depan mata. Ibarat menanti sebuah jawapan kepada ketakutan yang dirasakan. Mary lemah tanpa kekuatan suami dan anak-anaknya, dia tidak boleh menghadapi semua ini seorang diri.

Semuanya bercampur baur dirasakan. Richard hanya mampu memberikan kata-kata semangat kepada isterinya itu. Tirai kamar berterbangan di udara akibat ditiup angin yang mendinginkan lagi suasana senja nan sepi itu.

“Mary, ini adalah jihad terbesar yang perlu kita lakukan. Jihad yang dapat membawa perubahan dan pandangan ahli keluarga kita yang lain. Jangan pernah ada rasa marah dan takut sayang, kerana Tuhan itu sentiasa ada bersama-sama kita. Abang perlukan Mary, Daniel dan Donald sebagai kekuatan dalam diri abang.” nada-nada lembut Richard terus membuatkan air mata Mary mengalir tanpa henti. Kepalanya diangguk perlahan-lahan sebagai tanda faham akan kata-kata suaminya itu.

Mata mereka saling bertentangan dan hati mereka menjadi satu. Mary adalah seorang ibu yang berusia 42 tahun dan merupakan penganut agama Kristian Katolik sebelum ini, tetapi setelah masuk agama Islam, dia hendak menukar namanya kerana ada unsur kaitan dengan agama Kristian. Walau bagaimanapun, hajatnya tidak ke situ apabila Ustaz Azizi memberikan pendapat berkaitan dengan pertukaran nama. Ustaz Azizi adalah orang yang membawa Richard dan Mary ke sinar keislaman.

“Ustaz, setelah masuk Islam, saya bercadang untuk menukar nama saya kepada nama-nama Islam.” aju Mary kepada Ustaz Azizi.

“Kenapa kamu bertanya sedemikian? Wahai Mary, tahukah kamu bertukar nama adalah perkara tidak dituntut dalam Islam. Malah ada pendapat mengatakan penukaran nama dan dengan menggunakan nama Melayu atau arab dan menggunakan bin dan berbintikan Abdullah adalah salah. Rasullah s.a.w memiliki anak angkat iaitu Zaid bin Haristha, namun nasab anak angkat tersebut tidak pula dikacau dan tidak berbinkan Muhammad. Hal ini sama juga dengan kemasukkan golongan mualaf dalam Islam dengan pertukaran nama. Islam tidak menggalakkan golongan mualaf menukar nama mereka kerana akan mengalami masalah di Padang Mahsyar” jelas Ustaz Azizi kepada Mary dan Richard.

“Maksud Ustaz, nama saya kekal sebagai Mary Guiterrez dan suami saya Richard Guiterrez?” tanya Mary yang inginkan penjelasan lanjut.

“Ya, itulah yang cuba saya sampaikan. Proses pertukaran nama dari Mary kepada Mariam adalah membawa maksud yang sama. Tetapi Mariam lebih kepada nama arab yang merupakan seorang wanita suci dan juga ibu kepada Nabi Isa a.s. Begitu juga dengan Mary, nama Mary dan Mariam adalah individu yang sama. Begitu juga dengan nama kamu, Richard. Mungkin nama kamu mempunyai maksud yang baik. Yang penting sekarang ini adalah, maksud nama kamu baik dan sedap di dengar. Bukannya menukar nama semata-mata nama kamu bukan nama dalam bahasa Arab. Itu adalah pandangan yang salah.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience