BAB 5
Keadaan menjadi sunyi seketika. Setelah melihat keadaan Richard kembali reda, Mary bangkit dan mematikan siraman pokok lalu melangkah menuju ke arah suaminya. Mary mendapatkan dan memeluk suaminya dari belakang. Tangan kirinya mengusap-usap lengan suaminya dengan tujuan perasaan tidak puas hati Richard terhadap Donald akan beransur reda.
“Abang, Daniel anak kita, Donald pun anak kita. Kedua-duanya kita sayang. Mereka bukan kembar, kalau kembar pun tak mungkin perangai mereka sama. Donald ada kelebihannya, begitu juga dengan Daniel. Walaupun Donald tidak secerdik abangnya tapi dia aktif dan berbakat dalam bidang sukan. Kita sebagai orang tua, perlu memberi sokongan terhadap apa jua yang anak kita lakukan.” jelas Mary dengan nada yang perlahan.
Richard terdiam membungkam, riak wajahnya menampakkan dia sedang memikirkan sesuatu. Mungkin dia memikirkan kata-kata yang diucapkan isterinya sebentar tadi. Tetapi baginya pelajaran lagi penting daripada segalanya. Sikap keras kepala Richard membuatkan dia tidak suka dengan cara hidup yang diamalkan oleh Donald. Sehingga sukar untuk mereka berdua untuk berbincang dan bertentang empat mata. Setelah beberapa saat diam membisu, Richard tidak mengatakan sepatah perkataan. Lalu kakinya mula melangkah dan masuk ke dalam rumah tanpa melihat wajah isterinya. Jelas terlihat raut wajah marahnya terhadap Donald. Dengan sikap Richard yang selalu memarahi Donald, menyebabkan Donald keluar pergi sekolah awal pagi dan hanya pulang ke rumah pada lewat malam. Dengan cara itu, dia dapat mengelakkan dirinya daripada bertembung dengan Richard.
“Anak bapak sama sahaja. Sama-sama degil.” bentak Mary di dalam hatinya sambil melihat suaminya meninggalkannya seorang diri.
* * *
“Dan, turun Dan. Buka pintu, aku terkunci ni. Aku kat luar. Cepatlah, hujan ni, sejuk.” Donald menghantar pesanan ringkas kepada Daniel melalui telefon bimbit. Sebaik sahaja mendapat pesanan mesej tersebut, Daniel bingkas bangkit daripada meja belajarnya dan melangkah keluar untuk membukakan pintu untuk adiknya itu.
Suasanan di dalam rumah pada ketika itu gelap gelita dek kerana lampu dipadamkan, sama ada di ruang tamu atau di ruang dapur. Daniel melangkah dengan perlahan-perlahan, supaya ayahnya tidak sedar Donald baru pulang. Seperti biasa, ayah dan ibunya selalu masuk tidur awal dan Daniel tiap-tiap malam mengulangkaji pelajaran dan Daniel jugalah yang membukakan pintu untuk Donald setiap kali dia pulang lewat walaupun telah ditegah oleh ayahnya beberapa kali. Daniel tidak sanggup melihat adiknya tidur di luar kesejukkan. Walaupun kelakuan adiknya terhadap Daniel agak kasar, teruk dan keras, Daniel tetap menganggapnya sebagai seorang adik yang disayangi. Hanya Donald yang Daniel ada selain daripada ibu dan ayahnya.
Sebaik sahaja Daniel mengambil kunci pintu pagar daripada kotak kunci yang terdapat di dinding tangga, cahaya neon pantas menyimbahi ruang tamu. Daniel sedikit terkejut apabila lampu bernyala, disangkakan dia tertekan suis lampu. Sebaik sahaja lampu bernyala, Daniel melihat kelibat ayahnya berdiri terpacak di badan tangga. Sangkaan Daniel bahawa ayahnya telah masuk tidur seperti hari-hari sebelumnya meleset kerana pada hari tersebut Richard terlalu marah dengan sikap Donald yang tidak pernah berubah walaupun telah beberapa kali diberi amaran keras. Richard dengan wajah yang garang dan ganas, membuatkan Daniel terkejut dan terpaku. Keadaan di luar hujan lebat, dan bimbang adiknya kesejukkan dan akan demam. Lalu Daniel cuba meminta Richard untuk memaafkan adiknya.
“Ayah, kat luar hujan. Benarkanlah Donald masuk. Kesian dia ayah, nanti dia demam” rayu Daniel. Richard berdiam diri dan wajahnya hanya kaku seperti mayat.
“Ayah tak kesiankan Don ke? Dan tahu, walaupun Don banyak buat ayah marah, tapi semuanya sebab ayah” kata-kata Daniel membuatkan Richard berubah wajah. Matanya yang tepat memandang tajam ke arah dinding, diubah haluannya ke arah wajah Daniel. Richard kehairanan kerana Daniel berkata sedemikian. Kerut wajahnya menenggelamkan tegang wajah amarahnya sebelum ini.
“Apa maksud Dan?” Tanya Richard dengan suara yang keras sehingga menyebabkan Mary yang nyenyak tidur, tersentap dan bangun. Dilihat Richard dan Daniel sedang bertentang mata. Setelah melihat suasana begitu tegang, Mary segar dari mamai tidurnya.
“Ada apa ni? Abang? Dan?” tanya Mary sambil melangkah menuju ke arah tangga. Tanganya di gosok ke mata untuk menyegarkan ngantuknya.
Suasana menjadi tegang menyebabkan semuanya terdiam membisu sehingga keadaan Donald di luar kehujanan dilupakan seketika. Mary cuba mendapatkan perkara yang sebenarnya berlaku tetapi Richard memandang tajam ke arah Daniel sambil menunggu jawapan daripada percakapan yang diujarkan Daniel sebentar tadi. Daniel hanya tunduk diam membisu dan matanya dipejamkan dek kerana ketakutan.
“Apa maksud Dan?” Richard mengulangi kata-katanya setelah Daniel diam seribu bahasa. Kakinya melangkah menuju ke arah Daniel.
“Apa maksud Dan?” diulangi oleh Richard sambil memegang lengan dan mengoyangkan tubuh Daniel untuk mendapatkan jawapan.
Raut wajah Mary jelas menunjukkan perasaan kehairanan. Mary tidak tahu Doland kehujanan di luar kerana Mary baru sahaja terbangun daripada tidur. Dahinya cuba dikerutkan, dan bibirnya di kemamkan. Kedua-dua tangannya disilangkan ke dada, sambil mengosok di bahagian lengan dengan tujuan untuk menghangatkan tubunya dek kerana kesejukkan hujan pada pagi itu. Jam di dinding telah menunjukkan pukul 1.30 pagi dan ini bermakna telah 30 minit Donald kesejukkan di luar. Richard tetap berkeras untuk tidak membenarkan Donald masuk dan menghalang Daniel daripada membuka pintu pagar.
PANGGG!!
satu tamparan hinggap di pipi Daniel. Mary terkejut dengan tindakan suaminya. Dia berlari dan mendapatkan Daniel lalu memeluknya.
“Apa abang buat ni?” jelas Mary dengan nada yang keras.
“Tanya pada anak awak sendiri” balas Richard. Mary memeluk erat Daniel sambil bertanyakan perkara yang sebenar.
“Cuba bagi tahu ibu, kenapa ni?” Tanya Mary. Namun Daniel hanya berdiam.
“Kenapa diam? Sekarang Dan pun nak kurang ajar sama dengan Don.” Suara Richard terdengar sekali lagi.
“Dan diam pun ayah cakap kurang ajar, nanti Dan cakap pun ayah cakap kurang ajar juga.” Balas Daniel setelah lama membisu dengan nada yang keras.
“Kurang ajar!” Richard cuba mengangkat tangannya dan menampar Daniel sekali lagi. Tetapi dihalang oleh Mary.
“Dan tak suka cara ayah memperlakukan Don seperti itu.
Don berubah sebab ayah, Don balik lewat sebab ayah, Don ponteng kelas sebab ayah.Ada ayah fikir semua tu?” balas Daniel dengan nada yang keras dan tersekat. Tangannya dihalakan ke arah Richard. Richard hanya terdiam membisu sebaik sahaja anaknya, Daniel meninggikan suara dan menyalahkannya. Mary pula mula menitiskan air mata, tanganya masih lagi memeluk Daniel.
“Ayah, Dan dan Don orang yang berbeza dan kami bukan kembar ayah. Dan cuma nak ayah faham Don, ayah faham Dan, ayah faham anak-anak ayah. Itu je. Don memberontak sebab ayah selalu mencari kesalahan Don, kebaikan dan kelebihan yang ada pada Don sikit pun ayah tak lihat.Memang Don tak secerdik Dan, tapi tak boleh ke ayah berbangga dengan Don dalam sukan bowling. Semua orang puji dia, kawan-kawan, jiran tetangga, tetapi nak dapat pujian daripada ayah sendiri sikit punya susah. Ada ayah fikir tu?” sambung Daniel yang masih dalam pelukkan Mary. Suara tangisan Mary jelas kedengaran semakin kuat.
Richard hanya terpaku membisu, mulutnya dikemam dan matanya mula berubah pandangan.
Dari pandangan yang tajam berubah kepada pandangan yang sayu. Richard mula berfikir panjang.
Setelah tidak puas hati terhadap sikap Richard, Daniel meminta ibunya melepaskan pelukkan dan melangkah menuju ke arah pintu.
Sebaik sahaja pintu dibuka, kelibat Donald tidak lagi terlihat di hadapan pintu pagar. Daniel mula menoleh ke kiri dan ke kanan, namun tidak terlihat juga kelibat adiknya itu.
Hatinya mula rungsing dan gelisah lalu dia berlari dalam hujan dan mencari adiknya di simpang jalan di hadapan rumah dengan harapan Donald masih tidak jauh berjalan dari rumahnya. Mary berlari ke halaman rumah sambil melihat Daniel berlari dalam hujan.
Share this novel