POTRET FAMILI
Oleh: BELLYTEGUH
BAB 1
PENDAHULUAN
AKU DEDIKASIKAN KISAH INI BUAT MAMA, ARWAH BAPA, ADIK BERADIK YANG LAIN JUGA BUAT SEKALIAN MANUSIA DI DUNIA. SELAMA MANA KAU MASIH BERNAFAS, SAYANGILAH KEDUA ORANG TUAMU DAN BEKASIH-SAYANGLAH DENGAN KELUARGAMU. KAU TAKKAN TAHU MAKNA KEHILANGAN SEHINGGALAH MEREKA SUDAH MENJADI MEMORI.
12 Disember 2009, satu tarikh keramat bagi Daniel yang tidak mengharapkan kehadiran tarikh itu walau sesaat menjelma. Ibu dan ayahnya bergembira kerana tahun ini baru dapat balik ke kampung setelah hampir 20 tahun tidak pulang. Daniel dan adiknya, Donald dibesarkan di Malaysia dan tidak pernah menjejakkan kakinya dikampung halamannya, Filipina. Ibunya, Mary dan ayahnya Richard telah berpindah dan berhijrah ke Malaysia dan membina kehidupan yang baru, setelah suatu ketika dahulu keluarganya menghadapi kesulitan dan kesengsaraan hidup. Ayah dan ibunya juga terpisah daripada adik beradik mereka, ada yang berhijrah ke Jepun, Brunei, Singapura dan Eropah. Akibat kekurangan tabungan dan modal, mereka tidak bertemu sekian lama. Dan setelah berkesempatan dan memiliki tabungan yang mencukupi, Mary dan Richard mengambil keputusan untuk menyambut Krismas di Filipina disamping melepaskan kerinduan dua puluh tahun terhadap ibu, bapa dan sanak saudara yang lain.
Pada awal usia perkahwinan ibu dan ayahnya, kehidupan mereka di Malaysia sangat daif dan sengsara dek kerana mereka dianggap sebagai pendatang asing walaupun mereka mempunyai pasport dan pengenalan perjalanan yang sah. Berhujan panas, berdepan dengan segala cabaran, dari satu tangga ke satu tangga, dari dasar hingga ke atas awan, semuanya bermula daripada bawah dan dari langkahan yang pertama.
Kejayaan dalam perniagaan ayah dan ibunya ini adalah hasil usaha keras mereka sendiri. Jarang sekali, pendatang asing berjaya membina kejayaan di Malaysia. Semua ini berkat usaha dan sokongan daripada kedua-dua anaknya yang tercinta.
Daniel bermain dengan perasaannya, di dadanya penuh dengan tanda tanya dan persoalan. Tali yang disimpulkan ibu dan ayahnya tidak dapat dileraikan dengan tenang.
Adakah keluarganya di Filipina tahu bahawa ayah, ibu, dia dan adiknya telah memeluk agam Islam setelah beberapa tahun menetap di Malaysia.
Semuanya dirahsiakan daripada pengetahuan keluarga di Filipina kerana takut akan dimarahi dan mendapat tentangan hebat daripada mereka. Akibat perbezaan agama, mereka takut akan dipinggirkan dan dipulaukan.
Share this novel