BAB 6
Richard hanya mampu terdiam dan membisu, lalu terduduk di atas lantai. Air matanya mula mengalir, dan timbul seribu penyesalan. Dia tidak sangka selama ini apa yang dilakukan untuk kebaikan anak-anaknya adalah perkara yang tidak sepatutnya dilakukan dan terlalu memaksa anak-anaknya tanpa bertanya minat dan pandangan Donald dan Daniel terlebih dahulu.
Titisan air mata Richard mula membentuk, bebola matanya mula kemerah-merahan.
Mukanya yang bengis berubah wajah dek kerana kata-kata Daniel. Richard menyesal tak sudah dengan perlakuannya selama ini.. Dia tidak sangka, dia terlalu mengawal perlakuan anak-anaknya.
Richard amat menyayangi Donald dan Daniel, semua yang dilakukan untuk masa hadapan Daniel dan Donald.
Sedesir pasir di padang pasir, sejernih air dikali, sedingin salju di utara, tidak seindah yang diduga dan dikira.
Satu coretan hidup yang ingin dibentuk oleh Richard tidak diterima oleh anak-anaknya. Kisah hidup dan persekitaran yang berbeza membuatkan Richard jatuh tersungkur kehampaan. Dirinya terumbang dilanda badai gelombang tsunami yang dahsyat, terlalu dirinya berasa bersalah kerana mengecewakan anak-anaknya terutama Donald.
Takdir hidup yang dia tulis untuk anak-anaknya tidak diterima malah semua itu kehendak Yang Esa. Sejuta air mata, seribu kemaafan dan seratus kali dia bersedih belum tentu semua itu terurai dan terbongkar dengan selesa.
Rambut yang ditarik dalam tepung secara perlahan-lahan akhirnya bertaburan jatuh menghujani bumi.
Setelah mendengar ungkap bicara Daniel yang sepanas lava berapi membuatkan Richard sedar dan terduduk di muka pintu. Tersandar sambil matanya dipejam dan dibuka kembali. Hatinya tertanam semua kekesalan yang dirasainya.
Mary yang masih tercegat di luar sambil lirik matanya menemani kelibat Daniel yang berlari dalam hujan mengekori Donald yang hilang beredar.
“Abang! Abang! ” suara Mary kuat kedengaran sebaik sahaja melihat suaminya terduduk di atas lantai sambil menangis. Dia terus berlari dan mematikan penglihatannya terhadap Daniel.
Hatinya mula bersantun dengan tangisan, kata-kata yang diujarnya penuh dengan kelemahan bicaranya. Mendung wajah suaminya ditatap, menambah duka yang terperosok di sudut sukma.
“Aku dah buat salah, aku dah buat salah.” teriakan Richard. Mary mendapatkan suaminya itu dan memeluknya sekuat mungkin. Kekesalan jelas terpancar di sebalik mendung wajah Richard. Air matanya tidak berhenti berjurai menghujani lantai mamar. Teriak rengek tangisannya, menyelimuti segenap inci ruangan rumah.
Saat dituai kesedihan dan tangisan, Mary merapatkan dirinya.
“Abang dah buat salah, abang banyak buat salah pada anak-anak kita. Abang minta maaf. Abang bukan ayah yang baik” kekesalan Richard. Dia memeluk isterinya seerat mungkin.
“Abang, semua manusia pernah buat silap. Tetapi masih ada jalan untuk memperbetulkannya. Mary yakin, Dan dan Don akan memaafkan abang. Tak terlambat abang nak minta maaf. Lagipun, beberapa hari lagi kita akan pulang ke kampung dan kita mulakan suasana baru di kampung sebelum kita pulang ke Malaysia” kata-kata Mary untuk menenangkan suaminya itu. Dia meyakinkan Richard dengan satu nada kata yang bermakna.
“Mungkinkah ada kesempatan untuk aku mengubah semua ini. Ya Allah, berikanlah aku petunjuk dan jalanMu. Janganlah Kau bawa aku jauh dari kesalahan yang telah aku lakukan. Berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini” desir-desir Richard di dalam hati.
Apa yang digenggam dalam kehidupan ini terpaksa dileraikan dek kerana sayang akan anak-anaknya. Sikapnya terlalu tegas dan mengongkong mungkin menyebabkan Donald memberontak.
“Terima kasih Mary. Abang nak cari Don dan Dan sekarang juga. Nak minta maaf.” Sambung Richard sambil menyeka sisa air matanya. Richard terus berlari keluar mencari Donald dan Daniel dalam hujan. Langkah Richard diekori oleh Mary.
Share this novel