BAB 11

Romance Completed 2601

Dungun? Siapa..Amirul ? Haa..? Sungguh..dia rasa amat terkejut jika betul apa yang difikirkan itu betul.

” Angah keluar yea..kawan angah juga ada…”

Dia mengangguk. Amirul …rindunya dia pada wajah yang penuh dengan ketenangan tersebut. Dicapainya tudung yang tersangkut di balik pintu bilik. Dia kuatkan semangat untuk berhadapan dengan Amirul yang sudah tidak ditemui sejak tiga bulan yang lalu. Ingatkan Amirul telah lupakanya…lelaki sebaik itu..layakkah aku Ya allah? ” Angah kenal dia..?”

Perlahan suara atuk bertanya sebaik dia melabuhkan duduk. Dia tidak tahu apa pandangan ibu dan atuk padanya selepas ini. Belajar tidak habis lagi tetapi sudah berani mengajak pemuda datang ke rumah. Dia berdoa, tidak ada amarah daripada ibu atau atuk… Dia menggangguk. Pandanganya bertembung dengan panahan mata Amirul.

” Angah berkawan dengan dia ?”

Atuk masih lagi menyoal. Terasa aneh apabila dia disoal begitu..ibu memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk dia tafsirkan.

” Saya rasa jawapan itu sudah cukup untuk membuktikan yang Amirul dan Salihah saling mengenali…sebagai wakil keluarga Salihah..saya menerima perminangan ini..”

Jantungya berhenti berdengup. Pendanganya terasa kabur. Amirul meminangnya? Dijadikan isterinya?aku dipilih Amirul ? Dia melihat Amirul menadah tangan tanda syukur. Ibu memeluknya erat.

Seketika dia melihat ada airmata dalam mata ibu Amirul ….

Tangannya terasa seram sejuk. Duduknya serba tidak kena. Sikat yang dipegang seperti tidak terasa. Sesungguhnya hatinya gundah. Baru sebentar tadi Amirul melafazkan kalimat yang begitu agung bagi dirinya..dirinya telah sah menjadi milik Amirul setelah setahun mengikat tali pertunangan. Dia berterima kasih kepada bekas pensyarahnya..encik Nabil kerana telah banyak menolong dalam perhubungan mereka. Dia mengesat perlahan airmata yang tumpah… Ayah..aku dipertemukan dengan insan seperti dirimu..terima kasih ya allah..dia memanjatkan rasa syukur….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience