BAB 3

Romance Completed 2601

” kenapa cik senyum?”

Haa? Sekali lagi dia terkena kejutan eletrik..eh..kenapa ngan mamat ni? Dia perhatikan aku ke… ” tak boleh ke saya senyum? Ini mulut saya kan?”

Dia bersuara sinis. Pemuda disebelahnya seakan terkejut. Teruk sangat ke bahasa aku? Ish..tetiba perasaan bersalah mula menguasai diri. Kenapa ngan aku? Bukankah dia bertanya dengan cara yang paling terhormat?

Mungkin menyedari yang dirinya agak dingin, pemuda tersebut hanya diam membisu dan memejamkan mata. Dia masih lagi dikuasai oleh perasaan bersalah yang tidak henti menghantui diri. Emm..sampai kat kedah nanti aku akan meminta maaf..dia berjanji ngan diri sendiri. Dia menoleh pada pemuda di sebelahnya yang sudah terpejam atau jua sudah terlena.

Maklumlah perjalanan akan mengambil masa yang agak lama dan meletihkan.

Seketika dia mengerutkan dahi..macam pernah dilihat wajah tersebut tetapi dia tidak tahu dimana mereka pernah berjumpa. Ah! Lupakan sahaja..

Entah bila dia terlelap, dia sendiri tidak sedar….

” Cik..bangun..”

Dia terpisat-pisat apabila terdengar ada suara yang memanggil. Hanya suara yang memanggil tanpa ada pergerakan tangan yang menyentuhnya.

” Kita dah sampai mana?”

” Lagi dua jam kita sampai..sekarang kat Sungai Petani. Jom la turun, kita pergi solat subuh”

Seusai menyudahkan ayat tersebut, pemuda itu terus bangun dan meninggalkanya yang masih lagi termangu-mangu. Lambat-lambat dia bangun, kepalanya terasa pening kerana dikejutkan secara tiba-tiba. Dia mengambil telekung yang berada dalam beg dan melangkah turun dari bas.

Kesejukan amat terasa apabila jernih air menyentuh tubuhnya…aku bersyukur ya allah..kerana masih memberi aku peluang untuk menghadapmu dan memohon kekuatan daripadamu…..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience