BAB 12

Romance Completed 2601

Seketika dia terdengar seperti daun pintu ditolak dari luar. Dia tidak mampu untuk memandang, dia tahu itu adalah Amirul..lelaki yang akan diletakkan sebagai insan istimewa dalam hatinnya..dia berjanji akan menjadi isteri yang baik untuk Amirul … ” Assalamualaikum..”

Dia hanya diam.

” Tak akan marah kat abang kot..jawab salam dalam hati..”

Dia tersenyum.

Amirul menyentuh perlahan dagu Salihah. Mahu melihat sinar mata wanita yang seringkali mengamit rasa rindu yang mendalam…dia mengucup perlahan dahi itu. Perlahan-lahan tangan lembut itu disentuh. Terasa dingin dan sejuk..

” Terima kasih sayang..kerana sudi menjadi isteri abang,,sudi berkongsi kasih sayang dengan abang..”

Aimata yang ditahan tadi mengalir jua. Dia mengemgam erat tangan Amirul.

” Terima kasih juga untuk abang kerana tidak pernah menyentuh Salihah sepanjang kita bertunang. Abang meletakkan Salihah sebahagian daripada wanita yang hanya disentuh oleh insan yang bergelar suami…”

Amirul menyapu perlahan airmata yang tumpah pada pipi Salihah …perlahan-lahan tubuh itu dirangkul kemas. Terasa seperti tidak mahu dilepaskan lagi..indahnya kurniaanmu ya allah..mengurniakan aku seorang wanita sebaik ini. Yang tidak jemu-jemu mengingatkan aku sebagai seorang muslim sejati..sentiasa memandang aku sebagai insan yang perlu dihormatinya..yang tidak segan silu bertanya tentang agama, yang beruasaha untuk meningkatkan rasa cintanya kepadamu..aku monon ya allah..kekalkan rasa cinta suci ini di hati kami..sampai akhirnya… ” Semoga Salihah permaisuri hati abang di dunia..jua akhirat….”

Salihah hanya mengangguk..itu juga doanya siang dan malam…..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience