BAB 6

Romance Completed 2601

Irama nasyid daripada lagu in-team yang berkumandang daripada talefon bimbitnya menandakan ada panggilan masuk. Seketika, ketenangan yang bertamu di hati sedikit terganggu…dia mengintai pada skrin talifon..pelik! tidak ada nama di situ..

” Assalamualaikum..”

Tidak sempat dia bertanya siapakah gerangan yang memanggil…salam telah diberikan. Dia terkaku di situ..suara itu! ” Waalaikumussalam..”

Dia menjawab perlahan. Amirul …mana mungkin suara itu akan dilupakanya.

Pemuda misteri yang dikenali dalam bas..perjalanan untuk kembali ke kampus ini… ” Saya mengganggu Salihah ke?”

Seperti biasa…Amirul penuh dengan sifat hormat yang tinggi kepada orang lain. Sedikit sebanyak kehadiran Amirul berjaya mengusik fikiran..

” Iya..awak telah mengganggu saya mengelamun..”

Dia berterus terang. Entah mengapa sejak ayat yang dikeluarkan oleh Amirul yang sama dengan kata-kata ayahnya, dia tidak lagi mampu untuk membohongi pemuda tersebut. Terasa yang dia perlu menghormati Amirul..dia tidak tahu mengapa. Mungkin disebabkan rasa kagum terhadap keperibadian yang ditonjolkan… ” Mengelamun adalah perkara yang disukai syaitan..kenapa tidak diisi dengan berzikir..”

” Saya tidak sebaik awak..hidup saya sentiasa alpa kepada allah…”

” Itu sebabnya saya selalu mengingatkan…”

Salihah tersenyum..namun dia sedar senyuman tersebut didak akan dilihat oleh Amirul..kekadang dia terasa pelik, kenapa orang sealim Amirul sudi berkawan dengannya yang cukup lemah dalam beragama. Dia seorang gadis yang masih terlalu lemah tentang agama dan perlu dipelajari…kekadang dia rasa bersalah yang teramat…dia seringkali menangis dan hampa apabila pointer yang diterima setiap sem tidak seperti yang diharapkanya..tetapi dia tidak pula terlalu sedih apabila dia tidak berjaya untuk menghafal doa-doa yang agak pangjang seusai menunaikan solat… Ya allah..ampunkan aku dan teruslah tunjukkan jalan yang lurus buat hambamu yang lemah ini..dia beristighfar dalam hati…

” Saya mahu jumpa awak..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience