BAB 5

Romance Completed 2601

” Emm..ingatkan Zulaiqkha tak mahu tahu nama saya..”

Agak perlahan ayat itu diluahkan. Berkecil hatikah? Dia menyoal dalam hati.

” Zairul Amirul …Salihah boleh panggil saya Ams..”

” Ams? Macam pelik je..”

Nah..mulutnya yang tidak ada insurans sekali lagi mengeluarkan ayat yang bisa membuatkan sekeping hati terguris tetapi dia melihat ada riak senyum pada wajah itu..lega…dia menarik nafas lega.

” Salihah nak pergi ke mana ni..beg besar..lari dari rumah ke?”

Haa?dia membulatkan mata tanpa sedar.

” Saya dihalau…”

Kali ini mata Amirul pula yang terbeliak. Boleh tahan minah ni..nampak sopan dan ayu tetapi dasyat jugak..dia berkata-kata dalam hati..

” Awak percaya?”

Dia menduga apabila melihat pemuda itu tidak lagi bertanya.

” Saya tidak pandai untuk menilai seseorang itu bercakap benar atau tidak..Cuma saya sentiasa berpegang pada satu perkara..selagi saya ikhlas menyatakan yang benar, saya pasti allah akan tunjukkan yang benar buat saya..Cuma lambat atau cepat sahaja..”

Ya allah…apa yang kau mahu tunjukkan pada aku? Ayat itu! Sama seperti apa yang selalu diungkapkan oleh arwah ayah… Sudah dua hari kelas bermula. Sudah dua hari juga dia menggung rindu yang amat sarat kepada arwah ayah..tidak lupa setiap kali wajah ayah berlayar di ruang mata, dia pasti akan sedekahkan al-fatihah..ya allah, semoga roh ayah ditempatkan bersama insan-insan yang beriman… Dia memandang sepi buku rujukan yang baru dibeli di Mall kolej beberapa jam yang lalu…pandanganya tumpah pula pada sekujur tubuh yang telah lena di katil sebelah. Semoga lenamu ditemani mimpi yang indah-indah Mardiah…dia bersyukur, bersyukur kerana dikurniakan teman yang sebaik Mardiah..sentiasa ada dalam susah atau senang… ” kamar hatiku sekian lama..suram dan sepi kekosongan..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience