BAB 1

Romance Completed 2601

Perpisahan. Kehilangan. Dua hal yang amat menyakitkan sekiranya berlaku dalam kehidupan seharian. Namun, siapa kita untuk melawan takdir yang telah ditetapkan. Kita hanya mampu merancang tetapi hanya tuhan yang tahu segalanya tentang percaturan yang telah dibuat.

Kekuatan diri seakan melayang dan terbang dibawa angin yang tidak jemu-jemu menjenguk diri…tidak tahu hadirnya untuk menemani atau boleh jua hadirnya seakan mahu menambahkan lagi kesedihan yang sedia ada di jiwa… Pergerakan tanganya terhenti di situ apabila dia terdengar ada satu suara halus memanggil dari luar bilik.

Dia menjenguk sekilas apabila menyedari derapan kaki insan kesanyanganya semakin menghampiri.

Dipandangnya wajah yang menyimpan kedukaan dan kekuatan itu tanpa jemu..mahu mengambil sedikit nilai ketabahan dan kekuatan yang ada pada dalam diri ibu agar dirinya juga bisa tersenyum walaupun jelas senyuman yang dilemparkan tidak lagi semanis dulu.

Air mata yang cuba ditahan akhirnya mengalir jua apabila tangan ibu sudah mula memegang bahunya, dia tahu dirinya tidak kuat untuk menghadapi apa yang telah ditetapkan buatnya sekeluarga…serasanya air mata ini tidak jemu untuk mengallir walaupun telah banyak yang telah ditumpahkan.

Kenangan demi kenangan yang menggamit hati dan perasaanya membuatkan hatinya bertambah pilu..sukar untuk menerima hakikat bahawa lelaki yang paling disanyanginya dalam dunia ini telah pergi meninggalkanya…untuk selamanaya..

” Angah..arwah tidak pernah tinggalkan kita..segala pesanan dan kenangan yang ditinggalkan adalah peneman kita selagi hayat dikandung badan. Biarlah arwah pergi jika itu yang terbaik untuknya. Kita semua akan pergi angah..tapi,kita tidak tahu bila waktunya. Ibu nak angah beli tiket..teruskan perjuangan angah di sana..ibu tak mahu angah terus bersedih dan melupakan impian angah. Ibu percaya, arwah juga mahu tengok angah berjaya menggemgam segulung ijazah…”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience