BAB 2

Romance Completed 2601

” angah tak tahu ibu..Cuma seminggu lagi pendaftaran akan bermula, jiwa angah masih lemah..macammana angah nak fokus kalau hati dan perasaan angah tidak tenteram?”

Dia bersuara dalam esak tangis yang ditahan. Kalu boleh, dia mahu menemani ibu di rumah ini.

Dia mahu terus mengingati setiap kenangan yang ada dalam rumah ini untuk mengubat kerinduan pada arwah ayah yang selalu menjenguk di pintu hati…dia rindu, dia pilu..itu yang dirasakan pada saat ini.

Serasanya dia lansung tidak ada kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa pengajian yang masih tinggal satu semester.

Jiwanya terlalu sakit! ” angah perlu kuat..ibu perlukan kekuatan angah untuk diri ibu..angah tahu tak, dalam diri angah ada banyak keperibadian arwah..sebab itu ibu mahu angah terus melangkah..terus menggapai cita-cita angah sebab ibu tahu angah seorang yang kuat macam arwah..”

Dia menggemgam kuat tangan ibu..mampukah aku ya allah….

Dia memandang ke luar bas..perjalanan akan mengambil masa selama lapan jam untuk dia sampai ke Shahab, stesen bas Alor Setar. Matanya dipaksa untuk pejam tetapi tidak boleh.

Mindanya berserabut dengan pelbagai persoalan yang mengasak akal fikiran. Dia tidak tahu samada tindakan yang diambil untuk kembali ke Universiti Utara Malaysia dan meneruskan pengajian yang terhenti selama dua bulan kerana cuti semester adalah satu tindakan yang tepat.

Ini semua permintaan keluarga dan dia harus mematuhinya, dia berdoa agar allah permudahkan segala usaha dan tidak lupa memberikan kekuatan kepadanya…

” Cik..boleh saya duduk sebelah cik?”

Dia tersentak apabila disapa oleh satu suara yang amat aneh diperdenganya. Dia hanya menggangguk. Aik? Tak kan nak duduk kena mintak izin ngan aku? Bukan aku anak tuan bas ni..dia tersenyum sendirian.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience