BAB 7

Romance Completed 2601

Ayat itu terlalu perlahan diluahkan. Hampir tidak kedengaran di perdengaranya…dia terkejut yang amat sangat. Tidak tahu perasaan apa yang dialaminya saat ini..gembira atau terharu? ” Kenapa…?”

Dia juga bertanya perlahan. Serasanya dia sendiri sukar mempercayai apa yang berlaku sekarang…seorang insan seperti Amirul mahu berjumpa denganya? ” Sebab awak ditakdirkan untuk saya..insya-allah…”

Terdengar ada nada ketawa dalam ayat yang diluahkan. Entah kenapa hatinya terasa sedikit terkilan apabila ayat tersebut diluahkan bersama dengan nada gurauan… ” Awak ni..betul-betul la..saya tak suka awak main-main..”

Terasa?merajuk? entah apa yang bermain dalam hatinya saat ini..ish..tidak mungkin aku jatuh cinta sesingkat ini? Pulak tu dengan insan misteri macam si Amirul ni..tidak mungkin! Aku dan dia jauh panggang dari api…sekali dia beristighfar dalam hati… ” Esok petang saya jumpa awak di kafe..saya ada benda nak bagi kat awak..ok la Salihah, saya permisi dulu..Assalamualaikum”

Klik! Talian sudah dimatikan tanpa sempat dia menjawab salam seperti biasa. Kenapa dengan Amirul ? Dia meletakkan talefon perlahan-lahan di sebelah buku motivasi yang sentiasa menjadi temannya sejak bertahun yang lalu..’ Don’t Be Sad..’ satu buku yang dia kira patut dimiliki oleh semua orang.

Jumpa Amirul esok? Emm….

Dari jauh sudah kelihatan sebuah senyuman yang cukup manis daripada Amirul. Emm..si Amirul ni tak reti bermuka masam ke? Dia menyoal pelik… ” Assalamulaikum Salihah yang suka berkerut muka!”

Dia hanya menarik muncung. Panjang sedepa… ” Kenapa lambat?”

” Jawab salam saya dahulu.”

” Kalau tengah marah, saya akan jawab salam dalam hati..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience