BAB 9

Romance Completed 2601

Hanya itu yang dia dengar daripada mulut Amirul kerana dia telah berlalu tanpa sempat untuk mengambil bungkusan yang diberikan oleh Amirul.

Airmata yang ditahan seakan mahu menitik. Aku tidak layak untuk insan sebaik kau Ams…masih ramai yang akan menanti cinta kau Ams, dan pastinya bukan gadis seperti aku….

Amirul diam membisu. Matanya tidak lepas daripada memandang pada skrin talefon…berdoa agar ada panggilan atau message daripada gadis yang telah berjaya membuka pintu hatinya…telah seminggu tiada perkhabaran daripada gadis tersebut. Tidak dapat menipu dirinya sendiri..dia diserang rindu yang mendalam terhadap Salihah..dan hari ini telah genap lima hari dia berpuasa..agar rindunya bisa hilang… Ya allah..jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padamu..agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu… Ya muhaimin, jika aku jatuh hati..izinkalah aku menyentuh hati seseorang yang tertaut hatinya padamu agar tidak aku terjatuh dalam jurang cinta nafsu….

Ya rabbana..jika jatuh hati, jagalah hatiku agar aku tidak berpaling daripada hatimu..

Ya rabbul izzati..jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid ke jalanmu… Tanpa sedar ada airmata jernih yang mengalir di pipinya… Dia mengusap perlahan wajahnya… ” Kenapa dengan kau Ams…”

Ada suara menegur perlahan. Dia tersenyum dalam keterpaksaan.

” Salihah mengelak diri dari aku. Aku tak tahu kenapa..”

Dia meluahkan apa yang terbuku di hati pada seorang sahabat yang sudah bertahun dikenalinya, sejak mereka sama-sama belajar di Mesir. Sekarang, sahabatnya itu adalah salah seorang pensyarah Salihah. Dia juga telah mendapat pekerjaan sebagai tutor sementara di Universiti ini atas pertolongan sahabatnya itu. Banyak perkara yang dia tahu tentang Salihah daripada Nabil..sahabatnya itu. Salihah..gadis yang penuh dengan emosi..suka marah-marah dan melawan cakapnya..Salihah yang baru kehilangan ayah..Salihah yang manis! ” Dah sah-sah yang kau ni angau…kau dah cakap kat dia yang kau mengajar kat sini? Aku tengok dalam kelas dia tak bersemangat lansung. Tidak seperti seorang pendebat universiti…dah sebulan keadaan dia macam tu..aku takut dia tak dapat menghabiskan semester ni dengan cemerlang…”

” Dia ada bagitahu kau apa-apa tak pasal aku?”

Nabil hanya ketawa. Salihah tidak terlalu rapat dengan pensyarah lelaki. Dia banyak tahu tentang Salihah juga daripada rakan sejawatnya..Amirah..

Dari semalam Amirah asyik mengusiknya..banyak sangat nak tahu tentang Salihah..dikatanya aku nak menambah kouta..ish….

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience