BAB 4

Romance Completed 2601

Dia menadah tangan..memohon keampunan daripada allah..dia tahu yang dia masih banyak kekurangan dalam membentuk diri menjadi seorang muslimah sejati. Dia hanyalah seorang insan yang lemah, yang tidak jemu melakukan kesalahan, jua terkadang lupa untuk mengucapkan syukur…terasa kerdilnya diri tika menghadap tuhan dengan hati yang ikhlas.

Setelah selesai bersolat, dia bergerak untuk meninggalkan masjid yang terletak di Sungai Petani. Seketika kakinya berhenti melangkah apabila terpandangkan wajah pemuda tersebut yang tersenyum memandangnya dengan pandangan yang sukar untuk dia tafsirkan. Dia hanya membalas sedikit dan dengan cepat bergerak ke tangga bas yang sedia menanti.

” Boleh saya tanya soalan?”

Dia hanya menggangguk.

” Siapa nama cik?”

” Salihah …Anis Nur Salihah..”

Dia memandang wajah pemuda tersebut yang nampak tenang. Terasa damai apabila wajah itu tidak lokek untuk terus sedekahkan sebuah senyuman..manis lak tu! Ish..sampai ke situ lak aku terfikir..tanpa sedar dia tersenyum.

” Haa..kan manis kalau Salihah senyum. Nampak cantik..janganlah selalu berkerut muka, nanti cepat tua”

Kedengaran ikhlas kata-kata tersebut. Kenapa dengan aku? Selama ini cepat sahaja melenting kalau orang yang tidak dikenali memandai untuk memberi komen kepadanya.

” Saya nampak tua ke?”

Entah kenapa ayat itu pula yang terkeluar daripada mulutnya. Pemuda yang tidak tahu nama tersebut ketawa tetapi tidak keterlaluan.

” Nampak tua..tapi bukan sekarang..mungkin 20 tahun akan datang..”

Ish..loyar buruk pulak mamat ni… ” Apa nama awak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience