Bab 5

Romance Completed 6311

'Cantiknya Nekmah jahit' desisnya sebaik saja melihat gaun putih diperbuat dari kain sutera itu disangkut dalam almarinya.

"Nek !" laung Alysha sambil menuruni anak tangga.

"Cantik lah Nekmah jahit macam fashion designer pulak " puji Alysha sambil mengambil tempat di sebelah Nekmah yang menikmati permandangan petang di tepi kolam.

"Dulu masa kat kampung , Nekmah ambil upah jahitan. Baju raya , tunang , kahwin semua Nekmah buat."

"Ouhh tak sangka pulak Nekmah memang pro ."

Nekmah ketawa kecil. Seingatnya , Alysha egan pulang ke kampung selepas berusia 14 tahun. Dan sejak itu , Alysha sudah pandai memonteng sekolah dan mencuri. Amukan papanya sudah tidak berguna , mungkin Alysha terpengaruh rakan sebaya di bandar. Akhirnya Nekmah mengeluh kecil , disebabkan Kakyam juga hubungan antara mereka semakin jauh. Alysha dituduh atas sikap curang suami Kakyam. Haihh...

Melihat Nekmah yang sedang termenung itu , Alysha terus melangkah ke bilik nya semula.
.

.

" Alysha , bukak pintu ni kejap " pinta Nekmah mengetuk pintu bilik Alysha ni. "Nekmah nak ke masjid ada ceramah ustazah afiqa. Sekarang pukul 6.30 petang , Nekmah mungkin balik pukul 8 malam. Lama juga tu , Alysha ok ke duduk sorang - sorang ? " soal Nekmah hanya untuk memastikan Alysha benar - benar selamat dirumah.

" Ye nek , pergi je lah . " ni yang taksuka ni , nak ke masjid lah apelah sibuk mengajak orang bisik Alysha sendiri.

" Kalau macam tu oklah , duduk rumah je tau " pesan Nekmah lalu mencuit hujung hidung Alysha.

Sebaik saja Nekmah dan Kakyam meninggalkan kawasan rumah. Alysha apalagi...

" Hello babee ! Ziera kau kena tolong aku , papa mama aku pergi Singapore , diaorang jemput Nekmah dan Kakyam untuk pantau aku sekaran-"

" Eh hei hei slow down lah sikit , apa kalut teruk kau ni cuba cerita elok - elok." terhenti kata - ksta Alysha apabila Maiziera memotong.

" Eish kau ni , senang cerita aku nak kau amik aku. Kita lepak cafe tempat biasa . Boleh ? "
" Okay , lagi 15 minit macam tu aku sampai. Kau jangan siap lama sangat. " talian terus diputuskan.
.

.

" Ziera... apa aku nak buat. Aku sure sangat - sangat lepas dapat result SPM papa aku takkan biar aku enjoy macamni , mesti suruh aku kerja. " keluh Alysha memikirkan nasib yang bakal diterima kurang seminggu.

" Alah kau ni , kerja je pun. Silap - silap kau tak payah cari kerja , mesti papa kau suruh kau kerja je kat syarikat dia. " kata Maiziera berusaha menenangkan sahabat nya.

" Kau tak faham , papa aku taknak aku kerja kat company dia , aku pun taknak. Aku boleh usaha sendiri lah , lagipun papa aku nak aku usahakan company sendiri. Itu yang berat sangat bagi aku. Impossible sangat la aku nak jadi usahawan muda , silap - silap dengan perangai aku ni jadi kahwin muda pulak. " tiba - tiba sahaja dia terfikir tentang kahwin. Umur Haqiem sudah meninjak ke 20 tahun. Dia pula 18. Hrm ok jugak kan. Alysha berfikiran nakal.

" Kau setuju tak kalau aku kata aku nak kahwin? "

" Babe?! seriously this is not Alysha. Come on takkan kau nak duduk rumah lepastu beranak beranak sampai kau reput ?" bukan dia tidak menggalakkan , tapi Maiziera tahu perkahwinan itu hanya untuk melepaskan diri daripada ibu dan ayah Alysha.

" Entah la , aku sure Haqiem pun tak puas enjoy lagi tapi umi dia bising suruh amik alih company arwah ayah dia tu. " ulas Alysha.

" Maybe not the right time , aku taknak bersubahat apa - apa dalam hal ni. Aku cuma nak pesan , sejahil mana pun kita jangan lupa untuk sujud pada - Nya. Ingat , papa kau yang menanggung dosa. " Maiziera mengeluh kecil. Dia bukan lah perempuan yang baik , jauh sekali orang warak. Tapi jika dia bersubahat dalam hal ini , dosa jugak terpalit padanya. Semoga hidayah milik mu sahabat...

.

.

" Babe , how about kita pergi enjoy malam ni ? aku rasa Nekmah tu mesti tidur terus je lepas balik dari masjid , dah alang - alang keluar ni jomla enjoy kejap." ajak Alysha pada Maiziera yang tekun memandu.

" Kau ni tak serik - serikan. Dibuatnya diorang bagitahu papa mama kau macam mana ? Menangis lagi lah kau kena penampar sulung. " kawannya ini takkan pernah serik nampaknya.

" Sekali ni je , please Ziera. Kau best la boleh keluar masuk rumah tiap hari. Aku ni kalini je dapat peluang please , please. " dia tahu Maiziera akan mudah terpujuk dengan rayuanya.

" Fine , just karaoke. No clubbing." karaoke ke clubbing ke sama juga , rumah syaitan hati kecil Maiziera membidas.

" Awhhh thanks babe ! Sayangg kau. "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience