Bab 4

Romance Completed 6311

" BANGUN Alysha , mama papa nak pergi airport ni." suara mama kedengaran dari luar pintu bilik. Alah Alysha bukan tidur pun , risau sangat nasib dia seminggu ni...

"Tunggu kejap ma , Alysha siap. Lysha pun nak ikut " laung nya sambil menuju ke bilik air.

"Ok tapi mama ada lagi 1 jam je ni. Cepat yaa"
.

.

" Hai , goodmorning semua !" ucap Alysha sambil mengambil tempat disebelah Kakyam.

Kalau meja makan ni ada kerusi lain dah lama aku duduk jauh - jauh dari kau. Tak hingin aku. Ergh desis Alysha selepas perasan akan wajah Kakyam yang berlagak. Berlagak tu bagi Alysha jela , dia ni mana reti sangka baik...

" Kakyam hulurkan bihun tu" pinta Alysha dengan nada malas malas.

Bekas mihun dihulurkan , belum sempat bekas mihun itu sampai ke tanganya. Kakyam terlebih dahulu menyedukkan mihun ke pinggannya sendiri dan kemudian bekas itu dihulurkan pada Alysha dengan senyuman sinis.

Sengaja nak cari pasal lah tu. Tak sampai sehari dia kat sini aku rasa macam nak cekik je. Apatah lagi seminggu , aduhai nasib badan nasib aku jugak.

.

.

.

"Have a safe flight ma , pa. Bye " ujar Alysha beria masih tak henti henti melambai walaupun Hisyam dan Puan Azizah sudah jauh dari pandangan mata.

"Dah dah la tu Lysha , jom kita balik. Nekmah nak ajar Lysha buat sesuatu " kata Nekmah sambil memegang tangan Alysha.

Setakat Nekmah boleh la aku tahan , cuma part yang aku taksuka bila dia membebel lah ajar macam macam ingat aku taktahu apa - apa ke huh.

.

.

.

" Mana Nekmah tahu Lysha suka fashion ? " pelik juga aku bila tahu apa yang nak diajar oleh Nekmah ialah menjahit. Nekmah jadikan Lysha sebagai model baju jahitanya sendiri. Erm not bad Nekmah.

"Eh cucu kesayangan nek , mestila nek tahu " ujarnya dengan menepuk nepuk peha Alysha.

"Cantik yang ni Nekmah. Nekmah boleh buat ke yang ni ?" tunjuk Alysha gambar di dalam album lama pernikahan kedua ibu bapa nya.

"Boleh , kain sutera putih pun ada ni. Boleh la Nekmah jahitkan terus." lembut Nekmah berkata lalu mengeluarkan kain sutera putih untuk dijahit seperti gaun.

"Yeayyyy , cayolahh Nekmah. Thank you ! sayang nek " Alysha lantas mencium pipi wanita berusia itu.

Share this novel

Nur Hidayah Ida
2020-05-16 01:03:00 

best...next chapter plzz....


NovelPlus Premium

The best ads free experience