Bab 2

Romance Completed 6311

PERASAAN Dato Hisyam bagaikan gunung berapi , hanya tunggu masa untuk meletup. Jika di ikut kan hati ini , mahu saja dia membanting tubuh kecil molek anak gadisnya itu. Sudah acap kali dia mengamuk tentang hal - hal begini. Anak gadisnya itu tetap tidak berubah. Masih berparti liar sana sini , clubbing , balik malam enjoy lupa diri. Nak diharapkan ibu nya menegur memang takkan lah. Manja kan sangat anak perempuan dia tu.

"Alysha ni bodoh ke apa ? Sedar tak apa Lysha buat ni ?! Tak fikir ke apa tanggapan jiran tetangga ? Sedar tak diri tu islam ? Jawab Lysha ! Jawab ! " tengking Hisyam sekeras - kerasnya.

" Abang , sudahla tu. Lysha kan remaja , biasalah semua benda dia nak cuba. "

Hisyam menjeling isterinya. Mak dengan anak sama je !

" Biasa awak kata ? buat parti ajak tak kira laki apa semua dia ajak , buat rumah ni macam club. Menari sana sini tak tahu malu awak kata biasa ? Eh tak fahamlah saya dengan awak ni , dia satu - satunya anak kita , jadi kita kena bentuk dia biar jadi manusia bukan budak liar ! " dengusnya dengan nada marah yang dikawal sehabis mungkin.

" Lysha , cakap kat papa apa yang tak cukup. Duit ? tiap bulan papa kasi sampai lebih pula. Hidup mewah , tak kerja. Apalagi Lysha nak ? Atau Lysha taksuka kan papa mama ? Lysha nak kami mati dulu baru nak berubah ?" sebak sungguh perasaan Hisyam. Dia gagal mendidik anaknya...

" Sudahla bang , saya akan pastikan Lysha takkan buat dah benda macam ni. " rayu Azizah , jika dibiarkan begini , suaminya akan bertambah marah.

" Keputusan SPM akan keluar kurang dua minggu lagi kan , jadi papa akan jemput Kakyam dan Nek Mah kesini untuk pantau pergerakan Lysha. "

Alamakkk ! Kakyam ? Nekmah ? No , No , No ! Masak la aku nanti. Aduhh bisik Alysha sendiri.

" Maa , mamaa Lysha taknak duduk dengan Kakyam taknak dengan Nek Mah. Tolong pujuk papa kalini ma , please... " rayunya dengan perlahan tapi masih dapat didengari oleh Hisyam.

"Azizah , jika awak masih hormati saya sebagai ketua keluarga bermakna awak boleh terima keputusan ni. Atau sebaliknya , terpulang pada awak. Keputusan saya muktamad." tegas kata Hisyam.

"Maa , tolong lah maa. Lysha sanggup buat apaje asalkan tak duduk dengan Kakyam dan NekMah tu" pujuk Alysha lagi dengan harapan ibu nya akan memujuk ayah.

"Lysha sayang , dengar cakap papa nak. Mama tak boleh lawan cakap papa , mama dan papa akan ke Singapore untuk selesaikan beberapa urusan syarikat di sana. Dalam seminggu je. Dengar cakap papa ya " ujar Azizah sambil mengusap tangan anaknya.

"Taknak ! Alysha taknak ! Alysha taksuka Kakyam dan Nek Mah , perasan bagus je !" hambur Alysha lalu berjalan cepat menuju ke bilik. Sepantas itu juga Hisyam menarik lengan anaknya.

"Apani pa ? nak pukul Lysha pulak ? Sakitlah !"

"Papa bagi dua pilihan. Tinggal disini dengan Kakyam dan Nekmah atau tinggal di kampung. " ugut Hisyam , dia pasti Alysha takkan sekali kali memilih untuk tinggal di kampung.

" Taknak lah ! Taknak ! Pekak ke ?! " tengking Alysha.

Pangggg ! satu tamparan padu hinggap di pipi mulus anaknya. "Siapa ajar jadi kurang ajar macam ni ?! Berkawan dengan budak sial , perangai pun jadi macam sial !"

"Abang... suda-"

"Awak tak payah buang masa nak pujuk rayu saya , keputusan saya muktamad !" ujar Hisyam tegas.

"Papa memang kejam kan ? Memang tak suka tengok Lysha senang." Alysha panas berlari ke biliknya.
Hisyam menarik nafas sejenak dia terfikir adakah dia kejam ? Tidak , dia hanya mahu anak gadisnya itu terbentuk dengan didikan agama. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anaknya , bukan menyeksa.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience